BARISAN PENTADBIR
BARISAN PENTADBIR
1govuc
E-mail
FROG VLE
FROG VLE
Activate Yes ID
Activate Yes ID
LOG MASUK SSO
LOG MASUK SSO
UPSR 2018
Pengunjung
0022631
Visit Today : 27
This Month : 349
This Year : 10030
Total Visit : 22631
Hour Of Code
Hour Of Code

SEJARAH

Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Malaysia (SK IPGM), Perlis telah ditubuhkan pada tahun 2007. Kebenaran menubuhkan sekolah ini telah mendapat restu kementerian selaras dengan keputusan Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mewujudkan Sekolah Dalam Institut pada tahun 2003. Idea awal menubuhkan sekolah ini dicetuskan oleh Yang Berbahagia, Dr. Hamzah b. Ihsan, Timbalan Pengarah Institut Perguruan Perlis  dengan menggunakan konsep ”Teaching School” seterusnya telah mendapat kelulusan pendaftaran penubuhan sekolah ini  pada September 2006 dengan kod RBA0091.

Dua buah bangunan Jabatan Teknikal telah dijadikan lokasi sementara untuk bangunan sekolah. Pada Tahun 2007 dua buah bilik darjah telah diubahsuai untuk dijadikan bilik darjah bagi menempatkan seramai 42 orang murid Tahun 1 iaitu 22 orang Tahun 1 Wawasan dan 20 orang 1 Bestari.

Pada tahun tersebut seramai 24 orang pensyarah dengan dibantu oleh 2 orang PKS telah dikenalpasti sebagai tenaga pengajar sambilan dan pembantu pengurusan murid. Pengurusan sekolah diketuai oleh Puan Sabarian bt. Morad selaku Penyelaras dan juga merangkap pengurus sekolah sebelum diambil alih oleh Puan Rokiah bt. Karim sehingga 3 Januari 2008.

Pada September 2007, mesyuarat penyelarasan antara Jabatan Pelajaran Negeri Perlis, wakil BPG Kementerian Pendidikan Malasia, Timbalan Pengarah IPP serta beberapa Ketua Jabatan Institut Perguruan Perlis telah diadakan di Pulau Pinang dan keputusan untuk menempatkan seorang Guru Besar Gred Hakiki dan staf sekolah telah mendapat kelulusan kementerian.

Mulai 3 Januari 2008, pengurusan sekolah sepenuhnya diambil alih oleh Jabatan Pelajaran Negeri Perlis. Guru Besar yang pertama telah dilantik secara hakiki ialah Tuan Hj. Kamarudin b. Ismail pada 3 Januari 2008. Pada tarikh yang sama juga ditempatkan seorang Penolong Kanan Pentadbiran (Puan Che Rahmah bt. Ismail) dan Penolong Kanan HEM (Encik Zamhari b. Johar). Penempatan Penolong Kanan Kokurikulum (Puan Hjh. Hasnah bt. Daim) telah dibuat pada Februari 2008.

Hanya 4 orang tenaga pengajar ditempatkan ketika itu untuk mengendalikan bilangan murid seramai 71 orang iaitu Tahun 1 seramai 28 orang dan Tahun 2  seramai  43 orang. Ketika itu, Pra Sekolah Seri Cempaka masih di bawah pengurusan IPG Kampus Perlis dengan jumlah murid seramai 25 orang yang terdiri daripada anak kakitangan IPG dan murid sekitar IPG Kampus Perlis.

Mulai tahun 2009 peluasan kelas telah di buka kepada Tahun 1 hingga Tahun 3 berjumlah 6 bilik darjah. Bilangan guru juga turut ditambah kepada 14 orang termasuk pengurusan. Jumlah murid kian bertambah dari masa ke semasa apabila promosi pendaftaran ke sekolah ini dibuka kepada pendudukan sekitar dengan mengambil kira setiap kelas tidak melebihi 30 orang murid. Jadual sekolah yang kompetitif secara pakej dengan melibatkan kelas KAFA di waktu petang juga memainkan peranan penting membuatkan ramai kalangan ibu bapa yang bekerja berminat untuk menghantar anak mereka ke sekolah ini oleh kerana kelas berakhir jam 4.00 petang.

Pada Tahun 2010 perluasan kelas Pra Sekolah telah dilakukan dengan meletakkan pengurusannya di bawah pengurusan Jabatan Pelajaran Negeri dan dibuka kepada 2 bilik darjah dengan menumpang di bangunan Pra Sekolah Seri Cempaka. Pendaftaran murid Tahun 5 juga telah dibuka. Kini dengan bilangan guru seramai 25 orang dan staf sokongan seramai 5 orang sekolah ini telah berjaya mengorak langkah sebagai sebuah sekolah rendah harapan yang bakal cemerlang  menjelang 2015 dengan anggaran murid dijangkakan seramai 350 orang.

Pihak pengurusan sekolah telah mendapat kebenaran berpindah ke bangunan baru pada 8 November 2010. Kerja-kerja gotong royong telah dilakukan bersama staf sekolah, murid dan waris pelajar untuk memindahkan peralatan dan perabot di bangunan lama ke bangunan baru.

Bangunan baru yang serba lengkap berkonsepkan Model ”Teaching School” telah mendapat Sijil Kelulusan dan Pernyataan Siap Kerja  pada 22 Mei 2010 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Berikut ialah beberapa peristiwa penting berhubung dengan sejarah awal penubuhan sekolah ini ;-

2006

  • Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Malaysia telah mendapat status rasmi berdaftar sebagai sekolah  rendah bantuan penuh kerajaan dengan Kod RBA0091.

2007

  • Sekolah ini diurus tadbir sepenuhnya oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis (dahulunya Institut Perguruan Perlis) dan seramai 24 orang pensyarah dilantik sebagai tenaga pengajar. Murid seramai 42 orang dibahagikan kepada 2 buah kelas.
  • Dua buah bilik kuliah telah diubah suai sebagai bilik darjah Tahun 1 Wawasan dan 1 Bestari.
  • Keperluan kerusi dan meja murid serta buku teks telah diperolehi dari beberapa sekolah berhampiran dengan kerjasama JPN Perlis

2008

  • Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Malaysia telah ditadbir urus oleh JPN Perlis. Guru Besar pertama Tn. Hj. Kamaruddin bin Ismail, telah ditempatkan bersama dengan 3 Guru Penolong Kanan (GPK) dan 5 orang guru. Bilangan murid seramai 71 orang, iaitu Tahun 1 dan Tahun 2.
  • Februari 2008, mendapat kelulusan tender kantin sekolah secara rasmi.
  • Mac 2008, pengubahsuaian makmal Sains kepada Bilik GPK , Bilik Mesyuarat dan Bilik Guru.
  • Mac 2008, memohon MAIPs menempatkan 3 orang guru KAFA untuk mengajar pada setiap Hari Isnin, Selasa dan Rabu mulai 1.00 tengahari.
  • April 2008, memulakan program nilai tambah Renang dan Bahasa Mandarin.
  • Mendapat kelulusan pendaftaran KWSP Majikan dan Staf sekolah.
  • Mei 2008, PIBG sekolah telah ditubuhkan secara rasmi dan En. Yussuf b. Alam dilantik sebagai Yang Di Pertua PIBG pertama bagi sesi 2008/2010  dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali Pertama.
  • Kelulusan membina bangunan sekolah telah diluluskan dan memulakan kerja-kerja pembinaan mulai  6 Jun 2008. Bangunan di jangka siap pada 26 Ogos 2009.
  • Jun 2008, mesyuarat staf dan taklimat ”Bench-Marking” diadakan di SK Institut Perguruan Kuala Terengganu. Semua staf dan 14 orang pensyarah turut terlibat dalam merangka program  ”Teaching School”- Program Pengajaran Berkesan” dengan melibatkan pensyarah dan guru pelatih.
  • Julai 2008, Kertas Cadangan “Program Pengajaran berkesan” dibincangkan dalam Mesyuarat JK Teaching School.
  • Lawatan kali pertama, Pengarah Bahagian Pendidikan Guru ke sekolah.
  • Ogos 2008,  Merancang Anggaran Perjawatan Staf sekolah untuk 2009 , 2010 dan 2011.
  • November 2008 : Mula menerima Perkápita Grantt (PCG) peruntukan sekolah sebanyak RM16 500 untuk sesi persekolahan 2008.
  • Disember 2008 : Jawatan kuasa tertinggi sekolah menyemak dan merangka semula strategi untuk sesi persekolahan 2009

2009

  • Januari 2009 : menerima tambahan guru seramai 11 orang guru KBSR menjadikannya 15 orang.
  • Mendapat seorang Pekerja Rendah Am secara kontrak dan seorang Pembantu Tadbir N17 secara tetap.
  • Mac 2009, seorang Guru Pemulihan ditempatkan bagi membantu dan merancang kelas pemulihan dengan pertambahan kemasukan murid . Bilangan murid SK IPGM  ketika itu seramai 119 orang .
  • PIBG sekolah telah mula didaftarkan sebagai PIBG yang sah mengikut perundangan.
  • Kelas “SINAR SK IPGM’ dibuka, untuk membantu murid-murid pemulihan agar tidak terus ketinggalan.
  • Dua orang pegawai Bahagian Perkembangan Kurikulum membuat pemantauan sekolah bagi Program Inovatif Hari Guru Kebangsaan.
  • April 2009 : seorang guru Para Sekolah telah ditempatkan sebagai staff sekolah dan bertugas secara pinjaman di Para Sekolah Seri Cempaka IPGM.
  • Mei 2009 : 13 hingga 15 Mei, akaun sekolah mula di audit buat kali pertama.
  • 23 Mei 2009 : Mesyuarat Agung PIBG Kali Kedua.
  • Menerima sumbangan 25 unit komputer dari Syarikat Puncakmas untuk Program My Star-A.

2013

  • Penempatan Guru Besar baru iaitu En. Burhanuddin bin Mohd. Arif (17 Januari 2013 – 31 Mac 2015).

2015

  • SK IPGM mendapat pengiktirafan sebagai SEKOLAH KLUSTER bagi Fasa 9
  • Pn. Nor Sharmila bt. Shaari ditempatkan sebagai Guru Besar baru bermula 1 April 2015 sehingga kini.

2017

  • Jan – Julai : Pengubahsuaian sepenuhnya Pusat Sumber Sekolah
  • Ruang Cyber untuk pembelajaran kendiri menggunakan 40 unit netbook diwujudkan di PSS dan bilik Multimedia
  • Ogos 2019, pengubahsuaian kedai buku kepada BILIK SEMINAR

 

Komen/Pesanan Anda
    PILIH BAHASA
    Zoom in Regular Zoom out
    BAKI TAHUN 2018
    November 2018
    M T W T F S S
    « Oct    
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    2627282930  
    Bersama Tuan Pengarah
    Eilham
    CyberKid
    Seharian Di Sekolah
    HUBUNGI KAMI

    Jalan Behor Pulai, 01000 Kangar, Perlis

    No. Tel : 04-9470503
    No. Fax : 04-9765000

    Lokasi GPS :

    6.426083, 100.220450