Slideshow

SESI PERSEKOLAHAN DITUTUP 2 HARI DI NEGERI PERLIS DAN KEDAH

0
0



KUALA LUMPUR 21 Mac – Sesi persekolahan di Perlis dan Kedah ditutup selama dua hari bermula esok (22 dan 23 Mac 2016) ekoran cuaca panas melampau iaitu melebihi 39 darjah Celsius.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya telah mendapat nasihat daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar khususnya Jabatan Meteorologi serta Kementerian Kesihatan berhubung gejala itu.

“Oleh itu, buat masa ini, kementerian memutuskan sesi persekolahan untuk proses pengajaran dan pembe­lajaran (PdP) di Perlis dan Kedah ditutup selama dua hari sehingga Rabu.

“Bagaimanapun, guru-guru perlu hadir menjalankan tugas seperti biasa kerana yang tutup hanya PdP. Tiada arahan perubahan penutupan sesi persekolahan di negeri lain buat masa ini kerana suhu yang tinggi hanya dua negeri itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepa­da pemberita selepas menerima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pendidikan) daripada Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS), di sini hari ini.

Dalam pada itu, kementerian dalam kenyataannya berkata, penutupan sekolah di kedua-dua negeri itu tidak perlu diganti.

“Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Da­erah (PPD) yang terlibat hendaklah mengadakan pemantauan bagi memastikan pematuhan terhadap arahan penutupan ini.

“Kementerian juga akan membuat pemakluman dari semasa ke semasa terhadap sebarang perubahan berkaitan fenomena tersebut,” kata kenyataan itu.

 Sumber : http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sekolah-di-perlis-kedah-ditutup-hari-ini-esok-1.203261#sthash.aekExFQH.dpuf

 

Komen/Pesanan Anda
    PILIH BAHASA
    Zoom in Regular Zoom out
    TEMPAHAN BILIK KHAS
    Jadual Tugasan Mingguan
    Jadual Tugasan Mingguan
    UPSR 2020
    BAKI TAHUN 2020
    October 2020
    M T W T F S S
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
    FROG VLE
    FROG VLE