KERJASAMA JABATAN KERAJAAN
GOLD , SILVER AWARD(4th INTERNATIONAL INNOVATION,DESIGN AND ARTICULATION ( i-lDeA 2018)
Team Inovasi SK IPGM sekali lagi telah berjaya dalam pertandingan Inovasi peringkat antarabangsa (4th INTERNATIONAL I NNOVATION,DESIGN AND ARTICULATION ( i-lDeA 2018) yang berlangsung di UNIMAPs pada 24-26 April 2018.
Anugerah yang dicapai adalah ‘Gold Award’ bagi projek “SOLAR SHOES DRYER” dan ‘SILVER ‘ bagi projek SK IPGM PORTABLE OFFICE “ .Tahniah diucapkan kepada Guru , pelajar serta ibubapa yang turut memberi idea dan sumbangan demi kejayaan SK IPGM.
PEMANTAUAN PENCALONAN ANUGERAH KEPIMPINAN TMK
PEMANTAUAN PENCALONAN ANUGERAH KEPIMPINAN TMK
Tarikh : 20 April 2018
Masa : 8.00 pagi – 12.00 tgh
Penilai :
- : Dr. Suhaimi b. Kadir, KPP Sektor Pembestarian Sekolah, Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM.
- : Tn. Hj. Zakaria bin Mahzan, Ketua Sektor Data dan Teknologi Maklumat, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, KPM.
Tahniah diucapkan kepada Pn Nor Sharmila bt Shaari (Guru Besar SK IPGM Perlis) kerana telah dicalonkan dan tersenarai bagi Anugerah Kepimpinan TMK Sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2018.Pencalonan ini telah dicadangkan oleh BTPN Perlis serta disokong oleh JPN Perlis untuk penerima bagi Anugerah Kepemimpinan TMK 2018.
Sesi pembentangan oleh Guru Besar SK IPGM.
Sesi pemantauan dan penilaian oleh penilai AK TMK 2018
Sama-samalah kita berdoa semoga pencalonan ini berjaya seterusnya mencapai anugerah tersebut.
Perasmian Studio Maya SK IPGM
Majlis Perasmian Studio Maya Sk IPGM Perlis
Tarikh : 20 April 2018
Masa : 9.30 Pagi
Tempat : Pusat Sumber Sekolah SK IPGM
Dirasmikan oleh : Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Tuan Haji Izmi Bin Hj Ismail.
Majlis perasmian tersebut turut disaksikan oleh Tuan Addnan Bin Abd. Hamid (KPP BTPN PERLIS) ,Dr. Suhaimi b. Kadir, KPP Sektor Pembestarian Sekolah, Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM dan Tn. Hj. Zakaria bin Mahzan, Ketua Sektor Data dan Teknologi Maklumat, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, KPM.
APS JPNPerlis 2017
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017
NAIB JOHAN Pertandingan bola sepak PKP Jejawi
Tahniah dan syabas kepada pasukan bola sepak sekolah kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah apabila berjaya meraih gelaran naib johan Pertandingan bola sepak PKP Jejawi pada 11-13 April 2018 setelah kalah penalti di gelangang tuan rumah SK ORAN, Lebih mengagumkan pasukan SKIPGM memperlihatkan penampilan yang hebat dari awal hingga akhir permainan.Syabas dan tahniah.


























Visit Today : 202
This Month : 8008
This Year : 51850
Total Visit : 213783
