PROGRAM LATIHAN MEMBERUS GIGI SK IPGM
PROGRAM LATIHAN MEMBERUS GIGI SK IPGM 

Pada hari ini telah berlangsung Program Latihan Memberus Gigi yang melibatkan murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 3 SK IPGM dengan kerjasama Unit Pergigian Jabatan Kesihatan Perlis.
Program ini bertujuan untuk:
Mendidik murid tentang kepentingan menjaga kebersihan gigi
Memberi tunjuk ajar teknik memberus gigi yang betul
Membentuk amalan penjagaan kesihatan mulut sejak usia muda
Murid-murid menunjukkan kerjasama yang sangat baik sepanjang aktiviti dijalankan dan kelihatan teruja mempraktikkan teknik yang telah dipelajari.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Unit Pergigian Jabatan Kesihatan Perlis atas perkongsian ilmu dan bimbingan yang sangat bermanfaat.
Semoga program seperti ini dapat diteruskan demi melahirkan generasi yang sihat dan berkeyakinan! 





























Visit Today : 72
This Month : 7484
This Year : 34657
Total Visit : 259730
