BENGKEL FROG PLAY(MODUL GULAI) 2017 SKIPGM
BENGKEL FROG PLAY(MODUL GULAI) oleh pegawai Implementation Consultant Sdn.Bhd
Pada 14-15 Mac 2017 telah diadalan satu Bengkel Frog Play di bawah unit Pembestarian Sekolah,BTPN Perlis.Bengkel tersebut telah disertai oleh seorang wakil dari setiap sekolah negeri Perlis tertempat di Makmal Komputer SK IPGM. Bengkel FrogPlay itu telah disampaikan oleh Encik Syed Ridha pegawai dari Implementation Consultant Sdn.Bhd).
Tujuan bengkel ini dijalankan ialah untuk memberi gambaran serta pendedahan berkaitan laman Frog play (Modul GULAI- Game Up Learning and Involvement) diharap guru yang mengikuti bengkel tersebut dapat memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dalam urusan berkaitan permainan dalam pendidikan Secara keseluruhannya, bengkel ini telah berjaya dijalankan dengan baik .
JOHAN KESELURUHAN kejohanan Olahraga PKP Jejawi 2017
9-10 Mac 2017 bertempat di Stadium Mini SMK SYED HASSAN, Kangar – Sekolah Kebangsaan Institute Pendidikan Guru Malaysia Perlis dinobatkan sebagai Johan keseluruhan Kejohanan Balapan dan Padang peringkat Pusat Kecemerlangan Pelajaran (PKP)(Julung Kali mendapat Johan Keseluruhan dalam Kejohanan Balapan dan Padang PKP Jejawi). Pasukan Balapan dan Padang SK IPGM telah berjaya meraih 12 pingat . 4 emas , 5 Perak dan 3 Gangsa.
Pihak sekolah mengucapkan tahniah untuk Pn Nor Sharmila bt Shaari (Guru Besar SKIPGM ), PK KO Hamzan husin, Pentadbiran, Team Kejurulatihan T&F SK IPGM 17, Guru2 dan terutamanya Atlet-atlet kecil yg berjiwa besar SK IPGM yang bertanding dalam Kejohanan Balapan dan Padang PKP Jejawi 2017… anda semua berhak menjadi JUARA…. salam sehati sejiwa.
Tahniah Peserta MTQ SKIPGM
Pada 07 Mac 2017 , Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) Peringkat Kawasan PKP Jejawi telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Sk Jejawi .
Antara kategori-kategori yang dipertandingkan ialah bidang Tilawah Al-Quran, hafazan, bercerita kisah-kisah nabi, nasyid dan kuiz.
Pada penyertaan tersebut,Adik Afiff fahim dan adik Arissa Umaira telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tilawah al-Quran,kuiz tempat kedua, manakala
Nasyid tempat pertama dengan pungutan markah 83+.Alhamdulillah tahniah kepada semua peserta MTQ SKIPGM…
Sambutan Minggu Anti Dadah 2017
Sambutan Minggu Anti Dadah Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Perlis telah dilancarkan pada 6 Mac 2017. Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah sekolah bertujuan melahirkan pelajar yang berpengetahuan tentang bahaya dan kesan dadah serta mempunyai kemahiran untuk menolak ancaman dadah dan gejala sosial yang lain. Pelbagai program sepanjang bulan Mac akan diadakan seperti Ikrar Anti Dadah, Deklamasi Sajak Ceramah Motivasi, Senamrobik, Pameran AADK dan PDRM, Pertunjukan Pasukan rollerblades adults SKIPGM telah memeriahkan lagi majlis ini. Setinggi-tinggi penghargaan, terima kasih dan tahniah kepada pihak pentadbir, guru-guru, pelajar-pelajar dan semua warga sekolah yang menjayakan program ini..
English Month Just Speak Up!
6 Mac 2017 – Majlis perasmian Bulan Bahasa Inggeris ( English Month ) telah berlangsung di dewan terbuka sekolah,Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Guru Besar Pn Norsharmila bt Shaari.Pelbagai aktiviti telah disusun oleh Panitia Bahasa Inggeris sepanjang bulan Mac ini.Pihak Sekolah ingin mengucapkan setinggi–tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh pelajar dan guru.Teruskan Kecemerlangan.
ENGLISH MONTH LAUNCHING CEREMONY 2017
Tahniah Peserta Tenis SKIPGM
Pada 3 hingga 5 Mac lepas, 4 orang pelajar SKIPGM telah menyertai pertandingan Tenis MSSPs bertempat di Gelangang Tenis Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra. Mohd Adeeb Hakimi dan Mohd Aqil telah berjaya mendapat naib johan dalam kategori bawah 12 tahun bergu dan Mohd Adeeb Hakimi juga berjaya mendapat tempat ketiga dalam kategori individu . Warga SKIPGM mendoakan kejayaan dalam pertandingan akan datang sekaligus mengharumkan nama sekolah.
PROJEK BAJA KOMPOS SKIPGM BERSAMA UNIMAPS
Pihak sekolah SK IPGM melalui panitia sains dan kelab cinta alam telah menghasilkan projek baja kompos dengan kerjasama dari pihak UNIMAPS.Seramai 10 murid dari tahun 4 dan 5 telah dipilih utk membantu perjalanan menghasilkan baja Kompos dari sisa buangan kantin sekolah pada setiap hari khamis bertempat di kantin sekolah SK IPGM. Tujuan projek sebegini untuk Memberi kesedaran kepada setiap pengguna bahawa setiap daripada sisa buangan mempunyai nilai yang berharga sekiranya kita kreatif untuk mengitar semula.
Kejohanan Balapan Dan Padang SK IPGM 2017
16-17.02.2017 …… Kejohanan Balapan & Padang SK IPGM Perlis,telah berjaya diadakan di padang sekolah.Pada tahun ini, En. Yusof YDP PIBG Sekolah yang baru dilantik telah merasmikan kejohanan tersebut..
Kejohanan yang bermula pada jam 7.40 pagi menyaksikan 4 kontigen Pasukan Rumah Sukan mengambil bahagian .Setiap pasukan Rumah Sukan diiringi oleh Maskod bertema Kepahlawanan ,kesemua pasukan perbarisan telah berjaya memberikan persembahan yang menarik dan menunjukkan semangat kesukanan dalam semua acara yang telah dipertandingkan, para pelajar telah berjaya mewujudkan semangat kesukanan dan menonjolkan bakat dan kebolehan dalam bidang olahraga.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan kejohanan tahun ini.