KEJOHANAN HOKI MSSPs. 2016
Pasukan Hoki SK IPGM telah menyertai Kejohanan Hoki di peringkat negeri ini yang berlangsung pada 01-02 Oktober 2016. Tahniah kepada pasukan kita yang telah berjaya memperolehi beberapa kejayaan iaitu:
Naib Johan (P) Bawah 12 Tahun
Ke Tiga (P) Bawah 11 Tahun
Ke Empat (L) Bawah 12 Tahun
KEJOHANAN OLAHRAGA SK IPGM
Pada 28-29 Sept. 2016, Kejohanan Balapan dan Padang peringkat sekolah telah dijalankan. Kejohanan ini berlangsung di Mini Stadium IPG Kampus Perlis.
KEM BAKAT BADMINTON BERSAMA KELAB NUSA MAHSURI
Kem Bakat ini dilaksanakan pada 25 September 2016 di Dewan Kompleks Belia dan Suka Negeri Perlis. Kelab Nusa Mahsuri di bawah kendalian Ketua Jurulatihnya, Datuk Hj. Misbun Sidek sendiri telah turun untuk memberikan tunjuk ajar. Seramai 10 orang murid bertuah telah terpilih untuk berguru dengan lagenda badminton negara berkenaan.
KEM ROBOTIK PERINGKAT SEKOLAH
Kem Robotik ini telah berjaya dijalankan pada 23-24 September 2016.
KEM DOKTOR MUDA KEBANGSAAN
Kem ini berlangsung pada 25 hingga 29 Ogos 2016 di Pendang Lake Resort, Kedah. Ia dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Dr. Hilmy b. Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan.
Negeri Perlis diwakili oleh 4 orang peserta dari SK IPGM Perlis. Syabas dan Tahniah.
BENGKEL BIG BOOK
Bengkel Bigbook merupakan salah satu usaha pihak sekolah dalam menambahkan bahan bacaan dan BBM untuk kelas PraSekolah. Bengkel ini dilaksanakan pada 15 Oktober 2016 di kelas PraSekolah SK IPGM. Semua guru telah memberikan kerjasama menjayakan bengkel ini.
JAMBORI PENGAKAP ASEAN
Jambori Pengakap peringkat ASEAN ini berlangsung pada 16-20 September 2016 di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus, Terengganu. Ia merupakan anjuran Majlis Pengakap Terengganu, Persekutuan Pengakap Malaysia dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Kem ini berjaya mengumpulkan sejumlah 10,134 peserta dari seluruh negara ASEAN.
2 orang peserta dari SK IPGM telah terpilih menyertai kontinjen Pengakap negeri Perlis ke Jambori berkenaan
KAYUHAN SEHATI SEJIWA
Tanggal 25 Ogos 2016 merupakan hari yang dinanti-nantikan warga SK IPGM. Pada tanggal ini, kayuhan sehati sejiwa telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Kayuhan ini melibatkan pelbagai organisasi dan komuniti yang bersatu untuk “Kayuhan Sehati Sejiwa”.
Antara pihak yang turut serta selain warga guru dan pelajar adalah PIBG SK IPGM dan wakil-wakil daripada IPG Kampus Perlis, BTPN Perlis, JPN Perlis, Jabatan Penerangan Perlis, UNIMAP, UUM. Turut serta mengiringi para peserta adalah pasukan Trafik PDRM, kumpulan motosikal berkuasa tinggi, kumpulan motosikal cub ‘custom bike’ dan kelab rekreasi IPG Perlis. Pihak MILO turut memberi sumbangan minuman pada awal pagi.
Acara dimulakan dengan senamrobik yang dibantu oleh IPG Kampus Perlis. Pelepasan dari sekolah ke JPN Perlis disempurnakan oleh En. Azizan Hj. Sulaiman, wakil YB Dato’ Seri Dr. Shahidan b. Kassim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Konvoi berkayuh ke JPN Perlis dan disambut dengan penuh kemeriahan dan semangat kemerdekaan oleh warga JPN Perlis yang diketuai sendiri oleh Tn. Hj. Izmi b. Hj. Ismail, Pengarah Pendidikan Perlis.
Konvoi kayuhan seterusnya dilepaskan oleh Tuan Pengarah untuk bergerak menuju ke Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis. Para peserta disambut sendiri oleh YAB Dato’ Seri Azlan b. Man, Menteri Besar Perlis. Selesai jamuan tengahari oleh pihak kerajaan negeri, para peserta bertolak pulang ke SK IPGM semula.
Tenanglah tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi yang baik rasa nak junjung
BENGKEL DIGITAL STORY TELLING (DST) ANIMATION
Pada 17 – 19 Ogos 2016, 3 peserta dan seorang guru dari sekolah ini telah terpilih mneyertai Kem DST Animation peringkat negeri Perlis. Bengkel ini dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis.
Melalui bengkel ini, para peserta didedahkan dengan proses penghasilan animasi berbantukan komputer. Para peserta SK IPGM telah berjaya menyiapkan hasil animasinya untuk dihantar penyertaan ke peringkat kebangsaan
PERTANDINGAN EUREKA
Eureka Innovation Exhibition 2016 Peringkat Kebangsaan telah dijalankan di UniKL pada 16-18 Ogos 2016. Pameran dan pertandingan ini adalah untuk mengenengahkan hasil rekaan dan inovasi daripada pelbagai peringkat pelajar bermula dari sekolah rendah hingga ke pengajian tinggi. Pasukan SK IPGM telah berjaya meraih ‘Silver Award‘ untuk Chapter P dengan tajuk ‘Voice Friendly Classroom’.