PENILAIAN ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH (APS) KEBANGSAAN 2017

Pada 6 November 2017, sekolah ini telah dilawati oleh penilai dari Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Tuan Shaharizan bin Ibrahim untuk tujuan penilaian/penghakiman bagi APS Peringkat Kebangsaan 2017. Turut hadir adalah para pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Perlis.
Taklimat awal telah diberikan oleh Tuan Guru Besar di Bilik Seminar, SK IPGM. Seterusnya beliau dibawa melawat inovasi kapal terbang kawalan jauh menggunakan kadboard di dewan dan padang sekolah.
Tuan Shaharizan juga dtelah dibawa ke Makmal ICT, Makmal Sains dan seterusnya Pusat Sumber Sekolah (PSS) di mana semua bahan inovasi dan kejayaan sekolah dipamerkan. Pelbagai jenis robot dan kejayaannya juge telah dipertontonkan. Selain itu beliau juga diberi penerangan mengenai pelbagai penghasilan dan kejayaan inovasi sekolah khasnya berteraskan pembestarian atau menggunakan ICT sebagai pengupaya.
Terima kasih sekalung budi kepada penilai dari BTP khasnya dan semua pihak amnya yang terlibat samada secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ini. Semoga kejayaan menjadi milik kita.















Visit Today : 157
This Month : 7735
This Year : 62918
Total Visit : 224851
