BITARA NASYID
Kumpulan Eilham Johan Nasyid Negeri dan Tempat kelima Kebangsaan .
Kumpulan Eilham mewakili Negeri Perlis dalam pertandingan Nasyid Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 Tahun 2017 bertempat diSMKA Sultan Azlan Shah, Seri Iskandar, Perak pada 28-31 Julai 2017.Kumpulan Nasyid sekolah SKIPGM yang dipimpin oleh Ustaz Mohamad Fitri dan Cikgu Khairul berjaya mendapat tempat ke lima kebangsaan.Tahniah kepada semua ahli kumpulan Eilham yang mengharumkan nama sekolah.
Naib Johan Kalam Jamaei Peringkat Negeri

FESTIVAL NASYID
Pasukan Nasyid SK IPGM telah menyertai Festival Nasyid anjuran PIBG Sekolah Kebangsaan Santan. Alhamdulillah, pasukan ini telah berjaya menjadi Johan.
JARINGAN BITARA NASYID UNIVERSAL BERSAMA KOLEJ UNIVERISTI INSANIAH
Program ini juga merupakan salah satu program di bawah kebitaraan sekolah iaitu Nasyid Universal. Untuk itu, satu jaringan pintar telah dilaksanakan oleh pihak sekolah bersama Kolej Universiti INSANIAH, Kedah.
Perkongsian ilmu ini diharap mampu melonjakkan lagi pencapaian pasukan Nasyid sekolah ini.
BENGKEL PERKUSI
Bengkel ini dijalankan pada 10 Oktober di SK IPGM Perlis. Ia merupakan salah satu daripada aktiviti di bawah kebitaraan Nasyid Universal.
FESTIVAL KESENIAN CINA IPG KAMPUS PERLIS 2016
Program ini merupakan sebahagian daripada aktiviti di bawah kebitaraan Nasyid Universal sekolah. Ia dipersembahkan bersempena dengan Festival Kesenian Cina, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis yang diadakan di Dewan Besar IPG Kampus Perlis pada 30 Januari 2016.
Persembahan nasyid ini dialunkan dalam bahasa Mandarin oleh kumpulan Nasyid Eilham (perempuan) dan diiringi oleh kumpulan D’IPGM Buskers yang dianggotai oleh guru-guru SK IPGM Perlis.
PERTANDINGAN DAN KONSERT NASYID UNIVERSAL
Pertandingan dan Konsert Nasyid Universal dijalankan pada 13 dan 14 November 2015. Ia merupakan penganjuran kali pertama oleh SK IPGM Perlis di bawah kelolaan Bitara Nasyid Universal. Pertandingan ini disertai oleh 3 buah kumpulan jemputan dan 5 buah kumpulan dalam negeri Perlis dan sebuah pasukan dari negeri Johor.
Majlis disempurnakan oleh Tuan Pengarah Pendidikan Perlis, Tn. Hj. Rooslee bin Ismail yang mewakili Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Perlis.
Pasukan Jemputan
Kumpulan Az-Zahrah, Sekolah Bakong Pitaya, Daerah Nongcik, Pattani, Thailand
Kumpulan Kebudayaan dan Kesenian, UNIMAP
Kumpulan JIWA, JPN Perlis
Kumpulan Bertanding
SK IPGM
SK Santan
SK Seri Indra
SK Padang Besar (U)
SR Agama Al-Islahiyah
SK Parit Zain, Muar, Johor