Author Archive
Aktiviti Membuat Roket Air
Pada Hari Rabu , 3 Mei 2017, sempena mengisi aktiviti kokurikulum mingguan telah diadakan aktiviti membuat roket air mengunakan botol mineral. Program ini dianjurkan dengan kerjasama guru dan pelajar dari SMK Mata Ayer. Aktiviti ini di jalankan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid tahun 3-6 cara membuat roket air .
Program ini amat menarik dan mendapat sambutan yang mengalakkan daripada semua murid. Semoga program sebegini dapat memberi pengalaman serta mengasah bakat dan minat murid untuk lebih kreatif dalam mencipta bahan baru daripada bahan terbuang.
Forum Israk Mikraj
24 April 2017 bersamaan 27 Rejab 1438h mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan Nabi Muhammad SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj dari Masjidil Haram di Makkkah ke Masjid Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin serta dari Masjid Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit ke tujuh. Panitia Pendidikan Islam SK IPGM telah mengambil inisiatif ini, dengan mengadakan forum Perdana bagi memberi panghayatan dan pengajaran terhadap peristiwa tersebut kepada pelajar SKIPGM.
Di antara ahli panel yang terlibat adalah Ustaz Omar bin Ahmad dari Sektor Pendidikan Islam negeri Perlis,Ustaz Mahamad Bin Abdullah pensyarah IPGM Perlis dan majlis tersebut telah di pengerusi oleh Ustaz Fitri .
Tennis Malaysia Junior Tour 2017
Tahniah diucapkan kepada adik Muhammad Adeeb Hakimi yang telah menyertai Tennis Malaysia Junior Tour 2017 bagi kategori lelaki bawah 10 tahun individu bertempat di Leg 4,Kota Bharu Kelantan pada 20-23 April 2017.
Pihak Sekolah juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang membantu menguruskan pasukan tenis sekolah.
Naib Johan Kalam Jamaei Peringkat Negeri
SK IPGM telah muncul sebagai Naib Johan dalam Pertandingan Kalam Jamaie Peringkat Negeri Perlis yang telah diadakan pada 18-19 April 2017 di Dewan Institut Pendidikan Guru Malaysia Perlis. Pertandingan ini diadakan sempena Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Negeri Perlis. Tahniah kepada pasukan Kalam Jamaie serta Pasukan kerja SK IPGM, murid-murid dan jurulatih yang bertindak bagi menjayakan acara ini.Kem Inovasi & Robotik dan Creativity Innovation anjuran UniMAP
6-8 April 2017 : SK IPGM telah menyertai Kem Inovasi & Robotik dan Creativity Innovation anjuran UniMAP bertempat di Kampus Pauh Putra UniMAP Pauh. Objektif utama kem ini ialah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid serta menerapkan minat serta mencungkil bakat kreativiti dan inovasi dalam kalangan pelajar sekolah.
Tahniah kepada semua guru terutama team guru dan pelajar inovasi sekolah atas kejayaan membawa pulang pingat Emas (Special Award Solar Water Distilled ) dan dua pingat Perak dalam pertandingan Inovasi baru-baru ini
Pihak sekolah juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pihak UNIMAP kerana telah memilih dan memberi peluang kepada pelajar SKIPGM menyertai kem sebegini.
Tahniah dan Syabas Team Inovasi sekolah.

Road To Succes UPSR SKIPGM 2017
Pada 31 Mac -1 April 2017– Program Road To Succes UPSR SKIPGM 2017 yang dikelola oleh penuntut-penuntut Ijazah Kaunseling UUM telah berjaya dilaksanakan .
Seramai lebih kurang 50 orang pelajar Tahun 6 sekolagh SKIPGM yang akan menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada bulan September ini telah menghadiri Program Motivasi Road To Success UPSR 2017 pada bertempat di UUM Sintok.
Program sebegini bertujuan untuk memberi kesedaran dan menyuntik semangat kemahiran belajar yang tinggi untuk menghadapi peperiksaan nanti.
Majlis Perasmian Penutupan Road To Success UPSR SKIPGM 2017 telah disempurnakan oleh Guru Besar,Pn Nor Sharmila bt Shaari pada 1/4/2017 jam 4.30 petang.Beliau menekankan betapa pentingnya azam dan cita-cita untuk berjaya dalam melakukan sesuatu perkara.” Succecc will never come to you if you won’t go to it”.

BENGKEL FROG PLAY(MODUL GULAI) 2017 SKIPGM
BENGKEL FROG PLAY(MODUL GULAI) oleh pegawai Implementation Consultant Sdn.Bhd
Pada 14-15 Mac 2017 telah diadalan satu Bengkel Frog Play di bawah unit Pembestarian Sekolah,BTPN Perlis.Bengkel tersebut telah disertai oleh seorang wakil dari setiap sekolah negeri Perlis tertempat di Makmal Komputer SK IPGM. Bengkel FrogPlay itu telah disampaikan oleh Encik Syed Ridha pegawai dari Implementation Consultant Sdn.Bhd).
Tujuan bengkel ini dijalankan ialah untuk memberi gambaran serta pendedahan berkaitan laman Frog play (Modul GULAI- Game Up Learning and Involvement) diharap guru yang mengikuti bengkel tersebut dapat memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dalam urusan berkaitan permainan dalam pendidikan Secara keseluruhannya, bengkel ini telah berjaya dijalankan dengan baik .


























Visit Today : 145
This Month : 11299
This Year : 48561
Total Visit : 273634
