TAGLINE SK IPGM
TAGLINE SK IPGM
Slideshow

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH

SK Institut Pendidikan Guru Malaysia telah mengadakan pelancaran bulan kemerdekaan peringkat sekolah pada 1 Ogos 2016. Pelancaran ini disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, Pn. Nor Sharmila Shaari.

Pelancaran ini dimeriahkan dengan pelbagai gimik dan aktiviti. Antaranya penyerahan bendera Jalur Gemilang, nyanyian lagu-lagu patriotik selian murid-murid berpakaian beragam yang menggambarkan era awal sebelum dan selepas kemerdekaan dan seumpamanya lagi. 

 

SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI PERINGKAT SEKOLAH 2016

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri telah diraikan oleh warga sekolah pada hari Jumaat,  15 Julai lalu dengan penuh meriah. Semangat Syawal terpapar jelas dengan kegembiraan warga sekolah khasnya anak-anak pelajar meraikan sambutan. Kehadiran pelbagai pihak seperti wakil JPN, AJK PIBG serta Bapa Angkat Polis turut memeriahkan suasana.

 ” Murid Tersayang Segak Bergaya
   Berbaju Melayu Kurung Kebaya
   Suasana Riang Menyambut Raya
Bermaaf-maafan Sesama Kita  ” 

 

SUMBANGAN KITAB AL-QURAN – PROGRAM WAKAF AL-QURAN

Alhamdulillah, pada 29 Jun 2016, pihak sekolah telah menerima sumbangan kitab Al-Quran di bawah program Wakaf Al-Quran daripada syarikat Mushaf Tartil Sdn. Bhd., Pusat Pengajian Al-Quran Musoffa, Selangor.

Sejumlah 300 buah kitab berkenaan telah diterima oleh pihak sekolah. Kitab suci ini akan digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di Surau sekolah. Semoga sumbangan yang diberikan ini akan menyemarakkan lagi minat dan budaya membaca Al-Quran dalam kalangan pelajar sekolah. 

Segala sumbangan dan jasa baik pihak syarikat adalah amat dihargai dan disanjung tinggi. Tahniah juga atas kejayaan Panitia Pendidikan Islam yang telah memainkan peranan penting dalam mendapatkan sumbangan tersebut.

 


 

PROGRAM PENANAMAN MEMPELAM HARUM MANIS BERSAMA PIBG

Program ini dijalankan pada 18 Jun 2016 (Sabtu). Ia merupakan suatu program bersama antara pihak PIBG bersama sekolah. Mempelam harum manis dipilih kerana ia merupakan buahan yang menjadi identiti utama negeri Perlis. Adalah diharapkan, selain menjadi teduhan dan menghijaukan bumi, ia juga akan memberi sumbangan atau pendapatan tambahan kepada PIBG/sekolah di masa hadapan.

Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat khasnya YDP PIBG dan Puan Guru Besar serta juga AJK PIBG dan warga sekolah. 

 

 

 

SALAM RAMADHAN

KEMPEN ‘MAKAN TAK TUMPAH’ 2016

Jawatankuasa Kantin SK IPGM telah menganjurkan kempen “Makan Tak Tumpah’ kepada semua murid SK IPGM bermula pada 1 Februari 2016 yang lalu. 

 

 

KURSUS KEPIMPINAN SK IPGM 2016

Kursus Kepimpinan SK IPGM  2016 telah diadakan pada 30 Januari 2016 yang lalu. Kursus ini melibatkan barisan kepimpinan pelajar seperti Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT dan Pembimbing Rakan Sebaya.  Kursus ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari. 

   

KEJOHANAN MEMANAH MSSPs. 2016

Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Perlis (MSSPs.) telah berlangsung pada 15-18 Februari 2016. Kejohanan ini dilangsungkan di SK Bohor Mali, Perlis.

Peserta dari sekolah ini Sharifah Aleeya Natasha bt Syed Idrus Al-Idrus, Tahun 6 Wawasan, telah berjaya memenangi 3 pingat iaitu Emas, Perak dan Gangsa. 

Kejayaan anda kebanggaan kami. 

 

 

 

 

PENGOPERASIAN SEKOLAH SEMASA FENOMENA EL NINO DAN GELOMBANG HABA

SESI PERSEKOLAHAN DITUTUP 2 HARI DI NEGERI PERLIS DAN KEDAH

KUALA LUMPUR 21 Mac – Sesi persekolahan di Perlis dan Kedah ditutup selama dua hari bermula esok (22 dan 23 Mac 2016) ekoran cuaca panas melampau iaitu melebihi 39 darjah Celsius.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya telah mendapat nasihat daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar khususnya Jabatan Meteorologi serta Kementerian Kesihatan berhubung gejala itu.

“Oleh itu, buat masa ini, kementerian memutuskan sesi persekolahan untuk proses pengajaran dan pembe­lajaran (PdP) di Perlis dan Kedah ditutup selama dua hari sehingga Rabu.

“Bagaimanapun, guru-guru perlu hadir menjalankan tugas seperti biasa kerana yang tutup hanya PdP. Tiada arahan perubahan penutupan sesi persekolahan di negeri lain buat masa ini kerana suhu yang tinggi hanya dua negeri itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepa­da pemberita selepas menerima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pendidikan) daripada Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS), di sini hari ini.

Dalam pada itu, kementerian dalam kenyataannya berkata, penutupan sekolah di kedua-dua negeri itu tidak perlu diganti.

“Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Da­erah (PPD) yang terlibat hendaklah mengadakan pemantauan bagi memastikan pematuhan terhadap arahan penutupan ini.

“Kementerian juga akan membuat pemakluman dari semasa ke semasa terhadap sebarang perubahan berkaitan fenomena tersebut,” kata kenyataan itu.

 Sumber : http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sekolah-di-perlis-kedah-ditutup-hari-ini-esok-1.203261#sthash.aekExFQH.dpuf

 

Komen/Pesanan Anda
    PILIH BAHASA
    Zoom in Regular Zoom out
    Jadual Tugasan Mingguan
    RAMADHAN 1444
    BAKI TAHUN 2023
    August 2025
    M T W T F S S
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031
    FROG VLE
    FROG VLE