TAGLINE SK IPGM
TAGLINE SK IPGM
Slideshow

Archive for 06/05/2017

Naib Johan Sofbol MSSPs

2-5 Mei 2017 Pasukan Sofbol SK IPGM telah menyertai kejohanan sofbol MSSPs  bertempat di padang Sekolah Kebangsaan Tambun Tulang.

Tahniah dan syabas diucapkan   kepada team Softball  SK IPGM lelaki dan team softball perempuan  kerana kedua-dua pasukan telah  berjaya mendapat naib johan dalam Pertandingan Softball MSSPs  .

Semoga SK IPGM terus maju dan berkembang serta dapat meningkatkan kecemerlangan… Majulah Sukan Untuk Negara.

Pelancaran Bulan Matematik

Pada 2 Mei 2017 , bertempat di Dewan Terbuka SK IPGM, Bulan Panitia Matematik telah dilancarkan oleh Guru Besar SK IPGM, Pn. Nor Sharmila bt Shaari.

Bulan Matematik diadakan  bertujuan menggalakkan murid terlibat secara aktif dalam aktiviti ko akademik. Bukan itu sahaja, aktiviti-aktiviti menarik dalam Bulan Matematik diharapkan dapat meningkatkan minat dan mengembangkan bakat murid melalui aktiviti ko akademik malah menerapkan disiplin dan semangat kerjasama dalam aktiviti kelab dan persatuan serta setiap pertandingan yang diadakan.

Aktiviti Membuat Roket Air

Pada Hari Rabu , 3 Mei 2017, sempena mengisi aktiviti kokurikulum mingguan telah diadakan aktiviti membuat roket air mengunakan botol mineral. Program ini dianjurkan dengan kerjasama guru dan pelajar dari SMK Mata Ayer. Aktiviti ini di jalankan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid tahun 3-6 cara membuat roket air .

Program ini amat menarik dan mendapat sambutan yang mengalakkan daripada semua murid. Semoga program sebegini dapat memberi pengalaman serta mengasah bakat dan minat murid untuk lebih kreatif dalam mencipta bahan baru daripada bahan terbuang.

Komen/Pesanan Anda
    PILIH BAHASA
    Zoom in Regular Zoom out

    Jadual Tugasan Mingguan
    RAMADHAN 1444
    BAKI TAHUN 2023
    May 2017
    M T W T F S S
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
    FROG VLE
    FROG VLE