TAGLINE SK IPGM
TAGLINE SK IPGM
Slideshow

Program PIBK – Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti

PIBK merupakan sebahagian daripada elemen di dalam Program SARANA SEKOLAH. Program ini dapat meningkatkan kerjasama antara pihak sekolah dan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan dengan sekolah khasnya ibu bapa dan komuniti. Melalui PIBK, sekolah dan ibu bapa mempunyai tanggung jawab yang dikongsi bersama antara ibu bapa dan guru bagi memastikan pembelajaran berkualiti untuk murid. Ia juga memperluaskan peranan ibu bapa sebagai rakan sekolah dalam meningkatkan keberhasilan anak-anak mereka.

Program PIBK di sekolah ini telah berjaya dilaksanakan pada 27 Februari dan 5 Mac 2016. Ibu bapa bersama guru telah bersama-sama menceriakan bilik darjah masing-masing. Setiap kelas juga mewujudkan Jawatankuasa untuk  tujuan berkenaan. Sumbangan yang diberikan oleh semua pihak adalah amat menggalakkan sama ada melalui kewangan mahupun tenaga dan kemahiran masing-masing.

 

 

 

 

FESTIVAL KESENIAN CINA IPG KAMPUS PERLIS 2016

Program ini merupakan sebahagian daripada aktiviti di bawah kebitaraan Nasyid Universal sekolah. Ia dipersembahkan bersempena dengan Festival Kesenian Cina, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis yang diadakan di Dewan Besar IPG Kampus Perlis pada 30 Januari 2016.

Persembahan nasyid ini dialunkan dalam bahasa Mandarin oleh kumpulan Nasyid Eilham (perempuan) dan diiringi oleh kumpulan D’IPGM Buskers yang dianggotai oleh guru-guru SK IPGM Perlis.

PERUTUSAN TAHUN BARU 2016 : YB MENTERI PENDIDIKAN

Perutusan Tahun Baru 2016 oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)  pada 12 Januari 2015.

 

 
Slide Ucapan :

 

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

BACK 2 SCHOOL

UPSR 2015

SK IPGM merupakan salah sebuah daripada 11 buah sekolah di negeri Perlis yang berjaya mendapat Gred Purata Sekolah (GPS) di bawah 2.00 peratus bagi tahun 2015. Sekolah ini mendapat Gred Purata 1.94 dalam UPSR pada tahun ini mengatasi pencapaian 2.08 pada tahun 2014. Pencapaian ini juga berjaya melepasi Gred Purata Nasional 2.27 dan Gred Purata Negeri 2.32.

TAHNIAH dan Terima Kasih kepada semua warga sekolah khasnya guru-guru serta para pelajar Tahun 6 yang menunjukkan komitmen dan iltizam tinggi dalam usaha menggapai kejayaan ini. Tidak dilupakan tahniah & terima kasih jua kepada para ibu bapa/penjaga pelajar serta semua yang membantu sama ada secara langsung atau tidak.

 Para pelajar yang mencapai 5A bersama barisan Guru dan Ibu Bapa/Waris masing-masing

PERTANDINGAN DAN KONSERT NASYID UNIVERSAL


Pertandingan dan Konsert Nasyid Universal dijalankan pada 13 dan 14 November 2015. Ia merupakan penganjuran kali pertama oleh SK IPGM Perlis di bawah kelolaan Bitara Nasyid Universal. Pertandingan ini disertai oleh 3 buah kumpulan jemputan dan 5 buah kumpulan dalam negeri Perlis dan sebuah pasukan dari negeri Johor. 

Majlis disempurnakan oleh Tuan Pengarah Pendidikan Perlis, Tn. Hj. Rooslee bin Ismail yang mewakili Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Perlis. 

Pasukan Jemputan

Kumpulan Az-Zahrah, Sekolah Bakong Pitaya, Daerah Nongcik, Pattani, Thailand
Kumpulan Kebudayaan dan Kesenian, UNIMAP
Kumpulan JIWA, JPN Perlis 

Kumpulan Bertanding

SK IPGM
SK Santan
SK Seri Indra
SK Padang Besar (U)
SR Agama Al-Islahiyah
SK Parit Zain, Muar, Johor 

 

PENILAIAN PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA KEMERDEKAAN KE 58

SK IPGM telah mewakili negeri Perlis dalam Pertandingan Keceriaan Merdeka ke peringkat kebangsaan. Seramai 3 orang panel penilai daripada Kementerian Penerangan Malaysia telah hadir untuk sesi penilaian.

Pihak sekolah juga berbesar hati dengan kehadiran Pengarah IPG Kampus Perlis, Tn. Hj. Anwar bin Ahmad yang turut serta memberikan sokongan moral kepada pihak sekolah. Semua guru dan staf sekolah serta wakil PIBG juga telah hadir bersama sebagai suatu tanda solidariti pihak sekolah.

Pert Kemerdekaan SK IPGM1

 

VIDEO :  https://www.youtube.com/watch?v=qexhQ440WIY

JOHAN PERTANDINGAN KECERIAAN KEMERDEKAAN

 

Alhamdulillah SK IPGM telah berjaya menjadi Johan Pertandingan Keceriaan Kemerdekaan 2015 Peringkat Negeri dan telah menerima Sijil serta Cek RM2000.00. Sekolah ini akan akan mewakili Perlis dalam pertandingan di peringkat kebangsaan. Guru Besar telah menerima hadiah tersebut daripada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Bt Al-Marhum Tengku Abdul Rashid.

IMG-20150831-WA0043

 

IMG-20150831-WA0037

IMG-20150831-WA0047

Majlis MOU Antara SK IPGM Bersama IPGM Perlis

Memorandum Persefahaman tersebut ditandatangani diantara Tuan Pengarah IPGM Perlis, Tuan Haji Anwar bin Ahmad dan Guru Besar SK IPGM Perlis, Puan Nor Sharmila Bt Shaari.

PROGRAM INOVASI KAPAL TERBANG KAWALAN JAUH

PROGRAM JARINGAN ANTARA SK. IPGM PERLIS & SK. SENA
BERSAMA
JABATAN PELAJARAN SATUN, THAILAND.

TARIKH:
31 JULAI – 2 OGOS 2015

TEMPAT:
SK INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

Program yang telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Azlan bin Man, Menteri Besar Perlis ini melibatkan 142 orang murid daripada kedua-dua sekolah. Peserta program melibatkan murid tahun 3, 4 dan 5.

Sepanjang dua hari bengkel tersebut, enam belas orang jurulatih dan fasilitator jemputan dari Thailand telah berjaya membantu mengendalikan bengkel tersebut dengan baik dan peserta dapat melaksanakan tugasan mereka dengan sempurna.

YAB Menteri Besar Perlis dalam ucaptama beliau, berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang agar dapat memupuk minat generasi muda ke arah meningkatkan kreativiti dan membudayakan inovasi .

Komen/Pesanan Anda
    PILIH BAHASA
    Zoom in Regular Zoom out
    Jadual Tugasan Mingguan
    RAMADHAN 1444
    BAKI TAHUN 2023
    August 2025
    M T W T F S S
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031
    FROG VLE
    FROG VLE