Slideshow

Majlis Sulaman Kasih Junjungan Budi

06 September 2019  ,Majlis Sulaman Kasih Junjungan Budi sempena persaraan cikgu Wan Rusni b Wan Choh berjalan dengan lancar dan baik bertembat di dewan Seri Murni SK IPGM.

Majlis dimulakan dengan perarakan masuk dengan diiringi kumpulan bunga manggar dan kumpulan dikir barat.

Pelbagai acara persembahan telah diadakan bagi menyerikan lagi majlis tersebut seperti  gimik persaraan pencak silat, deklamasi sajak dan persembahan dari guru . Pelbagai pihak telah tampil menghulurkan hadiah sebagai tanda ingatan atas sumbangan perkhidmatan beliau. Majlis diteruskan dengan  acara salam perpisahan bersama guru dan para pelajar.

Seluruh warga SKIPGM akan sentiasa mengingati sumbangan beliau dan mengucapkan selamat bersara dan semoga dapat berehat dalam keadaan aman dan tenteram.

Selamat bersara, semoga rahmat Allah mengiringi dan menaungi sepanjang kehidupan.

Komen/Pesanan Anda
    PILIH BAHASA
    Zoom in Regular Zoom out
    UPSR 2019
    BAKI TAHUN 2019
    December 2019
    M T W T F S S
    « Nov    
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031