TAGLINE SK IPGM
TAGLINE SK IPGM
Slideshow

Author Archive

JOHAN KESELURUHAN kejohanan Olahraga PKP Jejawi 2017

9-10 Mac 2017 bertempat di Stadium  Mini SMK SYED HASSAN, Kangar – Sekolah Kebangsaan Institute Pendidikan Guru Malaysia Perlis dinobatkan sebagai Johan keseluruhan Kejohanan Balapan dan Padang peringkat Pusat Kecemerlangan Pelajaran (PKP)(Julung Kali mendapat Johan Keseluruhan dalam Kejohanan Balapan dan Padang PKP Jejawi). Pasukan Balapan dan Padang SK IPGM telah berjaya meraih 12 pingat . 4 emas , 5 Perak dan 3 Gangsa.

Pihak sekolah mengucapkan tahniah untuk  Pn Nor Sharmila bt Shaari (Guru Besar SKIPGM ), PK KO Hamzan husin, Pentadbiran, Team Kejurulatihan T&F SK IPGM 17, Guru2 dan terutamanya Atlet-atlet kecil yg berjiwa besar SK IPGM yang bertanding dalam Kejohanan Balapan dan Padang PKP Jejawi 2017… anda semua berhak menjadi JUARA…. salam sehati sejiwa.

” JUARA IALAH INSAN BIASA YANG BERUSAHA SECARA LUAR BIASA “

 

do the best for your exam

Tahniah Peserta MTQ SKIPGM

Pada 07 Mac 2017 ,  Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) Peringkat Kawasan PKP Jejawi telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Sk Jejawi .
Antara kategori-kategori yang dipertandingkan ialah bidang Tilawah Al-Quran,  hafazan, bercerita kisah-kisah nabi, nasyid dan kuiz.
Pada penyertaan tersebut,Adik Afiff fahim dan adik Arissa Umaira telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tilawah al-Quran,kuiz  tempat kedua, manakala
Nasyid tempat pertama dengan pungutan markah 83+.Alhamdulillah tahniah kepada semua peserta MTQ  SKIPGM…

Ceramah Peningkatan Disiplin Murid oleh PDRM IPD Kangar

Ceramah Peningkatan Disiplin Murid oleh PDRM IPD Kangar

Sambutan Minggu Anti Dadah 2017

Sambutan Minggu Anti Dadah Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru  Perlis telah dilancarkan pada 6 Mac 2017. Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah sekolah bertujuan melahirkan pelajar yang berpengetahuan tentang bahaya dan kesan dadah serta mempunyai kemahiran untuk menolak ancaman dadah dan gejala sosial yang lain. Pelbagai program sepanjang bulan Mac akan diadakan seperti Ikrar Anti Dadah, Deklamasi Sajak Ceramah Motivasi, Senamrobik, Pameran AADK dan PDRM, Pertunjukan Pasukan rollerblades adults SKIPGM  telah memeriahkan lagi majlis ini.  Setinggi-tinggi penghargaan, terima kasih dan tahniah kepada pihak pentadbir, guru-guru, pelajar-pelajar dan semua warga sekolah yang menjayakan program ini..

English Month Just Speak Up!

6 Mac 2017 – Majlis perasmian Bulan Bahasa Inggeris ( English Month ) telah berlangsung di dewan terbuka sekolah,Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Guru Besar Pn Norsharmila bt Shaari.Pelbagai aktiviti telah disusun oleh Panitia Bahasa Inggeris sepanjang bulan Mac ini.Pihak Sekolah ingin mengucapkan setinggitinggi penghargaan dan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh pelajar dan guru.Teruskan Kecemerlangan.

ENGLISH MONTH LAUNCHING CEREMONY 2017

Tahniah Peserta Tenis SKIPGM

Pada 3 hingga 5 Mac lepas, 4 orang pelajar SKIPGM   telah menyertai pertandingan Tenis MSSPs bertempat di Gelangang Tenis Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra. Mohd Adeeb Hakimi dan Mohd Aqil telah berjaya  mendapat naib johan dalam kategori bawah 12 tahun bergu dan Mohd Adeeb Hakimi juga berjaya mendapat tempat ketiga dalam kategori individu . Warga SKIPGM mendoakan kejayaan  dalam pertandingan akan datang sekaligus mengharumkan nama sekolah.

PROJEK BAJA KOMPOS SKIPGM BERSAMA UNIMAPS

 

Pihak sekolah SK IPGM melalui panitia sains dan kelab cinta alam telah menghasilkan projek baja kompos  dengan kerjasama dari pihak UNIMAPS.Seramai 10 murid dari tahun 4 dan 5 telah dipilih utk membantu perjalanan menghasilkan baja Kompos dari sisa buangan kantin sekolah pada  setiap hari khamis bertempat di kantin sekolah SK IPGM. Tujuan projek sebegini untuk Memberi kesedaran kepada setiap pengguna bahawa setiap daripada sisa buangan mempunyai nilai yang berharga sekiranya kita kreatif  untuk mengitar semula.

Kejohanan Balapan Dan Padang SK IPGM 2017

16-17.02.2017 …… Kejohanan Balapan & Padang SK IPGM  Perlis,telah berjaya diadakan di padang sekolah.Pada tahun ini, En. Yusof  YDP PIBG Sekolah yang baru dilantik  telah merasmikan kejohanan tersebut..

Kejohanan yang bermula pada jam 7.40 pagi menyaksikan 4 kontigen Pasukan Rumah Sukan mengambil bahagian .Setiap pasukan Rumah Sukan diiringi oleh Maskod bertema Kepahlawanan ,kesemua pasukan perbarisan telah berjaya memberikan persembahan yang menarik dan menunjukkan semangat kesukanan dalam semua acara yang telah dipertandingkan, para pelajar telah berjaya mewujudkan semangat kesukanan dan menonjolkan bakat dan kebolehan dalam bidang olahraga.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan kejohanan tahun ini.

Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Peringkat Sekolah Tahun 2017

8 Feb 2017 telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Peringkat Sekolah Tahun 2017 dengan kerjasama Panitia Bahasa Melayu dan PSS . Majlis ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK IPGM iaitu Pn. Nor Sharmila Bt. Shaari.Sepanjang bulan bahasa ini beberapa program dan pertandingan akan diadakan antaranya Pertandingan mewarna , Pertandingan Deklamasi sajak, ,Pertandingan Berbalas pantun, Pertandingan Bercerita, Pertandingan Membaca Lancar, Kuiz Bahasa dan Pertandingan keceriaan kelas.Tahniah dan terima kasih kepada semua ahli panitia Bahasa dengan kerjasama PSS yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis pelancaran tersebut.

Komen/Pesanan Anda
    PILIH BAHASA
    Zoom in Regular Zoom out

    Jadual Tugasan Mingguan
    RAMADHAN 1444
    BAKI TAHUN 2023
    May 2026
    M T W T F S S
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031
    FROG VLE
    FROG VLE