TAGLINE SK IPGM
TAGLINE SK IPGM
Slideshow

Uncategorized

Majlis Pelancaran Jom Ke Sekolah

Majlis Pelancaran Program Jom Ke Sekolah

Tarikh : 6/2/2017

Tempat : SK IPGM Perlis.

Majlis Pelancaran Program Jom Ke Sekolah telah dilancarkan pada 6/2/2017 bertempat di SK IPGM Perlis. Program ini merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid.

Kehadiran Sarjan Sallehuddin b. Md Radzi sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah ,semoga program sebegini dapat  mewujudkan hubungan besar dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan pihak PPS bagi membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah dan membugarkan kembali penggunaan Peti Aduan Murid.


 

Tennis Malaysia Juniar Tour 2017

Tahniah diucapkan kepada adik Muhammad Adeeb Hakimi yang telah menyertai Tennis Malaysia Junior Tour 2017 bertempat di Leg 1,National Tennis Centre Jalan Duta ,Kuala Lumpur pada 12-15 Januari 2017.

Pihak Sekolah juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang  membantu menguruskan pasukan tenis sekolah.

Mesyuarat Agung PIBG SKIPGM 2017

Kejohanan Merentas Desa SKIPGM 2017

Jumaat, 20 Januari 2016 – Kejohanan Merentas Desa SKIPGM  tahun 2017 telah dapat dijalankan dengan jayanya melibatkan semua guru dan semua pelajar . Pertandingan ini melibatkan empat rumah sukan iaitu merah,biru,hijau dan kuning. Pertandingan ini bermula pada pukul 8.00pagi  dan dibahagikan mengikut empat kategori. Perasmian Penutup disempurnakan oleh Guru Besar SKIPGM Puan Nor Sharmila bt Shaari. Majlis diakhiri dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Kutipan mata menunjukkan Juara bertahan terus diungguli oleh Rumah Merah. Tahniah diucapkan

Bengkel Pemantapan FROG VLE

Bengkel Pemantapan 1BestariNet Frog VLE Fasa 1 untuk sesi 2017   telah dijalankan di BTPN Perlis pada 13.1.2017 .

Jumaat, 13 Januari 2017, jam 3.00-5.00 petang

Bengkel Pemantapan Penggunaan Frog VLE telah dijalankan di Bilik Macro BTPN Perlis. Bengkel ini bertujuan memantapkan dan mengoptimumkan penggunaan Frog VLE di sekolah ini. Bengkel ini disampaikan oleh   Puan Salsabila binti Me@Khalid dari PKG Jejawi dengan kerjasama dari pegawai BTPN Perlis, En. Ahmad Juanda b. Sakaria  dan En. Azwan b. Azmi, Unit Pembestarian Sekolah (UBest). Ucapan Tahniah dan terima kasih juga tidak lupa kepada guru yang memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan bengkel tersebut.Semoga bengkel yang telah dilaksanakan ini akan dapat menjadi pemudahcara kepada semua guru dalam melaksanakan PdP dan dimaksimumkan penggunaan VLE sebaik mungkin .

Watikah Pelantikan Pengawas Dan Ketua Kelas Sesi 2017

Watikah Pelantikan Pengawas SK IPGM  telah diadakan di Dewan terbuka pada 09 Januari 2017 .

Tahniah diucapkan kepada semua Pengawas dan Ketua Kelas yang dilantik untuk tahun 2017. Semoga anda semua menjalankan tugas dengan amanah dan berdedikasi  serta menjadi contoh dan teladan yang baik kepada pelajar  lain.

LAWATAN PENANDA ARAS SK SAUJANA INDAH, PULAU PINANG

SK IPGM telah menerima kunjungan/lawatan penanda aras daripada SK Saujana Indah, Seberang Perai, Pulau Pinang pada 14 November 2016. Sekolah ini juga merupakan sebuah sekolah kluster kecemerlangan.

ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM DAN SUKAN NEGERI PERLIS

Majlis anugerah ini telah diadakan di Dewan Wawasan 2020 pada 24 November 2016. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Azlan bin Man, Menetri Besar Perlis.

Sekolah ini telah berjaya meraih 2 anugerah iaitu;

  1. Persatuan/Badan Beruniform Terbaik Sekolah Rendah melalui Pertubuhan Pengakap
  2. Guru Cemerlang Kokurikulum Sekolah Rendah (Perempuan), Cikgu Syakirah bt. Samat.

Tahniah dan Syabas kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak lansung.

 

U.P.S.R 2016

Keputusan rasmi UPSR 2016 SK Institut Pendidikan Guru Malaysia menunjukkan peningkatan dalam peratus lulus keseluruhan. Di sebalik penurunan pencapaian kecemerlangan semua A, GPS sekolah mencatatkan 2.43 % iaitu di kedudukan ke dua bagi semua sekolah rendah negeri Perlis. Semua mata pelajaran mencatatkan peratus lulus keseluruhan 100% kecuali satu mata pelajaran sahaja yang mencatatkan  95.65%.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang telah bekerja keras terutamanya para guru khasnya Guru Tahun 6, para pelajar sendiri dan ibu bapa dan pihak yang membantu sama ada secara langsung atau tidak.

 

PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM

Perkhemahan Badan Beruniform Peringkat Sekolah ini telah dilaksanakan dari 11-12 November 2102. Perkhemahan ini merupakan anjuran Unit KoKurikulum bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling SK IPGM. 

 Sepanjang perkhemahan ini pihak sekolah bertuah kerana mendapat bantuan secara langsung daripada Pesuruhjaya Pengakap Daerah Perlis Barat, En. Hamidon b. Ahmad serta Pengakap Kelana sepanjang perkhemahan dilangsungkan. Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang perkhemahan dengan mendapat kerjasama baik semua pihak sama ada murid mahupun guru dan ibu bapa. 

 

Komen/Pesanan Anda
    PILIH BAHASA
    Zoom in Regular Zoom out

    Jadual Tugasan Mingguan
    RAMADHAN 1444
    BAKI TAHUN 2023
    May 2026
    M T W T F S S
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031
    FROG VLE
    FROG VLE