Author Archive
Kunjungan Pengarah JPN Perlis
8 Okt 2017 Lawatan dan kunjungan tuan Pengarah JPN Perlis TUAN HAJI IZMI BIN HAJI ISMAIL bersama TUAN HAJI ROSLI BIN KAMARUDDIN ketua unit Pembanggunan.Pengarah JPN Perlis berkesempatan meninjau bangunan dan kawasan yang sedang dibaikpulih , Selepas meninjau keadaan sekolah satu perjumpaan bersama guru-guru tahun 6 telah diadakan .Warga SKIPGM sangat berbesar hati dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan serta terima kasih di atas kunjungan tuan.[:de]
8 Okt 2017 Lawatan dan kunjungan tuan Pengarah JPN Perlis TUAN HAJI IZMI BIN HAJI ISMAIL bersama TUAN HAJI ROSLI BIN KAMARUDDIN ketua unit Pembanggunan.Pengarah JPN Perlis berkesempatan meninjau bangunan dan kawasan yang tengah dibaikpulih , Selepas meninjau keadaan sekolah satu perjumpaan dengan guru telah diadakan .Warga SKIPGM sangat berbesar hati dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan serta terima kasih di atas kunjungan tuan.[:]
Bengkel Google APPS
BENGKEL GOOGLE APPS UNTUK GURU
GOOGLE FOR EDUCATION
Masa : 2.30
Tempat : Bilik Seminar SKIPGM
04 Oktober 2017 Bengkel penggunaan Google APPS telah disampaikan oleh En. Adie Redzuan Bin Kasim pegawai Teknologi Pendidikan BTPN Perlis.Pihak SKIPGM berharap dengan adanya bengkel seumpama ini, ia dapat membantu dan memantapkan lagi penggunaan ict oleh warga SKIPGM disamping menambah ilmu pengetahuan kepada guru serta dapat mengaplikasikan penggunaan produk google dalam tugasan mengajar dan tugasan harian.
IMMERSION CAMP Coding@School
5-8 Ogos 2017, bertempat di SK IPGM telah berlangsung IMMERSION CAMP Coding@School melibatkan seramai 30 orang pelajar SK IPGM beserta 6 orang fasilitator dari StartUp Malaysia.
Coding@Schools adalah satu program pengenalan untuk pelajar sekolah rendah mempelajari asas-asas dan prinsip coding secara praktikal. Program ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri melalui pembentangan Bajet 2016 dalam usaha untuk menggalakkan inovasi dan keusahawanan di kalangan rakyat Malaysia. Ia juga adalah inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Malaysian Blue Ocean Strategy (NBOS).
Para peserta Coding@Schools akan dilatih menggunakan dan mempelajari asas web programming seperti HTML, CSS dan JavaScript yang membolehkan mereka mengembangkan kemahiran dalam mencipta dan menulis kod untuk perisian aplikasi. Program ini seterusnya dapat membantu membina kemahiran abad ke-21 peserta seperti menyelesaikan masalah, kreativiti, kolaborasi dan pemikiran komputasional.
Program Jaringan -Konvoi Kayuhan anak Merdeka dari SK Kubang Gajah
Program Jaringan -Konvoi Kayuhan anak merdeka dari SK Kubang Gajah telah berlangsung dengan jayanya pada tarikh 21.8.2017.
Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah 2017
07 Ogos 2017 – Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Malaysia telah melancarkan Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah. Pelbagai program dan aktiviti telah dirancang sempena meraikan Bulan Kemerdekaan Malaysia 2017 yang bertemakan “Negaraku Sehati Sejiwa”.
Program-program tersebut diadakan untuk meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang konsep dan rentetan sejarah kemerdekaan negara.
JOHAN -Kategori Rookie Pertandingan Robotik Kebangsaan NRC 2017
Tahniah team robotik SKIPGM kerana berjaya memperolehi pingat emas dalam Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) peringkat negeri Perlis yang berlangsung pada 5 Ogos 2017 bertempat di Dewan Ilmu Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Pauh Putra.
Diharapkan permulaan kejayaan ini dapat menjadi pemangkin dan semangat kepada team robotik SKIPGM dalam usaha memantapkan pasukan robotik sekolah bagi menghadapi pertandingan yang lebih mencabar .