TAGLINE SK IPGM
TAGLINE SK IPGM
Slideshow

Uncategorized

Web Sekolah Kembali Pulih

Setelah beberapa bulan mengalami masalah dengan web sekolah, alhamdulillah hari ini ianya kembali pulih seperti biasa. Insyallah banyak post-post yang terkini akan dimasukkan… insyallah..

Pertukaran Guru Dalam Negeri

Berita yang amat menyedihkan warga sekolah yang telah kehilangan 2 orang guru yang amat berwibawa dan berdedikasi yang tinggi iaitu En. Ashukori bin Ahmad (PK KOKO) yang telah ditukarkan ke SK Putra dan Ustaz Mohd Nasri bin Talib yang telah dinaikkan pangkat menjadi GPK KOKO di SR(A) SRI 1. Kehilangan mereka amatlah dirasai kerana komitmen kerja yang begitu tinggi telah dicurahkan demi sekolah yang tercinta ini. Pelbagai pencapaian telah dikecapi sama ada dalam bidang Ko Kurikulum dan juga PIGB sekolah yang diterajui oleh Ust Nasri. Semoga mereka terus cemerlang dengan keluarga baharu di sana.

Pelancaran Bulan Bahasa Melayu

Pada 10 Februari 2014 telah berlangsung Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Melayu. Majlis tersebut berlangsung dengan penuh gilang gemilang. Majlis dimulakan dengan bacaan sajak oleh 6 orang guru yang telah dipilih oleh murid dan juga acara berbalas pantun secara spontan. Semoga program ini akan berlangsung dengan penuh jayanya.

Menerima Anugerah Sekolah Harapan KAFA 2013

Majlis Apresiasi Kecemerlangan KAFA Peringkat negeri Perlis telah berlangsung pada 8 Februari 2014 di dewan warisan. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh DYMM Tuanku Syed Faizuddin- YDP MAIPs. Alhamdulillah SK IPGM adalah antara sekolah yang menerima Anugerah Sekolah Harapan. Hadiah berupa piala dan wang tunai RM200.00 telah diterima oleh sekolah pada hari tersebut. Semoga dengan anugerah ini akan meningkatkan lagi semangat warga kerja khasnya guru-guru KAFA.

Mesyuarat Agung PIBG 2014

Pada 8 Februari 2014 (Sabtu), telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG bertempat di dewan terbuka sekolah.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Senarai AJK PIBG Sesi 2014-2015

 

 

 

Pelancaran Bulan Pendidikan Jasmani

Pada 6 Januari 2014 telah berlangsung Majlis Perasmian Bulan Kecergasan Pendidikan Jasmani yang telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SK IPGM.

Guru- Guru Baharu SK IPGM

Selamat datang kepada guru baharu di SK IPGM. Semoga kalian meneruskan tradisi kecemerlangan di SK IPGM.

 

1- Shamshirdiana binti Mohd Sabri. Sekolah terakhir di SK Chenderiang, Perak. Lapor diri di SK IPGM  pada 1 OKT 2013.

2- Yusriyati Binti Abdul Rahim. Sekolah terakhir di SK Nanga Enchermin, Kapit, Sarawak. Lapor diri di SK IPGM pada 27 November 2013

3- Ghazali Bin Abd. Hamid. Sekolah terakhir di SK Seri Perlis. Lapor diri  pada di SK IPGM

4- Ustaz Mohad Fitri bin Mohamad. Sekolah terakhir di SRA Seri 1. Lapor diri di SK IPGM pada 4 Februari 2014

 

 

 

PENGISIAN DATA SPS

Semua warga SK IPGM termasuk staf sokongan adalah diwajibkan untuk mengisi data SPS sebelum 20 November 2013. Berikut adalah langkah-langkah untuk mengisi data tersebut.

1- Sila layari web berikut:  https://sps.1bestarinet.net/SPS/cms/login.jsp

2- Nama pengguna ialah : (isi  no ic masing-masing).rba0091

3- Kata Laluan ialah : No IC guru

4- Bagi yang kali pertama log in, sila masukkan kata laluan yang diingini. Nasihat saya agar gunakan kata lalaun yang telah saya berikan.

5- Klik menu pentadbir sekolah (atas sebelah kanan)

6-  Bawah menu Pengurusan Staf, klik menu Selenggara Maklumat Staf.

7- Klik menu Tambah

8- Klik menu staff (nama guru akan keluar dalam pop-up)

9- Tick nama masing2, kemudian klik pilih.

Bermulah pengisian data utk guru.

Selamat mengisi Data SPS

 

Majlis Makan Tengahari dan Ramah Mesra Bersama Pengarah IPGM Perlis

Pada 2 Oktober 2013 telah berlangsung Majlis Makan Tengahari dan Ramah Mesra Bersama Pengarah dan Ketua Jabatan IPGM Perlis di Dewan Pulai 1. Majlis perkongsian tersebut berlangsung dalam suasana penuh keceriaan. Boleh dikatakan hampir 100% pensyarah telah menghadiri program ini. Diharap program tersebut akan berlangsung dengan lebih kerap untuk merapatkan lagi hubungan diantara guru dan pensyarah IPGM.

Lawatan oleh Nazir – En. Nasir bin Haji Johan(Nazir) dan En Hamidi bin Saad (JPN)

Pada hari Rabu 23 Oktober 2013, 2 orang Nazir telah melawat sekolah untuk memberi penerangan tentang SKPM.

Komen/Pesanan Anda
    PILIH BAHASA
    Zoom in Regular Zoom out

    Jadual Tugasan Mingguan
    RAMADHAN 1444
    BAKI TAHUN 2023
    May 2026
    M T W T F S S
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031
    FROG VLE
    FROG VLE