Perutusan Guru Besar
Keputusan UPSR 2012
Keputusan UPSR dilaporkan berdasarkan Pencapaian Calon dan Prestasi Mata Pelajaran. Pelaporan Pencapaian Calon adalah merujuk kepada sejauh mana calon menguasai pembelajaran di sekolah rendah dalam kesemua mata pelajaran yang diuji. Indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian calon di sekolah ialah berdasarkan kepada Gred Purata Sekolah (GPS).
Prestasi Mata Pelajaran pula merujuk kepada sejauh mana calon menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam setiap mata pelajaran yang diuji. Indeks yang digunakan untuk menunjukkan prestasi mata pelajaran ialah Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi setiap mata pelajaran. Nilai gred purata yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.
Pada umumnya UPSR 2012 mencatatkan pencapaian yang membanggakan. Syukur, Alhamdulillah, walaupun UPSR kali ini adalah tahun kedua bagi sekolah ini namun telah menunjukkan peningkatan secara konsisten. Bilangan calon yang mencapai tahap cemerlang (memperolehi 5A dalam semua mata pelajaran) telah meningkat daripada 2 orang kepada 8 orang. Peratus pencapaian cemerlang ialah 14.81 %. Sementara pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) ialah 1.87 peningkatan sebanyak 3.7 dari 11.11 bagi tahun 2011. Pencapaian peratus kelulusan sedikit menurun dari 88.89 % (2011) kepada 83.3 % (2012). Peratus penurunan ialah sebanyak 5.6% berdasarkan kepada prestasi Bahasa Inggeris.
KEPUTUSAN KESELURUHAN UPSR 2012 :
SK IPGM PERLIS |
2011 |
2012 |
||
% |
GPMP |
% |
GPMP |
|
011-B.Melayu ( Pemahaman ) |
94.4 |
1.50 |
98.1 |
1.36 |
012-B.Melayu ( Penulisan ) |
88.9 |
1.72 |
96.3 |
1.50 |
014-B.Inggeris |
88.9 |
2.50 |
83.3 |
2.48 |
015-Mathematics |
88.9 |
1.94 |
96.3 |
2.02 |
018-Science |
88.9 |
2.00 |
98.1 |
1.96 |
PENCAPAIAN GRED PURATA SEKOLAH ( GPS ):
SKIPGM Perlis telah mencatatkan pencapaian GPS 1.87 , peningkatan sebanyak 0.06 mata berbanding tahun 2011. Ini meletakkan kedudukan SKIPGM berada dalam kelompok sepuluh sekolah terbaik di Negeri Perlis. Berikut adalah kedudukan prestasi sekolah berdasarkan tahap cemerlang ( GPS kurang daripada 2.00 ). Antaranya ialah :-
Bil. |
Sekolah |
Gred Purata Sekolah |
|
2011 |
2012 |
||
1 |
SK Seri Indera |
1.70 |
1.46 |
2 |
SRK Putera |
1.83 |
1.60 |
3 |
SK Paya |
1.83 |
1.68 |
4 |
SK Long Boh |
2.70 |
1.79 |
5 |
SK Behor Empiang |
2.54 |
1.80 |
6 |
SK IPGM |
1.93 |
1.87 |
7 |
SK Guar Nangka |
2.47 |
1.90 |
8 |
SK Titi Tok Bandar |
1.61 |
1.91 |
9 |
SRK Stella Maris |
1.79 |
1.93 |
10 |
SK Sena |
1.68 |
1.94 |
11 |
SK Kampong Salang |
2.16 |
1.98 |
12 |
SRJK Chin Hun |
2.39 |
1.99 |
Rumusan
Tahniah kepada semua murid yang telah berjaya. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga saya rakamkan kepada warga SKIPGM yang terlibat dalam usaha mencapai kejayaan ini. Pihak pengurusan sekolah amat menghargai segala bentuk pengorbanan dan sumbangan tuan/puan dalam menjayakan segala program demi meningkatkan lagi prestasi akademik di sekolah ini. Saya amat berharap semoga Pelan Strategik 5 Tahun yang dirangka sehingga 2015 bakal meletakkan sekolah ini antara sekolah cemerlang di Negeri Perlis, insyaAllah.
Sekian, terima kasih.
Hj. Kamarudin b. Ismail, PMP
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Perlis,
01000 Jalan Behor Pulai, Kangar,
Perlis
KEPUTUSAN UPSR
Alhamdulillah…. Keputusan UPSR 2012 telah diumumkan dan murid SK IPGM telah sekali lagi mendapat keputusan yang cemerlang untuk tahun ini. Tahniah diucapkan kepada semua tenaga pengajar, ibu-bapa dan staf sokongan SK IPGM.
– Peratus Lulus : 83.3%
– GPS : 1.87
– Murid 5A : 3 Lelaki dan 5 Perempuan
1) Muhammad Sirhan Sidqi b. Abdul Aziz
2) Muizzuddin b. Fakhruddin
3) Muhammad Uzair b. Mohamad Munir
4) Rifhan Qistina bt Shaballah
5) Nurul Nadhirah bt Radzali
6) Iffa Syatilla bt Ahmad Tarmizi
7) Nurul Aina Insyirah bt Khairul Anuar
8) Nur Adriyana bt Amri
– 4A 1B = 5 orang
-4A 1C = 2 orang
– 3A 2B = 7 orang
MAJLIS TAKLIMAT SEKOLAH PERKASA
Majlis Taklimat Pemampatan & Kecemelangan sekolah negeri Pelis telah berlangsung di Hotel Langkasuka , Langkawi pada 2,3 & 4 November 2012 yang telah di hadiri oleh Tuan Guru Besar dan semua Penolong Kanan sekolah IPGM. Sekolah ini adalah salah satu daripada 16 buah sekolah yang terpilih di negeri Perlis untuk ke arah pemantapan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) dan juga Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Semoga SK IPGM akan terus menjadi sekolah yang cemerlang di negeri ini.
Sesi ucapan oleh Tuan Haji Kamaruddin Bin Ismail, Guru Besar SK IPGM.
PK HEM dan PK KOKO yang terlibat sebagai peserta.
CERAMAH KESELAMATAN OLEH PDRM
AKTIVITI : CERAMAH KESELAMATAN JALAN RAYA
TARIKH : 2 DISEMBER 2012
TEMPAT : DEWAN TERBUKA SK IPGM
Sesi ceramah yang sedang disampaikan oleh Pegawai PDRM
Mini Pameran yang disediakan oleh PDRM yang memaparkan tentang penyalahgunaan dadah dan keselamatan jalanraya.
Test Power motor oleh PK HEM En. Wan Hassan.
CERAMAH KEBAKARAN JPAM
AKTIVITI : Ceramah & Pertunjukan Cara-Cara Memadamkan Api
TEMPAT : Dewan dan Padang SK IPGM
Sesi ceramah dan penerangan oleh Pegawai JPAM.
Pegawai sedang menyediakan bahan pembakaran…
Sesi penerangan ringkas cara penggunana peralatan sebelum demonstrasi dimulakan.
Satu keberanian yang tinggi ditunjukkan oleh murid tahun1 Wawasan yang secara sukarela ingin menggunakan alat pemadam api.
Seorang murid sedang melakukan demonstrasi memadam api.
Salah seorang guru yang mencuba keberkesanan alat tersebut.
Ribut Taufan Melanda Sekolah
SK IPGM telah dilanda ribut yang kuat pada hari Jumaat 12/10/2012 yang telah menyebabkan berlaku beberapa kerosakan yang agak teruk.
Alhamdulillah dengan tindakan pantas pihak sekolah menghubungi pihak JPN Perlis, semua kerosakan telah dibaiki dengan segera.
Khemah yang didirikan sempena hari sukan sekolah yang diterbangkan ribut
Kerosakan yang agak teruk
Pokok yang dipukul ribut
Bumbung sekolah yang diterbangkan ribut
Keadaan besi khemah yang bengkok
JOHAN KALAM JAMA’E PERINGKAT NEGERI PERLIS
SK IPGM telah menjadi Johan dalam Pertandingan Kalam Jama'e Peringkat Negeri Perlis,
SK IPGM akan mewakili Negeri Perlis ke Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Johor Bharu pada 20 hinggq 23 Oktober.
Semoga pasukan sekolah ini akan terus mengharumkan nama Perlis dan sekolah di petandingan tersebut. Sama-sama kita doakan kejayaan mereka.