Author Archive
Majlis Pelancaran Jom Ke Sekolah
Majlis Pelancaran Program Jom Ke Sekolah
Tarikh : 6/2/2017
Tempat : SK IPGM Perlis.
Majlis Pelancaran Program Jom Ke Sekolah telah dilancarkan pada 6/2/2017 bertempat di SK IPGM Perlis. Program ini merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid.
Kehadiran Sarjan Sallehuddin b. Md Radzi sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah ,semoga program sebegini dapat  mewujudkan hubungan besar dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan pihak PPS bagi membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah dan membugarkan kembali penggunaan Peti Aduan Murid.
Tennis Malaysia Juniar Tour 2017
Tahniah diucapkan kepada adik Muhammad Adeeb Hakimi yang telah menyertai Tennis Malaysia Junior Tour 2017 bertempat di Leg 1,National Tennis Centre Jalan Duta ,Kuala Lumpur pada 12-15 Januari 2017.
Pihak Sekolah juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang  membantu menguruskan pasukan tenis sekolah.
Kejohanan Merentas Desa SKIPGM 2017
Jumaat, 20 Januari 2016 – Kejohanan Merentas Desa SKIPGM tahun 2017 telah dapat dijalankan dengan jayanya melibatkan semua guru dan semua pelajar . Pertandingan ini melibatkan empat rumah sukan iaitu merah,biru,hijau dan kuning. Pertandingan ini bermula pada pukul 8.00pagi  dan dibahagikan mengikut empat kategori. Perasmian Penutup disempurnakan oleh Guru Besar SKIPGM Puan Nor Sharmila bt Shaari. Majlis diakhiri dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Kutipan mata menunjukkan Juara bertahan terus diungguli oleh Rumah Merah. Tahniah diucapkan
Bengkel Pemantapan FROG VLE
Bengkel Pemantapan 1BestariNet Frog VLE Fasa 1 untuk sesi 2017 Â telah dijalankan di BTPN Perlis pada 13.1.2017 .
Jumaat, 13 Januari 2017, jam 3.00-5.00 petang –
Bengkel Pemantapan Penggunaan Frog VLE telah dijalankan di Bilik Macro BTPN Perlis. Bengkel ini bertujuan memantapkan dan mengoptimumkan penggunaan Frog VLE di sekolah ini. Bengkel ini disampaikan oleh  Puan Salsabila binti Me@Khalid dari PKG Jejawi dengan kerjasama dari pegawai BTPN Perlis, En. Ahmad Juanda b. Sakaria  dan En. Azwan b. Azmi, Unit Pembestarian Sekolah (UBest). Ucapan Tahniah dan terima kasih juga tidak lupa kepada guru yang memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan bengkel tersebut.Semoga bengkel yang telah dilaksanakan ini akan dapat menjadi pemudahcara kepada semua guru dalam melaksanakan PdP dan dimaksimumkan penggunaan VLE sebaik mungkin .
Watikah Pelantikan Pengawas Dan Ketua Kelas Sesi 2017
Watikah Pelantikan Pengawas SK IPGM Â telah diadakan di Dewan terbuka pada 09Â Januari 2017 .
Tahniah diucapkan kepada semua Pengawas dan Ketua Kelas yang dilantik untuk tahun 2017. Semoga anda semua menjalankan tugas dengan amanah dan berdedikasi  serta menjadi contoh dan teladan yang baik kepada pelajar  lain.
ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM DAN SUKAN NEGERI PERLIS
Majlis anugerah ini telah diadakan di Dewan Wawasan 2020 pada 24 November 2016. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Azlan bin Man, Menetri Besar Perlis.
Sekolah ini telah berjaya meraih 2 anugerah iaitu;
- Persatuan/Badan Beruniform Terbaik Sekolah Rendah melalui Pertubuhan Pengakap
- Guru Cemerlang Kokurikulum Sekolah Rendah (Perempuan), Cikgu Syakirah bt. Samat.
Tahniah dan Syabas kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak lansung.




























Visit Today : 177
This Month : 11331
This Year : 48593
Total Visit : 273666
