Uncategorized
Pelaksanaan Instrument Saringan Disleksia Tahun 1
2.Januari 2019 Pelaksanaan Instrument Saringan Disleksia Tahun 1
Mesyuarat Agung PIBG ke-12
26 Januari 2019 (Sabtu), Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Malaysia(SKIPGM) telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-12 di Dewan Seri Melati SK IPGM. Guru , ibu bapa dan Ajk PIBG yang lalu turut menghadiri mesyuarat agung ini. Mesyuarat Agung ini diadakan untuk memilih Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2019/2020 . Mesyuarat Agung ini dijalankan dengan lancar dan tamat pada pukul 12 tengah hari .
Pendaftaran,Taklimat Tahun 1 & Pra Sekolah 2019
TARIKH : 31 DESEMBER 2018
HARI : ISNIN
TEMPAT : BILIK MOTIVASI SKIPGM
PENILAIAN ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH (APS) KEBANGSAAN 2017

Pada 6 November 2017, sekolah ini telah dilawati oleh penilai dari Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Tuan Shaharizan bin Ibrahim untuk tujuan penilaian/penghakiman bagi APS Peringkat Kebangsaan 2017. Turut hadir adalah para pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Perlis.
Taklimat awal telah diberikan oleh Tuan Guru Besar di Bilik Seminar, SK IPGM. Seterusnya beliau dibawa melawat inovasi kapal terbang kawalan jauh menggunakan kadboard di dewan dan padang sekolah.
Tuan Shaharizan juga dtelah dibawa ke Makmal ICT, Makmal Sains dan seterusnya Pusat Sumber Sekolah (PSS) di mana semua bahan inovasi dan kejayaan sekolah dipamerkan. Pelbagai jenis robot dan kejayaannya juge telah dipertontonkan. Selain itu beliau juga diberi penerangan mengenai pelbagai penghasilan dan kejayaan inovasi sekolah khasnya berteraskan pembestarian atau menggunakan ICT sebagai pengupaya.
Terima kasih sekalung budi kepada penilai dari BTP khasnya dan semua pihak amnya yang terlibat samada secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ini. Semoga kejayaan menjadi milik kita.
IMMERSION CAMP Coding@School
5-8 Ogos 2017, bertempat di SK IPGM telah berlangsung IMMERSION CAMP Coding@School melibatkan seramai 30 orang pelajar SK IPGM beserta 6 orang fasilitator dari StartUp Malaysia.
Coding@Schools adalah satu program pengenalan untuk pelajar sekolah rendah mempelajari asas-asas dan prinsip coding secara praktikal. Program ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri melalui pembentangan Bajet 2016 dalam usaha untuk menggalakkan inovasi dan keusahawanan di kalangan rakyat Malaysia. Ia juga adalah inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Malaysian Blue Ocean Strategy (NBOS).
Para peserta Coding@Schools akan dilatih menggunakan dan mempelajari asas web programming seperti HTML, CSS dan JavaScript yang membolehkan mereka mengembangkan kemahiran dalam mencipta dan menulis kod untuk perisian aplikasi. Program ini seterusnya dapat membantu membina kemahiran abad ke-21 peserta seperti menyelesaikan masalah, kreativiti, kolaborasi dan pemikiran komputasional.
Program Jaringan -Konvoi Kayuhan anak Merdeka dari SK Kubang Gajah
Program Jaringan -Konvoi Kayuhan anak merdeka dari SK Kubang Gajah telah berlangsung dengan jayanya pada tarikh 21.8.2017.

























Visit Today : 121
This Month : 12451
This Year : 49713
Total Visit : 274786
