Slideshow

BITARA NASYID

Naib Johan Dalam Pertandingan Azan Terbuka UniMAP 2017

[:en]

Tahniah diucapkan kepada adik Mohamad Anas b Hasrol kerana telah berjaya sebagai naib johan

dalam Pertandingan Azan Terbuka UniMAP 2017 sempena Festival Konvokesyen UniMAP ke 12.

[:]

Majlis Solat Hajat UPSR 2017

Kumpulan Eilham Johan Nasyid Negeri dan Tempat kelima Kebangsaan .

 

Kumpulan Eilham mewakili Negeri Perlis dalam pertandingan Nasyid Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 Tahun 2017 bertempat diSMKA Sultan Azlan Shah, Seri Iskandar, Perak pada 28-31 Julai 2017.Kumpulan Nasyid sekolah SKIPGM yang dipimpin oleh Ustaz Mohamad Fitri dan Cikgu Khairul berjaya mendapat tempat ke lima kebangsaan.Tahniah kepada semua ahli kumpulan Eilham yang mengharumkan nama sekolah.

Naib Johan Kalam Jamaei Peringkat Negeri

SK IPGM telah muncul sebagai Naib Johan dalam Pertandingan Kalam Jamaie Peringkat Negeri Perlis  yang telah diadakan pada 18-19 April 2017 di Dewan Institut Pendidikan Guru Malaysia Perlis. Pertandingan ini diadakan sempena Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Negeri Perlis. Tahniah kepada pasukan Kalam Jamaie serta Pasukan  kerja SK IPGM, murid-murid dan jurulatih yang bertindak bagi menjayakan acara ini.

PROGRAM PERKONGSIAN PINTAR NASYID SK IPGM & SK PERMATANG PASIR

Program ini telah dilaksanakan pada 23 November 2016. Program berupa lawatan dan perkongsian pintar nasyid ini merupakan salah satu aktiviti bagi bitara nasyid universal 2016 antara SK Institut Pendidikan Guru Malaysia, Perlis dan SMK Permatang Pasir, Pulau Pinang.

FESTIVAL NASYID

Pasukan Nasyid SK IPGM telah menyertai Festival Nasyid anjuran PIBG Sekolah Kebangsaan Santan. Alhamdulillah, pasukan ini telah berjaya menjadi Johan.

 

JARINGAN BITARA NASYID UNIVERSAL BERSAMA KOLEJ UNIVERISTI INSANIAH

Program ini juga merupakan salah satu program di bawah kebitaraan sekolah iaitu Nasyid Universal. Untuk itu, satu jaringan pintar telah dilaksanakan oleh pihak sekolah bersama Kolej Universiti INSANIAH, Kedah. 

Perkongsian ilmu ini diharap mampu melonjakkan lagi pencapaian pasukan Nasyid sekolah ini.

 

BENGKEL PERKUSI

Bengkel ini dijalankan pada 10 Oktober di SK IPGM Perlis. Ia merupakan salah satu daripada aktiviti di bawah kebitaraan Nasyid Universal.

 

FESTIVAL KESENIAN CINA IPG KAMPUS PERLIS 2016

Program ini merupakan sebahagian daripada aktiviti di bawah kebitaraan Nasyid Universal sekolah. Ia dipersembahkan bersempena dengan Festival Kesenian Cina, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis yang diadakan di Dewan Besar IPG Kampus Perlis pada 30 Januari 2016.

Persembahan nasyid ini dialunkan dalam bahasa Mandarin oleh kumpulan Nasyid Eilham (perempuan) dan diiringi oleh kumpulan D’IPGM Buskers yang dianggotai oleh guru-guru SK IPGM Perlis.

PERTANDINGAN DAN KONSERT NASYID UNIVERSAL


Pertandingan dan Konsert Nasyid Universal dijalankan pada 13 dan 14 November 2015. Ia merupakan penganjuran kali pertama oleh SK IPGM Perlis di bawah kelolaan Bitara Nasyid Universal. Pertandingan ini disertai oleh 3 buah kumpulan jemputan dan 5 buah kumpulan dalam negeri Perlis dan sebuah pasukan dari negeri Johor. 

Majlis disempurnakan oleh Tuan Pengarah Pendidikan Perlis, Tn. Hj. Rooslee bin Ismail yang mewakili Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Perlis. 

Pasukan Jemputan

Kumpulan Az-Zahrah, Sekolah Bakong Pitaya, Daerah Nongcik, Pattani, Thailand
Kumpulan Kebudayaan dan Kesenian, UNIMAP
Kumpulan JIWA, JPN Perlis 

Kumpulan Bertanding

SK IPGM
SK Santan
SK Seri Indra
SK Padang Besar (U)
SR Agama Al-Islahiyah
SK Parit Zain, Muar, Johor 

 

Komen/Pesanan Anda
    PILIH BAHASA
    Zoom in Regular Zoom out
    TEMPAHAN BILIK KHAS
    Jadual Tugasan Mingguan
    Jadual Tugasan Mingguan
    UPSR 2020
    BAKI TAHUN 2020
    October 2020
    M T W T F S S
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
    FROG VLE
    FROG VLE