KERJASAMA JABATAN KERAJAAN

Program Bitara Sains
Program Bitara Sains SKIPGM ( Membina Roket Air dan Young SKIPGM Astronaut )
Tarikh : 22 November 2018
Tempat : SK IPGM
Masa : 10.40 Pagi – 1.10 Petang

Majlis Penyampaian Sijil Pra Sekolah SKIPGM
Majlis Penyampaian Sijil Pra Sekolah SKIPGM 2018
Tarikh: 19 November 2018
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Seri Melati SKIPGM

Majlis Graduasi Tahun 6 2018
12 November 2018 – SK IPGM telah mengadakan Majlis Graduasi bertempat di Hotel Putra Regency. Majlis ini diadakan bagi mengiktiraf 50 orang murid yang akan tamat pengajian di SK IPGM.Bermula pada pukul 2.30 petang ,Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar , Beliau mengucapkan tahniah kepada murid kerana berjaya menamatkan pengajian di SK IPGM,beliau juga mengucapkan semoga berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang akan diumumkan tidak lama lagi.Seterusnya majlis diikuti dengan ucapan wakil murid tahun 6 adik Amir Hazeem dan diteruskan dengan acara penyampaian Anugerah dan pengisytiharan menerima sijil graduasi .Majlis Tamat pada jam 5.30 petang.

Johan,Naib Johan-Sofbol Peringkat Negeri Perlis
Pada 09-10 Novenber 2018, satu lagi kejayaan dilakar oleh murid-murid SKIPGM. Bertempat di SK Tambun Tulang, pasukan sofbol lelaki bawah 11 tahun berjaya merangkul naib johan manakala pasukan sofbol perempuan bawah 11 tahun berjaya sebagai johan . Semoga kejayaan sebegini dapat diteruskan demi mengharumkan nama sekolah.Tahniah dan syabas buat guru dan team sofbol SKIPGM.

Tempat Ke-tiga “Roket Air” Peringkat Negeri Perlis.
Tarikh : 09-10 November 2018
Tempat : SMK Arau
SKIPGM telah mendapat tempat Ke-tiga bagi Pertandingan Roket Air katagori sekolah rendah sempena hari Karnival STEM KPM Peringkat Negeri Perlis bertempat di SMK Arau.