TAGLINE SK IPGM
TAGLINE SK IPGM
Slideshow

Majlis Penyerahan Tugas Guru Besar

0
0



Pada 19hb Ogos 2013 telah tercatat satu sejarah bagi warga sekolah bersempena Majlis Penyerahan Tugas oleh guru besar Tn. Haji Kamaruddin Bin Ismail kepada guru besar yang baharu  iaitu En Burhanddin Bin Mohd Arif yang baru melaporkan diri ke sekolah ini pada 1 Ogos yang lalu. Sebelum ini beliau berkhidmat di SK Dato' Wan Ahmad sebagai guru Penolong Kanan Pentadbiran. Manakala Tn. Haji Kamaruddin pula akan bertugas di SK Santan. Kami warga SK IPGM Perlis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Tn. Haji Kamaruddin diatas segala tunjuk ajar beliau kepada kami semua. Sememangnya jasa beliau amatlah besar dalam membangunkan sekolah kerana sekolah ini boleh dikatakan diantara sekolah yang baharu di Perlis ini. Dengan segala perancangan beliau jugalah sekolah ini menjadi antara yang terbaik di Perlis. Hanya Allah SWT yang mampu membalasnya. Jazakallahu Khairan Kasira….

       

Penyerahan Fail Tugas Guru Besar.

 

Sumbangan daripada Badan Kebajikan Sekolah

 

Cenderahati daripada YDP PIBG SK IPGM Perlis.

 

Guru-guru dan murid-murid berhimpun untuk menghantar Tn. Haji Kamaruddin Bin Ismail untuk ke tempat bertugas yang baharu.

Komen/Pesanan Anda
    PILIH BAHASA
    Zoom in Regular Zoom out
    Jadual Tugasan Mingguan
    RAMADHAN 1444
    BAKI TAHUN 2023
    March 2025
    M T W T F S S
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
    FROG VLE
    FROG VLE