TAGLINE SK IPGM
TAGLINE SK IPGM
Slideshow

Pelancaran Bulan Matematik

Pada 2 Mei 2017 , bertempat di Dewan Terbuka SK IPGM, Bulan Panitia Matematik telah dilancarkan oleh Guru Besar SK IPGM, Pn. Nor Sharmila bt Shaari.

Bulan Matematik diadakan  bertujuan menggalakkan murid terlibat secara aktif dalam aktiviti ko akademik. Bukan itu sahaja, aktiviti-aktiviti menarik dalam Bulan Matematik diharapkan dapat meningkatkan minat dan mengembangkan bakat murid melalui aktiviti ko akademik malah menerapkan disiplin dan semangat kerjasama dalam aktiviti kelab dan persatuan serta setiap pertandingan yang diadakan.

Aktiviti Membuat Roket Air

Pada Hari Rabu , 3 Mei 2017, sempena mengisi aktiviti kokurikulum mingguan telah diadakan aktiviti membuat roket air mengunakan botol mineral. Program ini dianjurkan dengan kerjasama guru dan pelajar dari SMK Mata Ayer. Aktiviti ini di jalankan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid tahun 3-6 cara membuat roket air .

Program ini amat menarik dan mendapat sambutan yang mengalakkan daripada semua murid. Semoga program sebegini dapat memberi pengalaman serta mengasah bakat dan minat murid untuk lebih kreatif dalam mencipta bahan baru daripada bahan terbuang.

Forum Israk Mikraj

24 April 2017 bersamaan  27 Rejab 1438h mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan Nabi Muhammad SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj dari Masjidil Haram di Makkkah ke Masjid Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin serta dari Masjid Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit ke tujuh. Panitia Pendidikan Islam SK IPGM telah mengambil inisiatif ini, dengan mengadakan forum Perdana  bagi memberi panghayatan dan pengajaran terhadap peristiwa tersebut kepada pelajar SKIPGM.

Di antara ahli panel yang terlibat adalah Ustaz Omar bin Ahmad dari Sektor Pendidikan Islam negeri Perlis,Ustaz Mahamad Bin Abdullah pensyarah IPGM Perlis dan majlis tersebut telah di pengerusi oleh Ustaz Fitri .

Tennis Malaysia Junior Tour 2017

Tahniah diucapkan kepada adik Muhammad Adeeb Hakimi yang telah menyertai Tennis Malaysia Junior Tour 2017 bagi kategori lelaki bawah 10 tahun individu  bertempat di Leg 4,Kota Bharu Kelantan pada 20-23 April  2017.

Pihak Sekolah juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang  membantu menguruskan pasukan tenis sekolah.

Naib Johan Kalam Jamaei Peringkat Negeri

SK IPGM telah muncul sebagai Naib Johan dalam Pertandingan Kalam Jamaie Peringkat Negeri Perlis  yang telah diadakan pada 18-19 April 2017 di Dewan Institut Pendidikan Guru Malaysia Perlis. Pertandingan ini diadakan sempena Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Negeri Perlis. Tahniah kepada pasukan Kalam Jamaie serta Pasukan  kerja SK IPGM, murid-murid dan jurulatih yang bertindak bagi menjayakan acara ini.

Sesi perlantikan YDP dan ahli PIBG SKIPGM 2017

12 April 2017

Mesyuarat bersama PIBG

Sesi perlantikan YDP dan ahli PIBG Sk IPGM 2017

KM1M dan Program NILAM SKIPGM 2017

 

10 April 2017,Isnin  : Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) dan Majlis Pelancaran Program Nilam Peringkat Sekolah.

Pelancaran Bulan Sains Peringkat Sekolah 2017

10 April 2017 ,Isnin : Majlis Pelancaran Bulan Sains Peringkat Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Malaysia

Kem Inovasi & Robotik dan Creativity Innovation anjuran UniMAP


6-8 April 2017 : SK IPGM telah menyertai Kem Inovasi & Robotik dan Creativity Innovation anjuran UniMAP  bertempat di Kampus Pauh Putra UniMAP Pauh. Objektif utama kem ini ialah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid serta menerapkan minat serta mencungkil bakat kreativiti dan inovasi dalam kalangan pelajar sekolah.
Tahniah kepada semua guru terutama team guru dan pelajar inovasi sekolah atas kejayaan membawa pulang pingat Emas (Special Award Solar Water Distilled ) dan dua pingat Perak dalam pertandingan Inovasi baru-baru ini
Pihak sekolah juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pihak UNIMAP kerana telah memilih dan memberi peluang kepada pelajar SKIPGM menyertai kem sebegini.
Tahniah dan Syabas Team Inovasi sekolah.

 

Road To Succes UPSR SKIPGM 2017

 



Pada 31 Mac -1 April 2017– Program Road To Succes UPSR SKIPGM  2017 yang dikelola oleh penuntut-penuntut Ijazah Kaunseling UUM telah berjaya dilaksanakan .

Seramai lebih kurang 50 orang pelajar Tahun 6 sekolagh SKIPGM yang akan menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada bulan September ini telah menghadiri Program Motivasi Road To Success UPSR 2017 pada bertempat di UUM Sintok.

Program sebegini bertujuan untuk memberi kesedaran dan menyuntik semangat  kemahiran belajar yang tinggi untuk menghadapi peperiksaan nanti.

Majlis Perasmian Penutupan Road To Success UPSR SKIPGM 2017 telah  disempurnakan oleh Guru Besar,Pn Nor Sharmila bt Shaari pada 1/4/2017 jam 4.30 petang.Beliau menekankan betapa pentingnya azam dan cita-cita untuk berjaya dalam melakukan sesuatu perkara.” Succecc will never come to you if you won’t go to it”.

Komen/Pesanan Anda
    PILIH BAHASA
    Zoom in Regular Zoom out
    Jadual Tugasan Mingguan
    RAMADHAN 1444
    BAKI TAHUN 2023
    October 2025
    M T W T F S S
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
    FROG VLE
    FROG VLE