TAGLINE SK IPGM
TAGLINE SK IPGM
Slideshow

Author Archive

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah sesi 2018

15 Januari 2018 (Isnin) Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber SK IPGM telah dilaksanakan dengan jayanya..

Majlis ini sebagai tanda bermulanya pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber sesi 2018 menjalankan tugas secara rasmi dalam memikul tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.

Bacaan ikrar telah diketuai oleh Ketua Pengawas Sekolah yang telah dlantik. Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan murid SKIPGM yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Harapan  pihak sekolah agar barisan pengawas yang dilantik bagi sesi 2018 mampu melaksanakan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin.

 

SESI PERSEKOLAHAN 2018 BERMULA

2.1.2018(Selasa)

Syabas dan Tahniah kepada semua murid yang hadir ke sekolah.

Semoga pada tahun baru ini hadir dengan semangat baru untuk lebih berjaya. “Datang dengan harapan, pulang dengan kejayaan”.

PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 DAN PRA SEKOLAH 2018

1.1.2018 (Isnin)  Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Malaysia Perlis telah mengadakan sesi pendaftaran untuk murid Tahun 1 dan Pra Sekolah. Turut diadakan ialah sesi penerangan kepada ibu bapa . Majlis bermula pada pukul 8:00 pagi dan berakhir pada jam 11.30 tengahhari .Majlis diteruskan dengan ucapan kata alu-aluan oleh Tuan Guru Besar Puan Nor Sharmila Bt Shaari dan sesi penerangan dan taklimat  disampaikan oleh guru penyelaras tahun 1 kepada ibubapa.

Back to School 2018

Majlis Untaian Kasih

Jamuan akhir tahun bagi guru-guru dan kakitangan sekolah telah diadakan pada 25 November 2017 di Hotel Putra Regency.Turut hadir menyerikan majlis Untaian Kasih ialah  Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Perlis Tuan Haji Izmi b Haji Ismail,Ketua Sektor Pengurusan Sekolah En Zainodin b Ahmad,Ketua Sektor  Penilaian dan Peperiksaan En.Rusli b Md.Zain,Ketua Sektor Jaminan Kualiti Puan Siti Hatifah bt Yahya ,YDP PIBG En Yusof Alam .Majlis ini juga turut dihadiri oleh bekas guru SKIPGM.Tahniah dan Terima Kasih kepada semua guru yang menjayakan majlis tersebut.

Salam sehatisejiwa.. 1Haluan Sehaluan..

Naib Johan Pembestarian Sekolah Kategori Sekolah Rendah 2017

Hari Anugerah Pembestarian Sekolah akan diadakan seperti ketetapan berikut :

  1. Tarikh : 21 November 2017 (Selasa)
  2. Masa : 8.00 pagi – 12.30 tengah hari
  3. Tempat : Auditorium Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Persiaran Bukit Kiara, 50604,

SK Institut Pendidikan Guru Malaysia, Perlis  telah dinobatkan sebagai naib johan dalam Anugerah Terbaik Pembestarian Sekolah bagi kategori  sekolah rendah (Sijil, Cenderamata, Hadiah bernilai RM5,000.00 daripada Yayasan Pencinta).Syabas dan Tahniah kepada pihak sekolah dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung terutamanya JPN dan BTPN perlis.

Penyerahan Sijil Penghargaan-Program Jaringan SKIPGM-UNIMAPs

Program Jaringan SKIPGM dengan UNIMAPs  berkaitan Baja kompos
Penyerahan sijil penghargaan  dari ketua projek Dr Irnis Azura kepada Puan Guru Besar.

Hari Anugerah Cemerlang 2017

17 November 2017 . – Hari Anugerah Cemerlang 2017 peringkat sekolah SK IPGM telah berjaya dijalankan dengan lancar dan jayanya.Tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya menerima hadiah dan tahniah juga kepada semua guru yang telah bertungkus-lumus menjayakan progam Hari Anugerah Cemerlang yang telah dapat dijalankan dengan lancarnya.

HARI BACAAN IKRAR RUKUN NEGARA 2017

Tarikh : 13 November 2017 ( ISNIN)

Masa : 09:00 Pagi

Tempat : Dewan Seri Melati SKIPGM

-Bacaan Ikrar Rukun Negara di laksanakan serentak seluruh negara pada 13 November 2017.

-Guru Besar membaca teks ucapan sempena Hari Bacaan Ikrar Rukun Negara 2017

-Bacaan Ikrar Rukun Negara dibaca oleh pelajar dan diikuti oleh guru dan murid.

PENILAIAN ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH (APS) KEBANGSAAN 2017


Pada 6 November 2017, sekolah ini telah dilawati oleh penilai dari Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Tuan Shaharizan bin Ibrahim untuk tujuan penilaian/penghakiman bagi APS Peringkat Kebangsaan 2017. Turut hadir adalah para pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Perlis.

Taklimat awal telah diberikan oleh Tuan Guru Besar di Bilik Seminar, SK IPGM. Seterusnya beliau dibawa melawat inovasi kapal terbang kawalan jauh menggunakan kadboard di dewan dan padang sekolah.

Tuan Shaharizan juga dtelah dibawa ke Makmal ICT, Makmal Sains dan seterusnya Pusat Sumber Sekolah (PSS) di mana semua bahan inovasi dan kejayaan sekolah dipamerkan. Pelbagai jenis robot dan kejayaannya juge telah dipertontonkan. Selain itu beliau juga diberi penerangan mengenai pelbagai penghasilan dan kejayaan inovasi sekolah khasnya berteraskan pembestarian atau menggunakan ICT sebagai pengupaya.

Terima kasih sekalung budi kepada penilai dari BTP khasnya dan semua pihak amnya yang terlibat samada secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ini. Semoga kejayaan menjadi milik kita.

Komen/Pesanan Anda
    PILIH BAHASA
    Zoom in Regular Zoom out

    Jadual Tugasan Mingguan
    RAMADHAN 1444
    BAKI TAHUN 2023
    May 2026
    M T W T F S S
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031
    FROG VLE
    FROG VLE