TAGLINE SK IPGM
TAGLINE SK IPGM
Slideshow

Archive for March 2017

BENGKEL FROG PLAY(MODUL GULAI) 2017 SKIPGM

BENGKEL FROG PLAY(MODUL GULAI) oleh pegawai Implementation Consultant Sdn.Bhd

Pada 14-15 Mac 2017  telah diadalan satu Bengkel Frog Play di bawah unit Pembestarian Sekolah,BTPN Perlis.Bengkel tersebut telah  disertai oleh seorang wakil dari setiap sekolah  negeri Perlis tertempat di Makmal Komputer SK IPGM.  Bengkel FrogPlay  itu telah disampaikan oleh Encik  Syed Ridha pegawai dari Implementation Consultant Sdn.Bhd).

Tujuan bengkel ini dijalankan ialah untuk memberi gambaran serta pendedahan berkaitan laman Frog play (Modul GULAI- Game Up Learning and Involvement) diharap guru yang mengikuti bengkel tersebut dapat memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dalam urusan berkaitan permainan dalam pendidikan  Secara keseluruhannya, bengkel  ini telah berjaya dijalankan dengan baik .

JOHAN KESELURUHAN kejohanan Olahraga PKP Jejawi 2017

9-10 Mac 2017 bertempat di Stadium  Mini SMK SYED HASSAN, Kangar – Sekolah Kebangsaan Institute Pendidikan Guru Malaysia Perlis dinobatkan sebagai Johan keseluruhan Kejohanan Balapan dan Padang peringkat Pusat Kecemerlangan Pelajaran (PKP)(Julung Kali mendapat Johan Keseluruhan dalam Kejohanan Balapan dan Padang PKP Jejawi). Pasukan Balapan dan Padang SK IPGM telah berjaya meraih 12 pingat . 4 emas , 5 Perak dan 3 Gangsa.

Pihak sekolah mengucapkan tahniah untuk  Pn Nor Sharmila bt Shaari (Guru Besar SKIPGM ), PK KO Hamzan husin, Pentadbiran, Team Kejurulatihan T&F SK IPGM 17, Guru2 dan terutamanya Atlet-atlet kecil yg berjiwa besar SK IPGM yang bertanding dalam Kejohanan Balapan dan Padang PKP Jejawi 2017… anda semua berhak menjadi JUARA…. salam sehati sejiwa.

” JUARA IALAH INSAN BIASA YANG BERUSAHA SECARA LUAR BIASA “

 

do the best for your exam

Tahniah Peserta MTQ SKIPGM

Pada 07 Mac 2017 ,  Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) Peringkat Kawasan PKP Jejawi telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Sk Jejawi .
Antara kategori-kategori yang dipertandingkan ialah bidang Tilawah Al-Quran,  hafazan, bercerita kisah-kisah nabi, nasyid dan kuiz.
Pada penyertaan tersebut,Adik Afiff fahim dan adik Arissa Umaira telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tilawah al-Quran,kuiz  tempat kedua, manakala
Nasyid tempat pertama dengan pungutan markah 83+.Alhamdulillah tahniah kepada semua peserta MTQ  SKIPGM…

Ceramah Peningkatan Disiplin Murid oleh PDRM IPD Kangar

Ceramah Peningkatan Disiplin Murid oleh PDRM IPD Kangar

Sambutan Minggu Anti Dadah 2017

Sambutan Minggu Anti Dadah Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru  Perlis telah dilancarkan pada 6 Mac 2017. Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah sekolah bertujuan melahirkan pelajar yang berpengetahuan tentang bahaya dan kesan dadah serta mempunyai kemahiran untuk menolak ancaman dadah dan gejala sosial yang lain. Pelbagai program sepanjang bulan Mac akan diadakan seperti Ikrar Anti Dadah, Deklamasi Sajak Ceramah Motivasi, Senamrobik, Pameran AADK dan PDRM, Pertunjukan Pasukan rollerblades adults SKIPGM  telah memeriahkan lagi majlis ini.  Setinggi-tinggi penghargaan, terima kasih dan tahniah kepada pihak pentadbir, guru-guru, pelajar-pelajar dan semua warga sekolah yang menjayakan program ini..

English Month Just Speak Up!

6 Mac 2017 – Majlis perasmian Bulan Bahasa Inggeris ( English Month ) telah berlangsung di dewan terbuka sekolah,Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Guru Besar Pn Norsharmila bt Shaari.Pelbagai aktiviti telah disusun oleh Panitia Bahasa Inggeris sepanjang bulan Mac ini.Pihak Sekolah ingin mengucapkan setinggitinggi penghargaan dan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh pelajar dan guru.Teruskan Kecemerlangan.

ENGLISH MONTH LAUNCHING CEREMONY 2017

Tahniah Peserta Tenis SKIPGM

Pada 3 hingga 5 Mac lepas, 4 orang pelajar SKIPGM   telah menyertai pertandingan Tenis MSSPs bertempat di Gelangang Tenis Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra. Mohd Adeeb Hakimi dan Mohd Aqil telah berjaya  mendapat naib johan dalam kategori bawah 12 tahun bergu dan Mohd Adeeb Hakimi juga berjaya mendapat tempat ketiga dalam kategori individu . Warga SKIPGM mendoakan kejayaan  dalam pertandingan akan datang sekaligus mengharumkan nama sekolah.

Komen/Pesanan Anda
    PILIH BAHASA
    Zoom in Regular Zoom out

    Jadual Tugasan Mingguan
    RAMADHAN 1444
    BAKI TAHUN 2023
    March 2017
    M T W T F S S
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
    FROG VLE
    FROG VLE