TAGLINE SK IPGM
TAGLINE SK IPGM
Slideshow

BITARA SAINS

Aktiviti Membuat Roket Air

Pada Hari Rabu , 3 Mei 2017, sempena mengisi aktiviti kokurikulum mingguan telah diadakan aktiviti membuat roket air mengunakan botol mineral. Program ini dianjurkan dengan kerjasama guru dan pelajar dari SMK Mata Ayer. Aktiviti ini di jalankan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid tahun 3-6 cara membuat roket air .

Program ini amat menarik dan mendapat sambutan yang mengalakkan daripada semua murid. Semoga program sebegini dapat memberi pengalaman serta mengasah bakat dan minat murid untuk lebih kreatif dalam mencipta bahan baru daripada bahan terbuang.

PROGRAM CSR – JOM KENALI ALAM SEKITAR KITA BERSAMA UNIMAP

Program CSR Jom! Kenali Alam Sekitar Kita’ telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Malaysia pada 18 Oktober 2016. Ia merupakan program di bawah School of Environmental Engineering, Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP). Program yang bertujuan mendidik murid untuk menyayangi alam sekitar ini melibatkan semua murid tahun 3 .


KEM ROBOTIK PERINGKAT SEKOLAH

 Kem Robotik ini telah berjaya dijalankan pada 23-24 September 2016. 

 

 

 

KEM DOKTOR MUDA KEBANGSAAN

Kem ini berlangsung pada 25 hingga 29 Ogos 2016 di Pendang Lake Resort, Kedah. Ia dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Dr. Hilmy b. Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan.

Negeri Perlis diwakili oleh 4 orang peserta dari SK IPGM Perlis. Syabas dan Tahniah.

 

PERTANDINGAN EUREKA

Eureka Innovation Exhibition 2016 Peringkat Kebangsaan telah dijalankan di UniKL pada 16-18 Ogos 2016. Pameran dan pertandingan ini adalah untuk mengenengahkan hasil rekaan dan inovasi daripada pelbagai peringkat pelajar bermula dari sekolah rendah hingga ke pengajian tinggi. Pasukan SK IPGM telah berjaya meraih ‘Silver Award‘ untuk Chapter P dengan tajuk ‘Voice Friendly Classroom’.  

 

PROGRAM INOVASI KAPAL TERBANG KAWALAN JAUH

PROGRAM JARINGAN ANTARA SK. IPGM PERLIS & SK. SENA
BERSAMA
JABATAN PELAJARAN SATUN, THAILAND.

TARIKH:
31 JULAI – 2 OGOS 2015

TEMPAT:
SK INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

Program yang telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Azlan bin Man, Menteri Besar Perlis ini melibatkan 142 orang murid daripada kedua-dua sekolah. Peserta program melibatkan murid tahun 3, 4 dan 5.

Sepanjang dua hari bengkel tersebut, enam belas orang jurulatih dan fasilitator jemputan dari Thailand telah berjaya membantu mengendalikan bengkel tersebut dengan baik dan peserta dapat melaksanakan tugasan mereka dengan sempurna.

YAB Menteri Besar Perlis dalam ucaptama beliau, berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang agar dapat memupuk minat generasi muda ke arah meningkatkan kreativiti dan membudayakan inovasi .

Komen/Pesanan Anda
    PILIH BAHASA
    Zoom in Regular Zoom out
    Jadual Tugasan Mingguan
    RAMADHAN 1444
    BAKI TAHUN 2023
    June 2025
    M T W T F S S
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    30  
    FROG VLE
    FROG VLE