TAGLINE SK IPGM
TAGLINE SK IPGM
Slideshow

[:en]Taklimat Kesedaran Keselamatan Siber[:]

[:en]Taklimat kesedaran keselamatan siber telah diadakan di makmal komputer SKIPGM pada 9/8/2017 melibatkan pelajar tahun 5 .

Program itu bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran dan keselamatan dunia siber dikalangan pelajar. [:]

Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah 2017

07 Ogos 2017 – Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Malaysia telah melancarkan Bulan Kebangsaan  Peringkat Sekolah. Pelbagai program dan aktiviti  telah dirancang sempena meraikan Bulan Kemerdekaan Malaysia 2017 yang  bertemakan “Negaraku Sehati Sejiwa”.

Program-program tersebut diadakan untuk meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang konsep dan rentetan sejarah kemerdekaan negara.

JOHAN -Kategori Rookie Pertandingan Robotik Kebangsaan NRC 2017

Tahniah team robotik SKIPGM kerana  berjaya memperolehi pingat emas dalam Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) peringkat negeri Perlis yang berlangsung pada 5 Ogos 2017 bertempat di Dewan Ilmu Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Pauh Putra.

 

Diharapkan permulaan kejayaan ini  dapat menjadi pemangkin dan semangat kepada team robotik SKIPGM dalam usaha  memantapkan pasukan robotik sekolah  bagi menghadapi pertandingan yang lebih mencabar .

Satun International Camp 2017

INTERNATIONAL PROGRAMME YOUNG DOCTOR CLUB

2-3 Ogos 2017 : 2 orang guru bersama 3 orang pelajar SK IPGM Perlis telah menyertai
bertempat  di Anubanmuangsatun, Satun Thailand .

Anjuran bersama : Kumpulan Penggerak Kelab Doktor Muda Perlis,  Jabatan Pendidikan Perlis,  Jabatan Pendidikan Wilayah Satun, Jabatan Kesihatan Perlis & Utusan Malaysia

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN 2017

Kumpulan Eilham Johan Nasyid Negeri dan Tempat kelima Kebangsaan .

 

Kumpulan Eilham mewakili Negeri Perlis dalam pertandingan Nasyid Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 Tahun 2017 bertempat diSMKA Sultan Azlan Shah, Seri Iskandar, Perak pada 28-31 Julai 2017.Kumpulan Nasyid sekolah SKIPGM yang dipimpin oleh Ustaz Mohamad Fitri dan Cikgu Khairul berjaya mendapat tempat ke lima kebangsaan.Tahniah kepada semua ahli kumpulan Eilham yang mengharumkan nama sekolah.

INNOVATION EXHIBITION 2017

INTERNATIONAL EUREKA INNOVATION EXHIBITION 2017

 

25 – 27 JULY 2017, UNIKL MSI, KULIM, KEDAH, MALAYSIA

Naib Johan -Pertandingan Multimedia dan Scratch

Tahniah dan Syabas kepada 4 orang pelajar SKIPGM kerana berjaya sebagai naib johan dalam  pertandingan multimedia powerpoint dan multimedia scratch Sekolah Rendah sempena Karnival Ict Peringkat jabatan Pendidikan negeri Perlis pada 19-20 Julai 2017 bertempat di Kampus IPG Perlis.

Sambutan Hari Guru SKIPG 2017 bertemakan “Dia Kembarku”

16 hb Mei 2017, Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah berlangsung pada jam 8.00 pagi. Majlis tersebut  dikendalikan  oleh PIBG Sekolah dengan kerjasama guru-guru yang bertemakan ” Dia Kembarku” . Majlis ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pihak guru dan juga murid-murid. Beberapa acara disediakan, antaranya: Bacaan perutusan, ikrar guru dan nyanyian lagu Guru Malaysia , lagu Tema Hari Guru 2017: Guru Pembina Negara Bangsa dan lagu ‘Biarku menjadi lilin’ .

Majlis dimeriahkan lagi dengan acara memotong kek dan penyampaian cenderamata dan pertukaran hadiah antara guru, Majlis diteruskan dengan beberapa aktiviti lagi dari kalangan guru dan murid. Terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sumbangan secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan sambutan hari guru peringkat sekolah 2017.

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada pihak  PIBG yang memberi komitmen yang tinggi dalam  menjayakan majlis tersebut.

Naib Johan Sofbol MSSPs

2-5 Mei 2017 Pasukan Sofbol SK IPGM telah menyertai kejohanan sofbol MSSPs  bertempat di padang Sekolah Kebangsaan Tambun Tulang.

Tahniah dan syabas diucapkan   kepada team Softball  SK IPGM lelaki dan team softball perempuan  kerana kedua-dua pasukan telah  berjaya mendapat naib johan dalam Pertandingan Softball MSSPs  .

Semoga SK IPGM terus maju dan berkembang serta dapat meningkatkan kecemerlangan… Majulah Sukan Untuk Negara.

Komen/Pesanan Anda
    PILIH BAHASA
    Zoom in Regular Zoom out
    Jadual Tugasan Mingguan
    RAMADHAN 1444
    BAKI TAHUN 2023
    August 2025
    M T W T F S S
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031
    FROG VLE
    FROG VLE