Archive for May 2017
Sambutan Hari Guru SKIPG 2017 bertemakan “Dia Kembarku”

16 hb Mei 2017, Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah berlangsung pada jam 8.00 pagi. Majlis tersebut dikendalikan oleh PIBG Sekolah dengan kerjasama guru-guru yang bertemakan ” Dia Kembarku” . Majlis ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pihak guru dan juga murid-murid. Beberapa acara disediakan, antaranya: Bacaan perutusan, ikrar guru dan nyanyian lagu Guru Malaysia , lagu Tema Hari Guru 2017: Guru Pembina Negara Bangsa dan lagu ‘Biarku menjadi lilin’ .
Majlis dimeriahkan lagi dengan acara memotong kek dan penyampaian cenderamata dan pertukaran hadiah antara guru, Majlis diteruskan dengan beberapa aktiviti lagi dari kalangan guru dan murid. Terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sumbangan secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan sambutan hari guru peringkat sekolah 2017.
Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada pihak PIBG yang memberi komitmen yang tinggi dalam menjayakan majlis tersebut.
Naib Johan Sofbol MSSPs
2-5 Mei 2017 Pasukan Sofbol SK IPGM telah menyertai kejohanan sofbol MSSPs bertempat di padang Sekolah Kebangsaan Tambun Tulang.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada team Softball SK IPGM lelaki dan team softball perempuan kerana kedua-dua pasukan telah berjaya mendapat naib johan dalam Pertandingan Softball MSSPs .
Semoga SK IPGM terus maju dan berkembang serta dapat meningkatkan kecemerlangan… Majulah Sukan Untuk Negara.
Pelancaran Bulan Matematik
Pada 2 Mei 2017 , bertempat di Dewan Terbuka SK IPGM, Bulan Panitia Matematik telah dilancarkan oleh Guru Besar SK IPGM, Pn. Nor Sharmila bt Shaari.
Bulan Matematik diadakan bertujuan menggalakkan murid terlibat secara aktif dalam aktiviti ko akademik. Bukan itu sahaja, aktiviti-aktiviti menarik dalam Bulan Matematik diharapkan dapat meningkatkan minat dan mengembangkan bakat murid melalui aktiviti ko akademik malah menerapkan disiplin dan semangat kerjasama dalam aktiviti kelab dan persatuan serta setiap pertandingan yang diadakan.
Aktiviti Membuat Roket Air
Pada Hari Rabu , 3 Mei 2017, sempena mengisi aktiviti kokurikulum mingguan telah diadakan aktiviti membuat roket air mengunakan botol mineral. Program ini dianjurkan dengan kerjasama guru dan pelajar dari SMK Mata Ayer. Aktiviti ini di jalankan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid tahun 3-6 cara membuat roket air .
Program ini amat menarik dan mendapat sambutan yang mengalakkan daripada semua murid. Semoga program sebegini dapat memberi pengalaman serta mengasah bakat dan minat murid untuk lebih kreatif dalam mencipta bahan baru daripada bahan terbuang.
Forum Israk Mikraj
24 April 2017 bersamaan 27 Rejab 1438h mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan Nabi Muhammad SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj dari Masjidil Haram di Makkkah ke Masjid Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin serta dari Masjid Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit ke tujuh. Panitia Pendidikan Islam SK IPGM telah mengambil inisiatif ini, dengan mengadakan forum Perdana bagi memberi panghayatan dan pengajaran terhadap peristiwa tersebut kepada pelajar SKIPGM.
Di antara ahli panel yang terlibat adalah Ustaz Omar bin Ahmad dari Sektor Pendidikan Islam negeri Perlis,Ustaz Mahamad Bin Abdullah pensyarah IPGM Perlis dan majlis tersebut telah di pengerusi oleh Ustaz Fitri .
Tennis Malaysia Junior Tour 2017
Tahniah diucapkan kepada adik Muhammad Adeeb Hakimi yang telah menyertai Tennis Malaysia Junior Tour 2017 bagi kategori lelaki bawah 10 tahun individu bertempat di Leg 4,Kota Bharu Kelantan pada 20-23 April 2017.
Pihak Sekolah juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang membantu menguruskan pasukan tenis sekolah.




















Visit Today : 144
This Month : 10315
This Year : 47577
Total Visit : 272650
