Slideshow

KLUSTER

Latar Belakang

Idea mewujudkan kluster kecemerlangan institusi pendidikan telah disuarakan oleh YB Menteri Pelajaran Malaysia pada 3 April 2006. Hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk melonjakkan lagi kecemerlangan institusi pendidikan dalam sistem pendidikan negara menerusi kluster kecemerlangan institusi pendidikan.

Pewujudan kluster kecemerlangan sekolah ini sesuai dengan pendekatan kedua PIPP, iaitu untuk “mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan sehingga membolehkan guru dan pelajar mengangkat nama dan sistem pendidikan negara di mata dunia”.
(PIPP, 2006, ms. 31).

Definisi Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK)

Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) ialah sekolah yang cemerlang dalam kelompoknya yang dapat melahirkan murid yang holistik dalam aspek akademik, kokurikulum, sahsiah serta penampilan diri. Sekolah ini juga mempunyai kebitaraaan (niche area) yang menggambarkan watak sekolah.

Tujuan

Pewujudan Sekolah Kluster Kecemerlangan dalam sistem pendidikan di Malaysia bermatlamat merealisasikan Teras Strategik keenam (6), PIPP.

Sekolah ini diwujudkan bertujuan:

i.    Melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia
ii. Membangunkan sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kelompok yang sama dan sekolah lain di luar kelompok; dan
iii. Menjadi showcase di peringkat antarabangsa.

Komen/Pesanan Anda
    PILIH BAHASA
    Zoom in Regular Zoom out
    Manual Pengurusan 2020
    UPSR 2020
    BAKI TAHUN 2020
    February 2020
    M T W T F S S
    « Jan    
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    242526272829