TAGLINE SK IPGM
TAGLINE SK IPGM
Slideshow

Pengiktirafan SK IPGM Perlis Sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan

Majlis Persaraan Puan Mai Rosmah Bt. Rosalee

Pada 29 Mei 2015 telah diadakan majlis persaraan yang pertama bagi SK IPGM untuk guru yang sangat berdedikasi iaitu Puan Mai Rosmah Bt. Rosalee. Majlis diadakan dengan penuh meriah sekali dengan diadakan beberapa acara yang sangat  menarik untuk beliau. Warga sekolah amat terasa dengan kehilangannya… Semoga Puan Mai Rosmah akan sihat walafiatt dan terus berjaya dalam kehidupannya…. aminn..

Web Sekolah Kembali Pulih

Setelah beberapa bulan mengalami masalah dengan web sekolah, alhamdulillah hari ini ianya kembali pulih seperti biasa. Insyallah banyak post-post yang terkini akan dimasukkan… insyallah..

Pertukaran Guru Dalam Negeri

Berita yang amat menyedihkan warga sekolah yang telah kehilangan 2 orang guru yang amat berwibawa dan berdedikasi yang tinggi iaitu En. Ashukori bin Ahmad (PK KOKO) yang telah ditukarkan ke SK Putra dan Ustaz Mohd Nasri bin Talib yang telah dinaikkan pangkat menjadi GPK KOKO di SR(A) SRI 1. Kehilangan mereka amatlah dirasai kerana komitmen kerja yang begitu tinggi telah dicurahkan demi sekolah yang tercinta ini. Pelbagai pencapaian telah dikecapi sama ada dalam bidang Ko Kurikulum dan juga PIGB sekolah yang diterajui oleh Ust Nasri. Semoga mereka terus cemerlang dengan keluarga baharu di sana.

Pelancaran Bulan Bahasa Melayu

Pada 10 Februari 2014 telah berlangsung Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Melayu. Majlis tersebut berlangsung dengan penuh gilang gemilang. Majlis dimulakan dengan bacaan sajak oleh 6 orang guru yang telah dipilih oleh murid dan juga acara berbalas pantun secara spontan. Semoga program ini akan berlangsung dengan penuh jayanya.

Menerima Anugerah Sekolah Harapan KAFA 2013

Majlis Apresiasi Kecemerlangan KAFA Peringkat negeri Perlis telah berlangsung pada 8 Februari 2014 di dewan warisan. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh DYMM Tuanku Syed Faizuddin- YDP MAIPs. Alhamdulillah SK IPGM adalah antara sekolah yang menerima Anugerah Sekolah Harapan. Hadiah berupa piala dan wang tunai RM200.00 telah diterima oleh sekolah pada hari tersebut. Semoga dengan anugerah ini akan meningkatkan lagi semangat warga kerja khasnya guru-guru KAFA.

Mesyuarat Agung PIBG 2014

Pada 8 Februari 2014 (Sabtu), telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG bertempat di dewan terbuka sekolah.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Senarai AJK PIBG Sesi 2014-2015

 

 

 

Pelancaran Bulan Pendidikan Jasmani

Pada 6 Januari 2014 telah berlangsung Majlis Perasmian Bulan Kecergasan Pendidikan Jasmani yang telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SK IPGM.

Guru- Guru Baharu SK IPGM

Selamat datang kepada guru baharu di SK IPGM. Semoga kalian meneruskan tradisi kecemerlangan di SK IPGM.

 

1- Shamshirdiana binti Mohd Sabri. Sekolah terakhir di SK Chenderiang, Perak. Lapor diri di SK IPGM  pada 1 OKT 2013.

2- Yusriyati Binti Abdul Rahim. Sekolah terakhir di SK Nanga Enchermin, Kapit, Sarawak. Lapor diri di SK IPGM pada 27 November 2013

3- Ghazali Bin Abd. Hamid. Sekolah terakhir di SK Seri Perlis. Lapor diri  pada di SK IPGM

4- Ustaz Mohad Fitri bin Mohamad. Sekolah terakhir di SRA Seri 1. Lapor diri di SK IPGM pada 4 Februari 2014

 

 

 

PENGISIAN DATA SPS

Semua warga SK IPGM termasuk staf sokongan adalah diwajibkan untuk mengisi data SPS sebelum 20 November 2013. Berikut adalah langkah-langkah untuk mengisi data tersebut.

1- Sila layari web berikut:  https://sps.1bestarinet.net/SPS/cms/login.jsp

2- Nama pengguna ialah : (isi  no ic masing-masing).rba0091

3- Kata Laluan ialah : No IC guru

4- Bagi yang kali pertama log in, sila masukkan kata laluan yang diingini. Nasihat saya agar gunakan kata lalaun yang telah saya berikan.

5- Klik menu pentadbir sekolah (atas sebelah kanan)

6-  Bawah menu Pengurusan Staf, klik menu Selenggara Maklumat Staf.

7- Klik menu Tambah

8- Klik menu staff (nama guru akan keluar dalam pop-up)

9- Tick nama masing2, kemudian klik pilih.

Bermulah pengisian data utk guru.

Selamat mengisi Data SPS

 

Komen/Pesanan Anda
    PILIH BAHASA
    Zoom in Regular Zoom out
    Jadual Tugasan Mingguan
    RAMADHAN 1444
    BAKI TAHUN 2023
    October 2025
    M T W T F S S
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
    FROG VLE
    FROG VLE