TAGLINE SK IPGM
TAGLINE SK IPGM
Slideshow

Author Archive

THAILAND & MALAYSIA JUNIOR TENNIS CHAMPIONSHIP

[:en]Tahniah diucapkan kepada Muhammad Adeeb Hakimi B Mohd Fairus kerana telah berjaya muncul sebagai Naib Johan dalam acara THAILAND & MALAYSIA Junior Tennis Championship .[:de]Tahniah diucapkan kepada Muhammad Adeeb Hakimi B Mohd Fairus kerana telah berjaya sebagai naib johan dalam acara THAILAND & MALAYSIA Juniar Tennis Championship .[:]

Johan Pertandingan Taekwando

[:en]

21 Okt 2017, Megat Harith Alfad dari tahun 2 Bestari telah dinobatkan sebagai Johan dalam  Pertandingan  Taekwando  Tertutup Peringkat Negeri Perlis 2017

[:de]

21 Okt 2017, Megat Harith Alfad tahun 2 Bestari dinobatkan sebagai johan dalam  pertandingan  taekwando  tertutup

Peringkat Negeri Perlis 2017

[:]

Mini Balapan Dan Padang Prasekolah PKP Jejawi

[:en] [:de]

[:]

Bicara Tunas Bahasa Melayu Orator Milenia

Perkhemahan Badan Beruniform SKIPGM 2017

13-14 Oktober 2017,Perkhemahan Badan Beruniform SKIPGM telah berjaya dilaksanakan.Secara keseluruhannya, program perkhemahan unit beruniform ini telah dapat dijalankan dengan jayanya. Segala aktiviti dan program yang dirancangkan telah dapat dilaksanakan.Program sebegini  dapat menyerlahkan kerjasama yang erat antara  peserta perkhemahan, guru dan Ajk PIBG. Program telah berjalan dengan lancar dan ahli jawatankuasa yang dibentuk telah memainkan peranan  dengan baik. Program ini juga telah dapat menyerlahkan bakat para peserta perkhemahan melalui aktiviti yang diadakan.Selain daripada itu para peserta telah mendapat banyak pendedahan melalui aktiviti yang dijalankan. Syabas dan tahniah kepada GPK KO,Kem Komandan ,guru  serta peserta yang komited menjayakan Perkhemahan Badan Beruniform SKIPGM 2017.

[:en]Kolaborasi PdPc Merentas Negeri[:]

[:en]

Nama Program          : Program Kolaborasi Pintar PdPc atas talian

Secara serentak Pendidikan Abad Ke 21 Merentas Negeri Peringkat Kebangsaan

            Tarikh    : 05 Oktober 2017

            Hari     : Khamis

            Tempat (Admin)    : SK Felda Lok Heng Selatan, Kota Tinggi, Johor

            Sekolah-sekolah  : Seperti Dalam Lampiran

  • 60 Sekolah
  • 100 orang guru
  • 2000 orang murid

Tajuk PdPc     : Negaraku-Sehati Sejiwa

Bahan Pembelajaran: jba3052.1bestarinet.net/pak21

            Peralatan    : – Notebook / PC untuk setiap murid

                                                     Line internet yang kuat

                                                     LCD Screen Projector

[:]

[:en]Taklimat Kesedaran Keselamatan Siber[:]

[:en]Taklimat kesedaran keselamatan siber telah diadakan di makmal komputer SKIPGM pada 9/8/2017 melibatkan pelajar tahun 5 .

Program itu bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran dan keselamatan dunia siber dikalangan pelajar. [:]

Sambutan Hari Guru SKIPG 2017 bertemakan “Dia Kembarku”

16 hb Mei 2017, Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah berlangsung pada jam 8.00 pagi. Majlis tersebut  dikendalikan  oleh PIBG Sekolah dengan kerjasama guru-guru yang bertemakan ” Dia Kembarku” . Majlis ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pihak guru dan juga murid-murid. Beberapa acara disediakan, antaranya: Bacaan perutusan, ikrar guru dan nyanyian lagu Guru Malaysia , lagu Tema Hari Guru 2017: Guru Pembina Negara Bangsa dan lagu ‘Biarku menjadi lilin’ .

Majlis dimeriahkan lagi dengan acara memotong kek dan penyampaian cenderamata dan pertukaran hadiah antara guru, Majlis diteruskan dengan beberapa aktiviti lagi dari kalangan guru dan murid. Terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sumbangan secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan sambutan hari guru peringkat sekolah 2017.

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada pihak  PIBG yang memberi komitmen yang tinggi dalam  menjayakan majlis tersebut.

Naib Johan Sofbol MSSPs

2-5 Mei 2017 Pasukan Sofbol SK IPGM telah menyertai kejohanan sofbol MSSPs  bertempat di padang Sekolah Kebangsaan Tambun Tulang.

Tahniah dan syabas diucapkan   kepada team Softball  SK IPGM lelaki dan team softball perempuan  kerana kedua-dua pasukan telah  berjaya mendapat naib johan dalam Pertandingan Softball MSSPs  .

Semoga SK IPGM terus maju dan berkembang serta dapat meningkatkan kecemerlangan… Majulah Sukan Untuk Negara.

Pelancaran Bulan Matematik

Pada 2 Mei 2017 , bertempat di Dewan Terbuka SK IPGM, Bulan Panitia Matematik telah dilancarkan oleh Guru Besar SK IPGM, Pn. Nor Sharmila bt Shaari.

Bulan Matematik diadakan  bertujuan menggalakkan murid terlibat secara aktif dalam aktiviti ko akademik. Bukan itu sahaja, aktiviti-aktiviti menarik dalam Bulan Matematik diharapkan dapat meningkatkan minat dan mengembangkan bakat murid melalui aktiviti ko akademik malah menerapkan disiplin dan semangat kerjasama dalam aktiviti kelab dan persatuan serta setiap pertandingan yang diadakan.

Komen/Pesanan Anda
    PILIH BAHASA
    Zoom in Regular Zoom out

    Jadual Tugasan Mingguan
    RAMADHAN 1444
    BAKI TAHUN 2023
    May 2026
    M T W T F S S
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031
    FROG VLE
    FROG VLE