JOHAN BOLA TAMPAR PKP JEJAWI. TAHNIAH!TAHNIAH!TAHNIAH!
Pasukan Bola Tampar SK IPGM yang telah dilatih oleh Cikgu Norizan dan Cikgu Azrella telah berjaya mendapat johan bagi PKP Jejawi. Usaha keras guru dan murid berlatih dalam cuaca yang panas membuahkan hasil yang terbaik. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada guru-guru yang terlibat.
Tahniah… Tahniah..Tahniah…
Pasukan Takraw sekolah telah telah mendapat johan bagi PKP Jejawi dan akan mewakili kawasan ke Peringkat Negeri. Pasukan ini telah dilatih oleh Ustaz Azizul dan Cikgu Zaidi. Semoga pasukan ini akan menjadi johan untuk peringkat negeri.
[flip cats=5]
Program Bulan Bahasa Melayu Peringkat Sekolah
Program Bulan Bahasa Melayu Peringkat Sekolah telah berlangsung selama 4 minggu dari tarikh 4 – 25 Feb 2013 yang telah dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu dan telah dirasmikan oleh Tuan Haji Kamaruddin Bin Ismail, Guru Besar SK IPGM.
Program ini bertujuan untuk ;
1. Mendedahkan keunikan Bahasa Melayu dari pelbagai aspek.
2. Meningkatkan penghayatan terhadap kehalusan budaya disebalik kewujudan Bahasa Melayu.
3. Menimbulka minat dalam kalangan individu untuk menguasai Bahasa Melayu.
4. Melahirkan individu yang menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif dan semangat patriotik bertunjangkan Bahasa Melayu.
[flip cats=4]
Kejohanan Bola Jaring PKP Jejawi
Kejohanan Bola Jaring yang telah berlangsung pada 4 & 5 Feb di SK Dato' Kayaman, Beseri yang mana SK IPGM telah mendapat Tempat Ketiga . Pasukan ini telah dilatih selama 2 minggu oleh Cikgu Zeti Irne dan Cikgu Siti Norzila. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak.
[flip cats=3]
Kejohanan Bola Sepak PKP Jejawi
Kejohanan Bola Sepak PKP Jejawi telah berlangsung pada 11 hingga 15 Mac di SK Chuping. SK IPGM telah mendapat Naib Johan dalam pertandingan tersebut. Juara telah disandang oleh SK Oran. Tahniah kepada semua peserta yang terlibat dan juga kepada guru-guru yang telah membantu untuk kejohanan tersebut. Jurulatih bagi bola sepak ialah Cikgu Hafidzan bin Azmi Tahniah..
[flip cats=2]
Kejohanan Bola Baling Lelaki & Perempuan PKP Jejawi 2013
Kejohana Bola Baling yang telah berlangsung pada 5 & 6 Mac di Arena Futsal, Stadium Kangar yang mana SK IPGM telah mendapat naib johan bagi kategori perempuan dan tempat ketiga bagi kategori lelaki. SK IPGM sendiri telah menjadi tuan rumah bagi kejohanan ini.
[flip cats=1]
AMALAN 5S – Keberkesanan Perlaksanaanya di sekolah…..
Apa Itu 5S?
Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang membawa maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Praktik ini diringkaskan menjadi 5S agar ia lebih mudah disebut dan seringkas penggunaannya. Walaupun ringkas, manfaat dari hasil penggunaannya terserlah dengan gaya kerja yang sistematik. Bermula dengan aktiviti 5S dan seterusnya mengamalkannya dengan penggunaan kaedah dan teknik kawalan kualiti, sesebuah organisasi akan mampu mengekal, menambahbaik dan meningkatkan kualiti kerja.
Sisih (Seiri)
Sisih atau mengasing adalah satu proses kerja mengasing barangan yang perlu daripada sekumpulan barangan yang tidak diperlukan di tempat kerja. Ia adalah proses menentukan barang-barang atau peralatan yang diperlukan atau tidak diperlukan. Proses pengasingan ini membantu dalam menentukan barangan yang mungkin tidak diperlukan sekarang tapi boleh digunakan pada masa hadapan dan peralatan haruslah disimpan di tempat simpanan yang sesuai.
Susun (Seiton)
Menyusun dan melabel dilakukan setelah kesemua barangan yang tidak diperlukan diasingkan. Ini dilakukan bertujuan memudahkan penggunaan dan penyimpanan. Susunan barangan dilakukan mengikut kumpulan yang sama. Dengan berbuat demikian, ia akan membantu mempercepatkan proses kerja bagi mendapatkan barang tersebut apabila diperlukan kelak. Tujuan utama menyusun untuk menjimatkan ruang nampak lebih kemas dan teratur dan memudahkan proses mencari pada masa akan datang.
Sapu (Seiso)
Kebanyakan pekerja akan merasa lebih selesa apabila bekerja dalam persekitaran yang bersih dan segar. Selain dari meningkatkan efisien kerja, menyapu juga boleh mempertingkatkan tahap keselamatan di tempat kerja dan peralatan yang digunakan. Ia bertujuan untuk menghilangkan habuk atau kekotoran yang melekat di lantai, mesin di tempat kerja atau barang-barang yang telah disisih dan disusun. Satu senarai semak hendaklah diletakkan untuk menjadi panduan kepada pekerja tentang apa yang harus dilakukan pada masa akan datang dalam aktiviti ini.
Seragam (Seiketsu)
Seragam hanya dapat dilakukan setelah aktiviti sisih, susun, dan sapu telah disempurnakan. Seragam atau mengekalkan kebersihan tempat kerja pada tahap asal adalah penting agar segala usaha yang dilakukan dalam tiga aktiviti terdahulu tidak menjadi sia-sia. Aktiviti yang dilakukan sendiri oleh kakitangan akan menyemai sifat kekitaan dan cintakan kebersihan di tempat kerja. Justeru, kakitangan akan sentiasa memastikan dan mengekalkan kebersihan tempat kerja mereka.
Sentiasa Amalkan (Shitsuke)
Setiap pekerja perlu faham, patuh, berusaha dan mengamalkan penjagaan kebersihan organisasi serta tempat kerja. Amalan kebersihan memang dituntut oleh semua masyarakat dan juga agama. Walau apa pun situasi kita, memang tidak dapat dinafikan amalan kebersihan merupakan titik tolak untuk menjelmakan peribadi yang mulia. Amalan ini dapat disemai dalam diri individu dengan memberi tunjuk ajar menerusi program latihan secara berkala dan mengamalkan budaya nasihat-menasihati.
PROGRAM SARANA SEKOLAH & IBU BAPA
PROGRAM SARANA SEKOLAH & IBU BAPA
Tuan Haji Azali Bin Abas (Setiausaha Sulit Y.A.B Menteri Besar Perlis) telah berbesar hati untuk menerima undangan bagi merasmikan Program Sarana Sekolah & Ibu Bapa peringkat SK IPGM. Program tersebut telah berlangsung di Dewan Pulai 1 IPGM Perlis. Program ini telah mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak IGM dan Pengerusi PIBG sek yang baru iaitu Pn. Rodziyah Binti Nyan.
TENAGA PENGAJAR BAHARU SK IPGM
Selamat Datang kepada dua orang guru yang baharu bertukar ke SK IPGM pada tahun 2013. Semoga suasana kerja di tempat baharu akan terus menceriakan cikgu berdua.
Pn. Norhaziah Binti Mokhtar. Beliau sebelum ini bertugas di SK Putra, Kangar, Perlis.
Pn. Suhaidah Binti Satan. Beliau sebelum ini bertugas di SJK(C) North, Miri, Sarawak.
HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2013
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SWT kerana permulaan Sesi Persekolahan Tahun 2013 telah berjalan dengan penuh lancar. Pada hari pertama persekolahan, Pn. Ruminah binti Baharom (Penyelia PRA Sekolah) telah melakukan penyeliaan dan pemantauan perjalanan sekolah pada hari pertama.
Perhimpunan pagi sempena hari pertama persekolahan
Taklimat khas tentang disiplin dan peraturan sekolah.
Sesi memperkenalkan pelajar yang baharu memasuki SK IPGM selain daripada murid darjah satu. Seramai enam orang murid yang datang daripada seluruh negeri yang sedang menanti untuk dijemput oleh ketua kelas masing-masing.
Murid Tahun Satu yang bersemangat untuk belajar.