Majlis Makan Tengahari dan Ramah Mesra Bersama Pengarah IPGM Perlis
Pada 2 Oktober 2013 telah berlangsung Majlis Makan Tengahari dan Ramah Mesra Bersama Pengarah dan Ketua Jabatan IPGM Perlis di Dewan Pulai 1. Majlis perkongsian tersebut berlangsung dalam suasana penuh keceriaan. Boleh dikatakan hampir 100% pensyarah telah menghadiri program ini. Diharap program tersebut akan berlangsung dengan lebih kerap untuk merapatkan lagi hubungan diantara guru dan pensyarah IPGM.
Lawatan oleh Nazir – En. Nasir bin Haji Johan(Nazir) dan En Hamidi bin Saad (JPN)
Pada hari Rabu 23 Oktober 2013, 2 orang Nazir telah melawat sekolah untuk memberi penerangan tentang SKPM.
Sejarah Tercipta Lagi… Hari Kantin Sekolah…
1 Oktober 2013 adalah buat pertama kalinya Hari Kantin Sekolah telah diadakan sejak sekolah ini ditubuhkan 6 tahun yang lalu. Pelbagai gerai telah disediakan dan yang paling utama ialah Rumah Hantu yang telah disediakan oleh Cikgu Hafizan and the geng yang terbukti telah menarik ramai pelanggan. Natijahnya program tersebut telah memberikan pulangan bersih sebanyak RM2800.00 Tahniah kepada semua guru terutama sekali kepada Guru Besar, En. Burhanuddin yang berani mencuba sesuatu yang baharu. Walaupun penat semua guru tetap ceria dan gembira melakukan tugas masing-masing. Gambar dibawah membuktikan segala-galanya…
Pertandingan Surau Cantik dan Imarah
Alhamdulillah berkat kerjasama daripada semua warga SK IPGM terutama Tuan Guru Besar dan Ketua Panitia Pendidikan Islam, surau sekolah ini telah berjaya mendapat tempat Top 3 peringkat negeri Perlis. Keputusan sebenar akan diumumkan tidak lama lagi. Semoga Surau SK IPGM akan berjaya.
Tuan Guru Besar, En Burhanudin bin Mohd Ariff juga telah berkenan untuk melancarkan Laman Web Rasmi Surau khusus untuk memaparkan aktiviti Panitia Pendidikan Islam dan surau. Laman web tersebut boleh dilayari di http://surauskipgm.wordpress.com/ atau terus ke pautan yang disediakan di web sekolah ini.
School’s Band In The Making
In the making of our IPGM's New Band leading by Teacher Amri. They give their best effort in order to make our dream band come true . Our headmaster was strumming the guitar with them.
Kayuhan Merdeka – Sejarah Tercipta…
Sejarah yang hebat telah terlakar pada tahun kerana murid-murid SK IPGM telah berjaya melakukan Kayuhan Merdeka ke SK Dato' Wan Ahmad bersama dengan Kelab Motor SYM Perlis. Kayuhan ini juga telah dibantu oleh polis trafik. Rombongan kami mendapat sambutan yang hangat semasa di SK Dato' Wan Ahmad. Semoga program ini akan terus dilaksanakan pada tahun yang akan datang…
Calon 5A UPSR 2013
Inilah 15 orang calon untuk mendapat 5A. Semoga apa yang dihajati akan tercapai. Insyallah…
SESI PENGENALAN BERSAMA GURU BESAR BAHARU
Alhamdulillah sesi perjumpaan tidak rasmi telah berlangsung dengan penuh muhibbah bersempena dengan kehadiran Tuan Guru Besar bersama keluarga kakitangan sekolah baharu. Semoga SK IPGM Perlis bertambah maju, ceria dan harmoni bersama dengan kepimpinan yang baharu.
Pengenalan, amanat dan taklimat oleh Tuan Guru Besar
Para guru sedang mendengar dengan penuh khusyuk…
Majlis Penyerahan Tugas Guru Besar
Pada 19hb Ogos 2013 telah tercatat satu sejarah bagi warga sekolah bersempena Majlis Penyerahan Tugas oleh guru besar Tn. Haji Kamaruddin Bin Ismail kepada guru besar yang baharu iaitu En Burhanddin Bin Mohd Arif yang baru melaporkan diri ke sekolah ini pada 1 Ogos yang lalu. Sebelum ini beliau berkhidmat di SK Dato' Wan Ahmad sebagai guru Penolong Kanan Pentadbiran. Manakala Tn. Haji Kamaruddin pula akan bertugas di SK Santan. Kami warga SK IPGM Perlis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Tn. Haji Kamaruddin diatas segala tunjuk ajar beliau kepada kami semua. Sememangnya jasa beliau amatlah besar dalam membangunkan sekolah kerana sekolah ini boleh dikatakan diantara sekolah yang baharu di Perlis ini. Dengan segala perancangan beliau jugalah sekolah ini menjadi antara yang terbaik di Perlis. Hanya Allah SWT yang mampu membalasnya. Jazakallahu Khairan Kasira….
Penyerahan Fail Tugas Guru Besar.
Sumbangan daripada Badan Kebajikan Sekolah
Cenderahati daripada YDP PIBG SK IPGM Perlis.
Guru-guru dan murid-murid berhimpun untuk menghantar Tn. Haji Kamaruddin Bin Ismail untuk ke tempat bertugas yang baharu.
Perjumpaan Waris UPSR Kali – 2 2013
Perjumpaan Waris UPSR Kali – 2 2013 telah diadakan pada :
Tarikh : 20 Julai 2013
Masa : 10.30 Pagi
Tempat : Dewan Terbuka SK IPGM
Perjumpaan kali ini untuk menerangkan kepada waris murid Tahun 6 tentang perancangan sekolah untuk persediaan UPSR 2013. Selain itu, ibubapa murid tahun 4, 5 dan 6.
Pendaftaran ibubapa
Sambutan yang memberangsankan daripada ibu-bapa
Sesi penyerahan Buku Pelaporan Murid oleh guru kelas kepada ibu-bapa.