TAGLINE SK IPGM
TAGLINE SK IPGM
Slideshow

Uncategorized

Sejarah Tercipta Lagi… Hari Kantin Sekolah…

1 Oktober 2013 adalah buat pertama kalinya Hari Kantin Sekolah telah diadakan sejak sekolah ini ditubuhkan 6 tahun yang lalu. Pelbagai gerai telah disediakan dan yang paling utama ialah Rumah Hantu yang telah disediakan oleh Cikgu Hafizan and the geng yang terbukti telah menarik ramai pelanggan. Natijahnya program tersebut telah memberikan pulangan bersih sebanyak RM2800.00 Tahniah kepada semua guru terutama sekali kepada Guru Besar, En. Burhanuddin yang berani mencuba sesuatu yang baharu. Walaupun penat semua guru tetap ceria dan gembira melakukan tugas masing-masing. Gambar dibawah membuktikan segala-galanya…

Pertandingan Surau Cantik dan Imarah

          Alhamdulillah berkat kerjasama daripada semua warga SK IPGM terutama Tuan Guru Besar dan Ketua Panitia Pendidikan Islam, surau sekolah ini telah berjaya mendapat tempat Top 3 peringkat negeri Perlis. Keputusan sebenar akan diumumkan tidak lama lagi. Semoga Surau SK IPGM akan berjaya. 

         Tuan Guru Besar, En Burhanudin bin Mohd Ariff juga telah berkenan untuk melancarkan Laman Web Rasmi Surau khusus untuk memaparkan aktiviti Panitia Pendidikan Islam dan surau. Laman web tersebut boleh dilayari di    http://surauskipgm.wordpress.com/  atau terus ke pautan yang disediakan di web sekolah ini.

School’s Band In The Making

In the making of our IPGM's New Band leading by Teacher Amri. They give their best effort in order to make our dream band come true . Our headmaster was strumming the guitar with them.

Kayuhan Merdeka – Sejarah Tercipta…

Sejarah yang hebat telah terlakar pada tahun kerana murid-murid SK IPGM telah berjaya melakukan Kayuhan Merdeka ke SK Dato' Wan Ahmad bersama dengan Kelab Motor SYM Perlis. Kayuhan ini juga telah dibantu oleh polis trafik. Rombongan kami mendapat sambutan yang hangat semasa di SK Dato' Wan Ahmad. Semoga program ini akan terus dilaksanakan pada tahun yang akan datang…

Calon 5A UPSR 2013

Inilah 15 orang calon untuk mendapat 5A. Semoga apa yang dihajati akan tercapai. Insyallah…

 

SESI PENGENALAN BERSAMA GURU BESAR BAHARU

Alhamdulillah sesi perjumpaan tidak rasmi telah berlangsung dengan penuh muhibbah bersempena dengan kehadiran Tuan Guru Besar bersama keluarga kakitangan sekolah baharu. Semoga SK IPGM Perlis bertambah maju, ceria dan harmoni bersama dengan kepimpinan yang baharu.

Pengenalan, amanat dan taklimat oleh Tuan Guru Besar

 

Para guru sedang mendengar dengan penuh khusyuk…

Majlis Penyerahan Tugas Guru Besar

Pada 19hb Ogos 2013 telah tercatat satu sejarah bagi warga sekolah bersempena Majlis Penyerahan Tugas oleh guru besar Tn. Haji Kamaruddin Bin Ismail kepada guru besar yang baharu  iaitu En Burhanddin Bin Mohd Arif yang baru melaporkan diri ke sekolah ini pada 1 Ogos yang lalu. Sebelum ini beliau berkhidmat di SK Dato' Wan Ahmad sebagai guru Penolong Kanan Pentadbiran. Manakala Tn. Haji Kamaruddin pula akan bertugas di SK Santan. Kami warga SK IPGM Perlis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Tn. Haji Kamaruddin diatas segala tunjuk ajar beliau kepada kami semua. Sememangnya jasa beliau amatlah besar dalam membangunkan sekolah kerana sekolah ini boleh dikatakan diantara sekolah yang baharu di Perlis ini. Dengan segala perancangan beliau jugalah sekolah ini menjadi antara yang terbaik di Perlis. Hanya Allah SWT yang mampu membalasnya. Jazakallahu Khairan Kasira….

       

Penyerahan Fail Tugas Guru Besar.

 

Sumbangan daripada Badan Kebajikan Sekolah

 

Cenderahati daripada YDP PIBG SK IPGM Perlis.

 

Guru-guru dan murid-murid berhimpun untuk menghantar Tn. Haji Kamaruddin Bin Ismail untuk ke tempat bertugas yang baharu.

Perjumpaan Waris UPSR Kali – 2 2013

Perjumpaan Waris UPSR Kali – 2 2013 telah diadakan pada :

                       Tarikh      : 20 Julai 2013

                       Masa        : 10.30 Pagi

                       Tempat    : Dewan Terbuka SK IPGM

Perjumpaan kali ini untuk menerangkan kepada waris murid Tahun 6 tentang perancangan sekolah untuk persediaan UPSR 2013. Selain itu, ibubapa murid tahun 4, 5 dan 6.

 

Pendaftaran ibubapa

 

 

Sambutan yang memberangsankan daripada ibu-bapa

 

Sesi penyerahan Buku Pelaporan Murid oleh guru kelas kepada ibu-bapa.

Majlis Taklimat PBS, SPPBS, LINUS, LINUS 2.0 Dan Pemulihan Kepada Ibubapa Murid Tahap 1

Alhamdulillah pada 18 Julai 2013 Khamis telah diadakan Majlis Taklimat PBS, SPPBS, LINUS, LINUS 2.0 dan Pemulihan kepada Ibubapa Murid Tahap 1. Sambutan daripada pihak ibu bapa amatlah memberangsangkan yang mana hampir 95% ibubapa yang hadir. Sesi taklimat dilakukan oleh beberapa orang guru mengikut bidang masing-masing.

 

Sesi Pendaftaran Ibubapa

 

Ucapan aluan dan taklimat ringkas oleh Tuan Guru Besar tentang SK IPGM.

 

Ibubapa yang hadir

MAJLIS HI-TEA PIBG SEKOLAH

Pada 5 Julai yang lalu SK IPGM telah mengadakan majlis Hi-Tea di Dewan Indera Kayangan IPGM Kampus Perlis yang turut dihadiri oleh YB Ir. Shaharuddin bin Ismail iaitu Ahli Parlimen Kangar. Majlis ini telah dianjurkan oleh PIBG sekolah bagi mengumpul tabung PIBG sekolah. Sebanyak 20 buah meja berjaya dijual dengan nilaian RM 4000.00

 

Ketibaan YB disambut oleh Guru Besar dan AJK PIBG sekolah

 

 

 

 

Ucapan oleh YB  Ir. Shaharuddin bin Ismail.

 

Ucapan oleh pengerusi PIBG sekolah, Puan

 

Antara tetamu yang hadir

Komen/Pesanan Anda
    PILIH BAHASA
    Zoom in Regular Zoom out

    Jadual Tugasan Mingguan
    RAMADHAN 1444
    BAKI TAHUN 2023
    May 2026
    M T W T F S S
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031
    FROG VLE
    FROG VLE