IMMERSION CAMP Coding@School
5-8 Ogos 2017, bertempat di SK IPGM telah berlangsung IMMERSION CAMP Coding@School melibatkan seramai 30 orang pelajar SK IPGM beserta 6 orang fasilitator dari StartUp Malaysia.
Coding@Schools adalah satu program pengenalan untuk pelajar sekolah rendah mempelajari asas-asas dan prinsip coding secara praktikal. Program ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri melalui pembentangan Bajet 2016 dalam usaha untuk menggalakkan inovasi dan keusahawanan di kalangan rakyat Malaysia. Ia juga adalah inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Malaysian Blue Ocean Strategy (NBOS).
Para peserta Coding@Schools akan dilatih menggunakan dan mempelajari asas web programming seperti HTML, CSS dan JavaScript yang membolehkan mereka mengembangkan kemahiran dalam mencipta dan menulis kod untuk perisian aplikasi. Program ini seterusnya dapat membantu membina kemahiran abad ke-21 peserta seperti menyelesaikan masalah, kreativiti, kolaborasi dan pemikiran komputasional.