Slideshow

Perutusan Guru Besar

0
0



Keputusan UPSR 2012

Keputusan UPSR dilaporkan berdasarkan Pencapaian Calon dan Prestasi Mata Pelajaran. Pelaporan Pencapaian Calon adalah merujuk kepada sejauh mana calon menguasai pembelajaran di sekolah rendah dalam kesemua mata pelajaran yang diuji. Indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian calon di sekolah ialah berdasarkan kepada Gred Purata Sekolah (GPS).

 

Prestasi Mata Pelajaran pula merujuk kepada sejauh mana calon menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam setiap mata pelajaran yang diuji. Indeks yang digunakan untuk menunjukkan prestasi mata pelajaran ialah Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi setiap mata pelajaran. Nilai gred purata yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.

 

Pada umumnya UPSR 2012 mencatatkan pencapaian yang membanggakan. Syukur, Alhamdulillah, walaupun UPSR kali ini adalah tahun kedua bagi sekolah ini namun telah menunjukkan peningkatan secara konsisten. Bilangan calon yang mencapai tahap cemerlang (memperolehi 5A dalam semua mata pelajaran) telah meningkat daripada  2 orang kepada 8 orang.  Peratus pencapaian cemerlang ialah 14.81  %.  Sementara pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) ialah 1.87 peningkatan sebanyak 3.7 dari 11.11 bagi tahun 2011. Pencapaian peratus kelulusan sedikit menurun dari 88.89 % (2011) kepada 83.3 % (2012). Peratus penurunan  ialah sebanyak 5.6% berdasarkan kepada prestasi Bahasa Inggeris.

 

KEPUTUSAN KESELURUHAN UPSR 2012 :

 

 

SK IPGM PERLIS

2011

2012

%

GPMP

%

GPMP

011-B.Melayu ( Pemahaman )

94.4

1.50

98.1

1.36

012-B.Melayu ( Penulisan )

88.9

1.72

96.3

1.50

014-B.Inggeris

88.9

2.50

83.3

2.48

015-Mathematics

88.9

1.94

96.3

2.02

018-Science

88.9

2.00

98.1

1.96

 

PENCAPAIAN GRED PURATA SEKOLAH ( GPS ):

SKIPGM Perlis telah mencatatkan pencapaian GPS 1.87 , peningkatan sebanyak 0.06 mata berbanding tahun 2011. Ini meletakkan kedudukan SKIPGM berada dalam kelompok sepuluh sekolah terbaik di Negeri Perlis. Berikut adalah kedudukan prestasi sekolah berdasarkan tahap cemerlang ( GPS kurang daripada 2.00 ). Antaranya ialah :-

 

Bil.

Sekolah

Gred Purata Sekolah

2011

2012

1

SK Seri Indera

1.70

1.46

2

SRK Putera                   

1.83

1.60

3

SK Paya

1.83

1.68

4

SK Long Boh

2.70

1.79

5

SK Behor Empiang

2.54

1.80

6

SK IPGM

1.93

1.87

7

SK Guar Nangka

2.47

1.90

8

SK Titi Tok Bandar

1.61

1.91

9

SRK Stella Maris

1.79

1.93

10

SK Sena

1.68

1.94

11

SK Kampong Salang                

2.16

1.98

12

SRJK Chin Hun

2.39

1.99

  

Rumusan

Tahniah kepada semua murid yang telah  berjaya. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga saya rakamkan kepada warga SKIPGM yang terlibat dalam usaha mencapai kejayaan ini. Pihak pengurusan sekolah amat menghargai segala bentuk pengorbanan dan sumbangan tuan/puan dalam menjayakan segala program demi meningkatkan lagi prestasi akademik di sekolah ini. Saya amat berharap semoga Pelan Strategik 5 Tahun yang dirangka sehingga 2015 bakal meletakkan sekolah ini antara sekolah cemerlang di Negeri Perlis, insyaAllah.

 

Sekian, terima kasih.

 Hj. Kamarudin b. Ismail, PMP

Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Perlis,

01000 Jalan Behor Pulai, Kangar,

Perlis

 

 

Komen/Pesanan Anda
    PILIH BAHASA
    Zoom in Regular Zoom out
    TEMPAHAN BILIK KHAS
    Jadual Tugasan Mingguan
    Jadual Tugasan Mingguan
    UPSR 2020
    BAKI TAHUN 2020
    October 2020
    M T W T F S S
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
    FROG VLE
    FROG VLE