ROLL OUT
ROLL OUT
Slideshow

TAKLIMAT ” TEACHING SCHOOL”

Perjumpaan bersama pensyarah IPGKPs dan guru-guru SK IPGM

Atas Konsep ” Teaching School “

Masa : 2.30 Petang

Tempat : Auditorium Haji Anwar Ahmad

17 Mac 2021 ,2.30 petang bertempat di Dewan Auditorium Haji Anwar Ahmad,Satu pertemuan melibatkan warga besar pensyarah IPGKPs dan guru-guru SK IPGM,Perjumpaan dan pertemuan untuk mengeratkan  tali persaudaraan serta menggilapkan lagi  konsep Teaching School.

Pengarah IPGKPs Tn.Hj.Abdul Muhaimin Bin Osman

Guru Besar SK IPGM Pn.Nur Zaiton Binti Ibrahim

SEJARAH

Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Malaysia (SK IPGM), Perlis telah ditubuhkan pada tahun 2007. Kebenaran menubuhkan sekolah ini telah mendapat restu kementerian selaras dengan keputusan Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mewujudkan Sekolah Dalam Institut pada tahun 2003. Idea awal menubuhkan sekolah ini dicetuskan oleh Yang Berbahagia, Dr. Hamzah b. Ihsan, Timbalan Pengarah Institut Perguruan Perlis  dengan menggunakan konsep ”Teaching School” seterusnya telah mendapat kelulusan pendaftaran penubuhan sekolah ini  pada September 2006 dengan kod RBA0091.

Dua buah bangunan Jabatan Teknikal telah dijadikan lokasi sementara untuk bangunan sekolah. Pada Tahun 2007 dua buah bilik darjah telah diubahsuai untuk dijadikan bilik darjah bagi menempatkan seramai 42 orang murid Tahun 1 iaitu 22 orang Tahun 1 Wawasan dan 20 orang 1 Bestari.

Pada tahun tersebut seramai 24 orang pensyarah dengan dibantu oleh 2 orang PKS telah dikenalpasti sebagai tenaga pengajar sambilan dan pembantu pengurusan murid. Pengurusan sekolah diketuai oleh Puan Sabarian bt. Morad selaku Penyelaras dan juga merangkap pengurus sekolah sebelum diambil alih oleh Puan Rokiah bt. Karim sehingga 3 Januari 2008.

Pada September 2007, mesyuarat penyelarasan antara Jabatan Pelajaran Negeri Perlis, wakil BPG Kementerian Pendidikan Malasia, Timbalan Pengarah IPP serta beberapa Ketua Jabatan Institut Perguruan Perlis telah diadakan di Pulau Pinang dan keputusan untuk menempatkan seorang Guru Besar Gred Hakiki dan staf sekolah telah mendapat kelulusan kementerian.

Mulai 3 Januari 2008, pengurusan sekolah sepenuhnya diambil alih oleh Jabatan Pelajaran Negeri Perlis. Guru Besar yang pertama telah dilantik secara hakiki ialah Tuan Hj. Kamarudin b. Ismail pada 3 Januari 2008. Pada tarikh yang sama juga ditempatkan seorang Penolong Kanan Pentadbiran (Puan Che Rahmah bt. Ismail) dan Penolong Kanan HEM (Encik Zamhari b. Johar). Penempatan Penolong Kanan Kokurikulum (Puan Hjh. Hasnah bt. Daim) telah dibuat pada Februari 2008.

Hanya 4 orang tenaga pengajar ditempatkan ketika itu untuk mengendalikan bilangan murid seramai 71 orang iaitu Tahun 1 seramai 28 orang dan Tahun 2  seramai  43 orang. Ketika itu, Pra Sekolah Seri Cempaka masih di bawah pengurusan IPG Kampus Perlis dengan jumlah murid seramai 25 orang yang terdiri daripada anak kakitangan IPG dan murid sekitar IPG Kampus Perlis.

Mulai tahun 2009 peluasan kelas telah di buka kepada Tahun 1 hingga Tahun 3 berjumlah 6 bilik darjah. Bilangan guru juga turut ditambah kepada 14 orang termasuk pengurusan. Jumlah murid kian bertambah dari masa ke semasa apabila promosi pendaftaran ke sekolah ini dibuka kepada pendudukan sekitar dengan mengambil kira setiap kelas tidak melebihi 30 orang murid. Jadual sekolah yang kompetitif secara pakej dengan melibatkan kelas KAFA di waktu petang juga memainkan peranan penting membuatkan ramai kalangan ibu bapa yang bekerja berminat untuk menghantar anak mereka ke sekolah ini oleh kerana kelas berakhir jam 4.00 petang.

Pada Tahun 2010 perluasan kelas Pra Sekolah telah dilakukan dengan meletakkan pengurusannya di bawah pengurusan Jabatan Pelajaran Negeri dan dibuka kepada 2 bilik darjah dengan menumpang di bangunan Pra Sekolah Seri Cempaka. Pendaftaran murid Tahun 5 juga telah dibuka. Kini dengan bilangan guru seramai 25 orang dan staf sokongan seramai 5 orang sekolah ini telah berjaya mengorak langkah sebagai sebuah sekolah rendah harapan yang bakal cemerlang  menjelang 2015 dengan anggaran murid dijangkakan seramai 350 orang.

Pihak pengurusan sekolah telah mendapat kebenaran berpindah ke bangunan baru pada 8 November 2010. Kerja-kerja gotong royong telah dilakukan bersama staf sekolah, murid dan waris pelajar untuk memindahkan peralatan dan perabot di bangunan lama ke bangunan baru.

Bangunan baru yang serba lengkap berkonsepkan Model ”Teaching School” telah mendapat Sijil Kelulusan dan Pernyataan Siap Kerja  pada 22 Mei 2010 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Komen/Pesanan Anda
    PILIH BAHASA
    Zoom in Regular Zoom out
    TEMPAHAN BILIK KHAS
    Jadual Tugasan Mingguan
    RAMADHAN 1443
    BAKI TAHUN 2021
    July 2021
    M T W T F S S
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
    FROG VLE
    FROG VLE