TAGLINE SK IPGM
TAGLINE SK IPGM
Slideshow

Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Peringkat Sekolah Tahun 2017

8 Feb 2017 telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Peringkat Sekolah Tahun 2017 dengan kerjasama Panitia Bahasa Melayu dan PSS . Majlis ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK IPGM iaitu Pn. Nor Sharmila Bt. Shaari.Sepanjang bulan bahasa ini beberapa program dan pertandingan akan diadakan antaranya Pertandingan mewarna , Pertandingan Deklamasi sajak, ,Pertandingan Berbalas pantun, Pertandingan Bercerita, Pertandingan Membaca Lancar, Kuiz Bahasa dan Pertandingan keceriaan kelas.Tahniah dan terima kasih kepada semua ahli panitia Bahasa dengan kerjasama PSS yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis pelancaran tersebut.

GOTONG ROYONG SARANA IBUBAPA MENGHIAS KELAS

GOTONG ROYONG SARANA IBUBAPA MENGHIAS KELAS
Pihak sekolah mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada ibubapa yang menyumbang masa, tenaga dan wang ringgit  dalam menghias kelas anak masing-masing .

Majlis Pelancaran Jom Ke Sekolah

Majlis Pelancaran Program Jom Ke Sekolah

Tarikh : 6/2/2017

Tempat : SK IPGM Perlis.

Majlis Pelancaran Program Jom Ke Sekolah telah dilancarkan pada 6/2/2017 bertempat di SK IPGM Perlis. Program ini merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid.

Kehadiran Sarjan Sallehuddin b. Md Radzi sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah ,semoga program sebegini dapat  mewujudkan hubungan besar dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan pihak PPS bagi membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah dan membugarkan kembali penggunaan Peti Aduan Murid.


 

Tennis Malaysia Juniar Tour 2017

Tahniah diucapkan kepada adik Muhammad Adeeb Hakimi yang telah menyertai Tennis Malaysia Junior Tour 2017 bertempat di Leg 1,National Tennis Centre Jalan Duta ,Kuala Lumpur pada 12-15 Januari 2017.

Pihak Sekolah juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang  membantu menguruskan pasukan tenis sekolah.

Mesyuarat Agung PIBG SKIPGM 2017

Kejohanan Merentas Desa SKIPGM 2017

Jumaat, 20 Januari 2016 – Kejohanan Merentas Desa SKIPGM  tahun 2017 telah dapat dijalankan dengan jayanya melibatkan semua guru dan semua pelajar . Pertandingan ini melibatkan empat rumah sukan iaitu merah,biru,hijau dan kuning. Pertandingan ini bermula pada pukul 8.00pagi  dan dibahagikan mengikut empat kategori. Perasmian Penutup disempurnakan oleh Guru Besar SKIPGM Puan Nor Sharmila bt Shaari. Majlis diakhiri dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Kutipan mata menunjukkan Juara bertahan terus diungguli oleh Rumah Merah. Tahniah diucapkan

Bengkel Pemantapan FROG VLE

Bengkel Pemantapan 1BestariNet Frog VLE Fasa 1 untuk sesi 2017   telah dijalankan di BTPN Perlis pada 13.1.2017 .

Jumaat, 13 Januari 2017, jam 3.00-5.00 petang

Bengkel Pemantapan Penggunaan Frog VLE telah dijalankan di Bilik Macro BTPN Perlis. Bengkel ini bertujuan memantapkan dan mengoptimumkan penggunaan Frog VLE di sekolah ini. Bengkel ini disampaikan oleh   Puan Salsabila binti Me@Khalid dari PKG Jejawi dengan kerjasama dari pegawai BTPN Perlis, En. Ahmad Juanda b. Sakaria  dan En. Azwan b. Azmi, Unit Pembestarian Sekolah (UBest). Ucapan Tahniah dan terima kasih juga tidak lupa kepada guru yang memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan bengkel tersebut.Semoga bengkel yang telah dilaksanakan ini akan dapat menjadi pemudahcara kepada semua guru dalam melaksanakan PdP dan dimaksimumkan penggunaan VLE sebaik mungkin .

Watikah Pelantikan Pengawas Dan Ketua Kelas Sesi 2017

Watikah Pelantikan Pengawas SK IPGM  telah diadakan di Dewan terbuka pada 09 Januari 2017 .

Tahniah diucapkan kepada semua Pengawas dan Ketua Kelas yang dilantik untuk tahun 2017. Semoga anda semua menjalankan tugas dengan amanah dan berdedikasi  serta menjadi contoh dan teladan yang baik kepada pelajar  lain.

PROGRAM PERKONGSIAN PINTAR NASYID SK IPGM & SK PERMATANG PASIR

Program ini telah dilaksanakan pada 23 November 2016. Program berupa lawatan dan perkongsian pintar nasyid ini merupakan salah satu aktiviti bagi bitara nasyid universal 2016 antara SK Institut Pendidikan Guru Malaysia, Perlis dan SMK Permatang Pasir, Pulau Pinang.

LAWATAN PENANDA ARAS SK SAUJANA INDAH, PULAU PINANG

SK IPGM telah menerima kunjungan/lawatan penanda aras daripada SK Saujana Indah, Seberang Perai, Pulau Pinang pada 14 November 2016. Sekolah ini juga merupakan sebuah sekolah kluster kecemerlangan.

Komen/Pesanan Anda
    PILIH BAHASA
    Zoom in Regular Zoom out
    Jadual Tugasan Mingguan
    RAMADHAN 1444
    BAKI TAHUN 2023
    October 2025
    M T W T F S S
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
    FROG VLE
    FROG VLE