Archive for October 2018
Karnival Serantau Alam Sekitar Peringkat Negeri Perlis 2018.
31 Oktober 2018 -SKIPGM telah menyertai karnival Serantau Alam Sekitar Peringkat Negeri Perlis 2018 di Sk Putra .SKIPGM telah berjaya mendapat medal silver bagi pertandingan rekacipta bahan kitar semula ,montaj dan Mini Landskap.Tahniah diucapkan.
 
                                                                                                Anugerah Kecemerlangan Jalinan (AKJ) Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK)
17.11.2018 : PUTRAJAYA
Anugerah Kecemerlangan Jalinan (AKJ) Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK)-Kategori Harta Intelek 2018.
Kejayaan itu membolehkan penerima kategori Harta Intelet 2018 membawa pulang piala pusingan, sijil pencapaian dan cek bernilai RM1,000.
Tahniah Diucapkan kepada Puan Norsharmila bt Shaari Guru Besar SK IPGM diatas anugerah tersebut.
 
                                                                                                LADAP PROFESIONALISME GURU
Tarikh : 13/10/2018
Hari : Sabtu
Jam : 8.30 – 5.00 Petang
Sasaran : Semua Guru SKIPGM
Aktiviti : LADAP PROFESIONALISME GURU
Tempat : Hotel Park Avenue
Sabtu, 13 Oktober 20l8 – Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru-guru SKIPGM (LADAP) telah diadakan di Hotel Park Avenue Sungai Petani,Kedah.Aktiviti ‘ice breaking‘ dijalankan seawal pagi dan diteruskan dengan beberapa mesyuarat pengurusan sekolah. Program ini telah berjaya dijalankan dengan jayanya.
 
                                                                                                Program Kebitaraan Sains
Tarikh : 10/10/2018
Hari : Rabu
Jam : 2.30 – 5.00 Petang
Sasaran : Semua Murid Tahap 2
Aktiviti : Bitara Sains- Membina Robot dari barang kitar semula
Objektif : Supaya murid dapat mengembangkan daya kreativiti dan daya persaingan yang sihat
 
                                                                                                Anugerah Pembestarian Sekolah 2018
Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Negeri Perlis 2018.
Tarikh :11 0ktober 2018
Masa : 2.30 petang
Tempat : Auditorium KDN Perlis.
1. Johan bagi Pertandingan DST Animation kategori sekolah rendah..
2. Johan website terbaik kategori sekolah rendah.
3. Naib johan bagi Anugerah Best KPI frog vle performence kategori 10mbps.
4. Anugerah pencapaian ssqs 5 bintang.
 
                                                                                                Program Tahun 6 -Khidmat Masyarakat
SKIPGM 05 Oktober 2018 – Seramai 50 pelajar dan 5 orang guru SK IPGM telah menjayakan program khidmat masyarakat membersih masjid dan kawasan persekitaran masjid.
Program ini telah mendapat jalinan kerjasama erat antara jawatankuasa masjid dan warga SK IPGM. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada ahli jawatankuasa masjid dan komuniti setempat kerana memberi kerjasama dalam segenap hal.
 
                                                                                                Program Bubur Asyura
04 Disember 2018 – Warga SK IPGM bersama PIBG serta pelajar tahun 6 telah mengadakan Program Memasak Bubur Asyura di perkarangan Taman Sains SK IPGM. Program bermula pada jam 8.00 pagi .Objektif program ini diadakan adalah untuk mengeratkan silatulrahim di kalangan warga sekolah dan ahli PIBG, di samping mewujudkan kerjasama berpasukan dalam mengimarahkan lagi Sambutan Maal Hijrah ,program sebegini dapat mewujudkan perpaduan serta permuafakatan di kalangan warga SK IPGM. LIHAT GAMBAR
Karnival Kebitaraan Sains
SKIPGM, 03 September 2018- Satu Karnival Sains peringkat Sekolah telah berlansung di SK IPGM yang melibat penyertaan dikalangan pelajar – pelajar sekolah terpilih negeri Perlis. Karnival ini telah mendapat sambutan dan kerjasama yang amat menggalakkan daripada sekolah sekolah tersebut. Karnival ini bertujuan untuk memberi pendedahan ,kesedaran dan memupuk minat di kalangan para pelajar terhadap bidang sains dan teknologi..LIHAT GAMBAR






 
		
     
										 
										 
										 
										 
										 
										 
										 
										 
										 
										 
										



 
	 
	 
	
		
     
		
    




 Visit Today : 298
 Visit Today : 298 This Month : 9558
 This Month : 9558 This Year : 41905
 This Year : 41905 Total Visit : 203838
 Total Visit : 203838
