Author Archive
Majlis Graduasi Tahun 6 2018
12 November 2018 – SK IPGM telah mengadakan Majlis Graduasi bertempat di Hotel Putra Regency. Majlis ini diadakan bagi mengiktiraf 50 orang murid yang akan tamat pengajian di SK IPGM.Bermula pada pukul 2.30 petang ,Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar , Beliau mengucapkan tahniah kepada murid kerana berjaya menamatkan pengajian di SK IPGM,beliau juga mengucapkan semoga berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang akan diumumkan tidak lama lagi.Seterusnya majlis diikuti dengan ucapan wakil murid tahun 6 adik Amir Hazeem dan diteruskan dengan acara penyampaian Anugerah dan pengisytiharan menerima sijil graduasi .Majlis Tamat pada jam 5.30 petang.
Johan,Naib Johan-Sofbol Peringkat Negeri Perlis
Pada 09-10 Novenber 2018, satu lagi kejayaan dilakar oleh murid-murid SKIPGM. Bertempat di SK Tambun Tulang, pasukan sofbol lelaki bawah 11 tahun berjaya merangkul naib johan manakala pasukan sofbol perempuan bawah 11 tahun berjaya sebagai johan . Semoga kejayaan sebegini dapat diteruskan demi mengharumkan nama sekolah.Tahniah dan syabas buat guru dan team sofbol SKIPGM.
Tempat Ke-tiga “Roket Air” Peringkat Negeri Perlis.
Tarikh : 09-10 November 2018
Tempat : SMK Arau
SKIPGM telah mendapat tempat Ke-tiga bagi Pertandingan Roket Air katagori sekolah rendah sempena hari Karnival STEM KPM Peringkat Negeri Perlis bertempat di SMK Arau.
Hari Anugerah Cemerlang 2018
Hari Anugerah Cemerlang SKIPGM
Tarikh :09 November 2018
Hari : Jumaat
Tempat : Dewan Seri Melati SKIPGM Perlis.
Objektif Penganugerahan
1. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar SKIPGM yang telah mencapai tahap kecemerlangan.
2. Memberi galakan dan dorongan serta mewujudkan saingan yang sihat di kalangan pelajar untuk meningkatkan prestasi akademik masing-masing..
3. Menerapkan budaya cintakan ilmu dalam diri pelajar supaya cemerlang dalam semua bidang yang diceburi.
Naib Johan Pertandingan Keyboard Music Time
Tarikh :03 November 2018
Bertempat : Dewan Besar IPGM Kampus Perlis.
Naib Johan Pertandingan Keyboard Music Time Peringkat Negeri Perlis 2018 bagi ketogori tahap dua sekolah rendah.Tahniah dan syabas.
Eureka Innovation Exhibition 2018
29-31 Oktober 2018 -SKIPGM telah menyertai Pertandingan International Eureka Innovation Exhibition Towards Industry 4.0 bertempat di Universiti kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute ( UniKL MSI) ,Kulim Hitech Kedah.
Smart Shoes Dryer dan GT Library mendapat pingat Silver , manakala Smart Bus Stop hanya mendapat penyertaan.
Karnival Serantau Alam Sekitar Peringkat Negeri Perlis 2018.
31 Oktober 2018 -SKIPGM telah menyertai karnival Serantau Alam Sekitar Peringkat Negeri Perlis 2018 di Sk Putra .SKIPGM telah berjaya mendapat medal silver bagi pertandingan rekacipta bahan kitar semula ,montaj dan Mini Landskap.Tahniah diucapkan.

















Visit Today : 265
This Month : 7723
This Year : 51565
Total Visit : 213498
