TAGLINE SK IPGM
TAGLINE SK IPGM
Slideshow

Uncategorized

PENILAIAN PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA KEMERDEKAAN KE 58

SK IPGM telah mewakili negeri Perlis dalam Pertandingan Keceriaan Merdeka ke peringkat kebangsaan. Seramai 3 orang panel penilai daripada Kementerian Penerangan Malaysia telah hadir untuk sesi penilaian.

Pihak sekolah juga berbesar hati dengan kehadiran Pengarah IPG Kampus Perlis, Tn. Hj. Anwar bin Ahmad yang turut serta memberikan sokongan moral kepada pihak sekolah. Semua guru dan staf sekolah serta wakil PIBG juga telah hadir bersama sebagai suatu tanda solidariti pihak sekolah.

Pert Kemerdekaan SK IPGM1

 

VIDEO :  https://www.youtube.com/watch?v=qexhQ440WIY

JOHAN PERTANDINGAN KECERIAAN KEMERDEKAAN

 

Alhamdulillah SK IPGM telah berjaya menjadi Johan Pertandingan Keceriaan Kemerdekaan 2015 Peringkat Negeri dan telah menerima Sijil serta Cek RM2000.00. Sekolah ini akan akan mewakili Perlis dalam pertandingan di peringkat kebangsaan. Guru Besar telah menerima hadiah tersebut daripada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Bt Al-Marhum Tengku Abdul Rashid.

IMG-20150831-WA0043

 

IMG-20150831-WA0037

IMG-20150831-WA0047

Majlis MOU Antara SK IPGM Bersama IPGM Perlis

Memorandum Persefahaman tersebut ditandatangani diantara Tuan Pengarah IPGM Perlis, Tuan Haji Anwar bin Ahmad dan Guru Besar SK IPGM Perlis, Puan Nor Sharmila Bt Shaari.

PROGRAM INOVASI KAPAL TERBANG KAWALAN JAUH

PROGRAM JARINGAN ANTARA SK. IPGM PERLIS & SK. SENA
BERSAMA
JABATAN PELAJARAN SATUN, THAILAND.

TARIKH:
31 JULAI – 2 OGOS 2015

TEMPAT:
SK INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

Program yang telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Azlan bin Man, Menteri Besar Perlis ini melibatkan 142 orang murid daripada kedua-dua sekolah. Peserta program melibatkan murid tahun 3, 4 dan 5.

Sepanjang dua hari bengkel tersebut, enam belas orang jurulatih dan fasilitator jemputan dari Thailand telah berjaya membantu mengendalikan bengkel tersebut dengan baik dan peserta dapat melaksanakan tugasan mereka dengan sempurna.

YAB Menteri Besar Perlis dalam ucaptama beliau, berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang agar dapat memupuk minat generasi muda ke arah meningkatkan kreativiti dan membudayakan inovasi .

Majlis Penutupan Ihya’ Ramadhan & Sumbangan Yatim/Miskin

Majlis berlangsung pada 24 Julai 2015 dengan beberapa acara yang telah disusun seperti Khatam Al-Quran, Persembahan Nasyid Band oleh guru-guru, penyerahan duit raya kepada yatim dan miskin serta tidak lupa juga jamuan hari raya.

 

Sesi Bergambar Sekolah

?

Staf Guru

PROGRAM KECERIAAN CUTI SEKOLAH

Warga SK IPGM mengorbankan cuti pada minggu pertama daripada 2 minggu cuti semata-mata untuk menceriakan sekolah. Syabas kepada semua yang terlibat.

 

Majlis Sambutan Hari Guru 2015

Majlis Sambutan Hari Guru 2015 pada tahun ini bertemakan merah hitam arabic. Kemeriahannya amat dirasai..

Pengiktirafan SK IPGM Perlis Sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan

Majlis Persaraan Puan Mai Rosmah Bt. Rosalee

Pada 29 Mei 2015 telah diadakan majlis persaraan yang pertama bagi SK IPGM untuk guru yang sangat berdedikasi iaitu Puan Mai Rosmah Bt. Rosalee. Majlis diadakan dengan penuh meriah sekali dengan diadakan beberapa acara yang sangat  menarik untuk beliau. Warga sekolah amat terasa dengan kehilangannya… Semoga Puan Mai Rosmah akan sihat walafiatt dan terus berjaya dalam kehidupannya…. aminn..

Komen/Pesanan Anda
    PILIH BAHASA
    Zoom in Regular Zoom out

    Jadual Tugasan Mingguan
    RAMADHAN 1444
    BAKI TAHUN 2023
    May 2026
    M T W T F S S
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031
    FROG VLE
    FROG VLE