ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM DAN SUKAN NEGERI PERLIS
Majlis anugerah ini telah diadakan di Dewan Wawasan 2020 pada 24 November 2016. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Azlan bin Man, Menetri Besar Perlis.
Sekolah ini telah berjaya meraih 2 anugerah iaitu;
- Persatuan/Badan Beruniform Terbaik Sekolah Rendah melalui Pertubuhan Pengakap
- Guru Cemerlang Kokurikulum Sekolah Rendah (Perempuan), Cikgu Syakirah bt. Samat.
Tahniah dan Syabas kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak lansung.
U.P.S.R 2016
Keputusan rasmi UPSR 2016 SK Institut Pendidikan Guru Malaysia menunjukkan peningkatan dalam peratus lulus keseluruhan. Di sebalik penurunan pencapaian kecemerlangan semua A, GPS sekolah mencatatkan 2.43 % iaitu di kedudukan ke dua bagi semua sekolah rendah negeri Perlis. Semua mata pelajaran mencatatkan peratus lulus keseluruhan 100% kecuali satu mata pelajaran sahaja yang mencatatkan 95.65%.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang telah bekerja keras terutamanya para guru khasnya Guru Tahun 6, para pelajar sendiri dan ibu bapa dan pihak yang membantu sama ada secara langsung atau tidak.
PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM
Perkhemahan Badan Beruniform Peringkat Sekolah ini telah dilaksanakan dari 11-12 November 2102. Perkhemahan ini merupakan anjuran Unit KoKurikulum bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling SK IPGM.
Sepanjang perkhemahan ini pihak sekolah bertuah kerana mendapat bantuan secara langsung daripada Pesuruhjaya Pengakap Daerah Perlis Barat, En. Hamidon b. Ahmad serta Pengakap Kelana sepanjang perkhemahan dilangsungkan. Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang perkhemahan dengan mendapat kerjasama baik semua pihak sama ada murid mahupun guru dan ibu bapa.
HARI ANUGERAH CEMERLANG 2016
Hari Anugerah Cemerlang diadakan saban tahun untuk memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada murid-murid yang berjaya mencapai kecemerlangan khasnya kurikulum di samping tidak dilupakan juga bidang-bidang lain.
Hari anugerah Cemerlang SK Institut Pendidikan Guru Malaysia telah diadakan pada 10 November 2016. Majlis ini diadakan secara dalaman tanpa melibatkan jemputan kenamaan. Walau pun begitu, majlis berlangsung dengan lancar hasil kerjasama semua pihak khasnya para guru dalam menjayakannya.
HARI USAHAWAN 2016
HARI KEUSAHAWANAN SK IPGM 2016 telah berjalan lancar pada hari Khamis, 3 Oktober 2016. Konsep ‘Membeli sambil Merderma’ adalah slogan program ini. Sepanjang program ini, pelbagai jualan makanan, barangan, permainan serta pameran dari agensi luar telah berlangsung.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung.
LAWATAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD) KUALA LIPIS, PAHANG
PPD Kuala Lipis, Pahang telah melakukan lawatan ke sekolah ini pada 2 November 2016. Lawatan perkongsian ilmu ini sebahagian matlamatnya adalah untuk melihat PdP Alaf 21 yang dilaksanakan oleh guru-guru sekolah ini.
FESTIVAL NASYID
Pasukan Nasyid SK IPGM telah menyertai Festival Nasyid anjuran PIBG Sekolah Kebangsaan Santan. Alhamdulillah, pasukan ini telah berjaya menjadi Johan.
PROGRAM CSR – JOM KENALI ALAM SEKITAR KITA BERSAMA UNIMAP
Program CSR Jom! Kenali Alam Sekitar Kita’ telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Malaysia pada 18 Oktober 2016. Ia merupakan program di bawah School of Environmental Engineering, Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP). Program yang bertujuan mendidik murid untuk menyayangi alam sekitar ini melibatkan semua murid tahun 3 .
JARINGAN BITARA NASYID UNIVERSAL BERSAMA KOLEJ UNIVERISTI INSANIAH
Program ini juga merupakan salah satu program di bawah kebitaraan sekolah iaitu Nasyid Universal. Untuk itu, satu jaringan pintar telah dilaksanakan oleh pihak sekolah bersama Kolej Universiti INSANIAH, Kedah.
Perkongsian ilmu ini diharap mampu melonjakkan lagi pencapaian pasukan Nasyid sekolah ini.
BENGKEL PERKUSI
Bengkel ini dijalankan pada 10 Oktober di SK IPGM Perlis. Ia merupakan salah satu daripada aktiviti di bawah kebitaraan Nasyid Universal.