Slideshow

2017

Majlis Untaian Kasih

Jamuan akhir tahun bagi guru-guru dan kakitangan sekolah telah diadakan pada 25 November 2017 di Hotel Putra Regency.Turut hadir menyerikan majlis Untaian Kasih ialah  Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Perlis Tuan Haji Izmi b Haji Ismail,Ketua Sektor Pengurusan Sekolah En Zainodin b Ahmad,Ketua Sektor  Penilaian dan Peperiksaan En.Rusli b Md.Zain,Ketua Sektor Jaminan Kualiti Puan Siti Hatifah bt Yahya ,YDP PIBG En Yusof Alam .Majlis ini juga turut dihadiri oleh bekas guru SKIPGM.Tahniah dan Terima Kasih kepada semua guru yang menjayakan majlis tersebut.

Salam sehatisejiwa.. 1Haluan Sehaluan..

Naib Johan Pembestarian Sekolah Kategori Sekolah Rendah 2017

Hari Anugerah Pembestarian Sekolah akan diadakan seperti ketetapan berikut :

  1. Tarikh : 21 November 2017 (Selasa)
  2. Masa : 8.00 pagi – 12.30 tengah hari
  3. Tempat : Auditorium Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Persiaran Bukit Kiara, 50604,

SK Institut Pendidikan Guru Malaysia, Perlis  telah dinobatkan sebagai naib johan dalam Anugerah Terbaik Pembestarian Sekolah bagi kategori  sekolah rendah (Sijil, Cenderamata, Hadiah bernilai RM5,000.00 daripada Yayasan Pencinta).Syabas dan Tahniah kepada pihak sekolah dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung terutamanya JPN dan BTPN perlis.

Penyerahan Sijil Penghargaan-Program Jaringan SKIPGM-UNIMAPs

Program Jaringan SKIPGM dengan UNIMAPs  berkaitan Baja kompos
Penyerahan sijil penghargaan  dari ketua projek Dr Irnis Azura kepada Puan Guru Besar.

Hari Anugerah Cemerlang 2017

17 November 2017 . – Hari Anugerah Cemerlang 2017 peringkat sekolah SK IPGM telah berjaya dijalankan dengan lancar dan jayanya.Tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya menerima hadiah dan tahniah juga kepada semua guru yang telah bertungkus-lumus menjayakan progam Hari Anugerah Cemerlang yang telah dapat dijalankan dengan lancarnya.

HARI BACAAN IKRAR RUKUN NEGARA 2017

Tarikh : 13 November 2017 ( ISNIN)

Masa : 09:00 Pagi

Tempat : Dewan Seri Melati SKIPGM

-Bacaan Ikrar Rukun Negara di laksanakan serentak seluruh negara pada 13 November 2017.

-Guru Besar membaca teks ucapan sempena Hari Bacaan Ikrar Rukun Negara 2017

-Bacaan Ikrar Rukun Negara dibaca oleh pelajar dan diikuti oleh guru dan murid.

Hari Keusahawanan SK IPGM 2017

Hari keusahawanan SK IPGM 2017

Tarikh : 09 November 2017

Masa : 8:00Pagi – 2:30 Petang

 

Sekolah Kebangsaaan Institut Pendidikan Guru Malaysia telah mengadakan Hari Keusahawanan sekolah pada 09 November 2017 .Hari Keusahawanan ini bertujuan mendedahkan pengalaman asas keusahawanan kepada pelajar di samping dapat menyemai sikap berdikari dan semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah.

Kesimpulannya, sambutan Hari Keusahawanan tahun ini sungguh meriah dan mendapat sambutan yang hebat daripada pelbagai pihak. Semua guru dan pelajar telah menunjukkan komitmen dan kerjasama yang sangat erat.

 

Program Jaringan Melalui Skype “Malaysia,Egypt,Kosovo”

[:en]Program Jaringan Melalui Skype “Malaysia,Egypt,Kosovo”

Tarikh : 08.November 2017

Masa : 2.30 Petang – 5:00 Petang

Tempat Admin : Sekolah Kebangsaan Ujung Batu

Hour Of Code

[:en]

Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini melalui portal rasmi mereka melancarkan Kempen Hour of Code.

Kempen selama 1 jam ini bertujuan memperkenalkan murid kepada asas pengaturcaraan (coding) dan sains komputer di semua sekolah.

Program ini akan disertai 100 juta murid di 180+ negara. Melalui aktiviti ini, murid-murid menyelesaikan masalah melalui gamifikasi drag & drop programming secara dalam talian. Proses ini biasanya akan mengambil masa selama 30 – 60 minit sahaja.

Progam ini juga merupakan satu komponen strategik di bawah pelaksanaan #mydigitalmaker Movement.

 

[:]

Taklimat Kesedaran Keselamatan Siber 2017

[:en]

 Taklimat Kesedaran Keselamatan Siber 2017

Tarikh : 03.11.2017

Sasaran : Semua Guru dan Pelajar SKIPGM

Disampaikan Oleh Pegawai Teknologi Pendidikan dari PKG Jejawi : Pn Noorsalsabila bt Me@Khalid

Satu taklimat kesedaran keselamatan siber telah diadakan di Dewan Sri Melati SKIPGM Perlis.Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberikan kesedaran kepada para pelajar SKIPGM mengenai kelebihan ,faedah, keburukan dan risiko berkenaan dengan penggunaan internet  kepada murid.

[:]

LDP VLE FROG Dlm PdPc

[:en]

Perkara: LDP VLE FROG Dlm PdPc (FrogPlay)

Tarikh : 1/11/2017 (Rabu)

Masa : 3.00-4.30 ptg

Tempat : Makmal ICT, SKIPGM

Disampaikan Oleh : Pn Norsharmila bt Shaari(Guru Besar SKIPGM Perlis)

Sasaran: Guru SKIPGM

 

[:]

Komen/Pesanan Anda
    PILIH BAHASA
    Zoom in Regular Zoom out
    TEMPAHAN BILIK KHAS
    Jadual Tugasan Mingguan
    Jadual Tugasan Mingguan
    UPSR 2020
    BAKI TAHUN 2020
    October 2020
    M T W T F S S
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
    FROG VLE
    FROG VLE