Pembelajaran abad ke-21 (PAK-21)
Pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) merupakan salah satu elemen yang penting dalam Pelan Pembangunan Pendidikany Malaysia (PPPM).
PAK-21 menekankan pembelajaran berpusatkan murid dan berunsur kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).
Berikut ialah 9 contoh aktiviti dalam kelas yang boleh digunakan oleh para guru dalam bilik darjah abad ke-21.
1. Round Table
• Murid duduk dalam kumpulan dan guru mengemukakan satu topik.
• Secara bergilir, murid memberi dan mencatat satu idea dengan menggunakan pen dan kertas yang sama.
• Hasil dapatan dirujuk dan dibentang.
• Sesuai untuk murid tahap dua sekolah rendah dan murid sekolah menengah
2. Think-Pair-Share
• Guru memberikan topik dan murid berfikir sendiri dalam jangkamasa tertentu.
• Masa tamat dan murid berkongsi idea bersama pasangan.
• Murid seterusnya berkongsi idea dengan keseluruhan kelas.
3. Hot Seat
• Aktiviti susulan selepas murid membuat bacaan dan kajian (secara individu atau kumpulan).
• Seorang murid akan duduk di kerusi yang disediakan dan menjadi ‘pakar’.
• ‘Pakar’ tersebut akan menjawab soalan yang dilontarkan oleh murid lain.
4. Deklamasi Sajak / Nyanyian
• Murid diberi masa untuk membuat persediaan dalam kumpulan.
• Guru memberi tajuk dan murid boleh mengubahsuai mengikut kreativiti dan kesesuaian.
• Murid membuat persembahan di hadapan kelas.
5. Pembentangan Hasil Sendiri
• Murid diberi tajuk dan membuat pembentangan untuk mempersembahkan hasil dapatan.
• Murid boleh menggunakan pelbagai cara dan bahan untuk membuat pembentangan.
6. Role-Play
• Murid diberi peranan dan watak.
• Murid diberi masa untuk membuat persediaan.
• Murid membuat persembahan dengan memainkan peranan.
7. Gallery Walk
• Aktiviti selepas kajian untuk mempamerkan hasil dapatan.
• Murid menampal hasil kerja di dinding untuk dilihat oleh kumpulan lain.
• Murid boleh menulis komen tentang hasil kerja kumpulan lain pada sticker note dan menampalnya di atas hasil kerja tersebut.
8. Three Stray, One Stay
• Kaedah alternatif pembentangan kumpulan.
• Hasil kerja ditampal.
• Seorang ahli kumpulan akan tinggal di situ untuk memberi penerangan.
• Ahli lain boleh bergerak ke kumpulan lain untuk melihat dan menyoal hasil kumpulan lain.
9. Peta i-Think
• Menggunakan peta pemikiran sebagai alat untuk menjana idea murid.
• Peta i-Think boleh digunakan sebagai alat untuk murid membuat kajian dan dipersembahkan dalam bentuk grafik.