KERJASAMA JABATAN KERAJAAN
Program Kebitaraan Sains
Tarikh : 10/10/2018
Hari : Rabu
Jam : 2.30 – 5.00 Petang
Sasaran : Semua Murid Tahap 2
Aktiviti : Bitara Sains- Membina Robot dari barang kitar semula
Objektif : Supaya murid dapat mengembangkan daya kreativiti dan daya persaingan yang sihat
Anugerah Pembestarian Sekolah 2018
Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Negeri Perlis 2018.
Tarikh :11 0ktober 2018
Masa : 2.30 petang
Tempat : Auditorium KDN Perlis.
1. Johan bagi Pertandingan DST Animation kategori sekolah rendah..
2. Johan website terbaik kategori sekolah rendah.
3. Naib johan bagi Anugerah Best KPI frog vle performence kategori 10mbps.
4. Anugerah pencapaian ssqs 5 bintang.
Program Tahun 6 -Khidmat Masyarakat
SKIPGM 05 Oktober 2018 – Seramai 50 pelajar dan 5 orang guru SK IPGM telah menjayakan program khidmat masyarakat membersih masjid dan kawasan persekitaran masjid.
Program ini telah mendapat jalinan kerjasama erat antara jawatankuasa masjid dan warga SK IPGM. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada ahli jawatankuasa masjid dan komuniti setempat kerana memberi kerjasama dalam segenap hal.
Program Bubur Asyura
04 Disember 2018 – Warga SK IPGM bersama PIBG serta pelajar tahun 6 telah mengadakan Program Memasak Bubur Asyura di perkarangan Taman Sains SK IPGM. Program bermula pada jam 8.00 pagi .Objektif program ini diadakan adalah untuk mengeratkan silatulrahim di kalangan warga sekolah dan ahli PIBG, di samping mewujudkan kerjasama berpasukan dalam mengimarahkan lagi Sambutan Maal Hijrah ,program sebegini dapat mewujudkan perpaduan serta permuafakatan di kalangan warga SK IPGM. LIHAT GAMBAR
Karnival Kebitaraan Sains
SKIPGM, 03 September 2018- Satu Karnival Sains peringkat Sekolah telah berlansung di SK IPGM yang melibat penyertaan dikalangan pelajar – pelajar sekolah terpilih negeri Perlis. Karnival ini telah mendapat sambutan dan kerjasama yang amat menggalakkan daripada sekolah sekolah tersebut. Karnival ini bertujuan untuk memberi pendedahan ,kesedaran dan memupuk minat di kalangan para pelajar terhadap bidang sains dan teknologi..LIHAT GAMBAR
Perkhemahan Unit Beruniform
PROGRAM : Perkhemahan Unit Beruniform 2018 SK IPGM
TARIKH PERLAKSANAAN : 28-29 September 2018
TEMPAT : Dataran Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Malaysia,Perlis
MASA : Jam 2.30 petang (Jumaat 28 September 2018) sehingga jam 06.00 Petang(Sabtu 28 September 2018).
OBJEKTIF :
· Untuk memupuk semangat bekerjasama dan yakin diri dalam diri peserta.
· Untuk memupuk sikap berdikari dan bertanggungjawab dalam diri peserta.
· Untuk menjalin hubungan baik sesama rakan dan guru SK IPGM
· Untuk memberi pendedahan, pengalaman serta kemahiran untuk peserta mengurus diri dengan lebih berkesan dan cekap.
· Untuk menguji daya ketahanan mental, fizikal dan rohani setiap peserta.
Road to Success
Putra Brasmana Hotel, Kuala Perlis
Pada 6-8 September 2018– Program Road To Succes UPSR SKIPGM 2018 telah berjaya dilaksanakan .
Seramai lebih kurang 50 orang pelajar Tahun 6 sekolah SKIPGM yang akan menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada bulan September ini telah menghadiri Program Motivasi Road To Success UPSR 2018 bertempat di Putra Brasmana Hotel,Kuala Perlis.
Program sebegini bertujuan untuk memberi kesedaran dan menyuntik semangat kemahiran belajar yang tinggi untuk menghadapi peperiksaan nanti.
Majlis Perasmian Penutupan Road To Success UPSR SKIPGM 2018telah disempurnakan oleh Guru Besar,Pn Nor Sharmila bt Shaari pada 6/9/2018jam 4.30 petang.Beliau menekankan betapa pentingnya azam dan cita-cita untuk berjaya dalam melakukan sesuatu perkara.” Succecc will never come to you if you won’t go to it”.























Visit Today : 154
This Month : 6906
This Year : 44168
Total Visit : 269241
